Hari ahad akak sgt membizikan diri.
Kalau ikutkan mmg tak larat. Semangat tu kuat pula...
Awal pg akak dah ke pasar. Beli segala mcm tok nadok. Hajat hati nak masak Kari Dhal ayam dan sambal udang.
Qeeb teringin nak mkn kari dhal. Akak pun teringin jugak bila dia menyebut.
Rebus dhal guna pressure cooker.
Kalau nak rendam mmg tak sempat lembut.
Masakkan waktu nak keluar pi pasar...
Balik pasar dah kembang...
Mudah betul...
Balik pasar sarapan dulu. Nak sarapan si pasar mmg takda kedai yg kosong. Semua meja penuh. Beli dan tapau makan di rumah.
Menyediakan bahan dan terus masak.
Mujur anak dara 2 org ada membantu.
Itupun dekat pkl satu juga selesai.
Naik atas mandi dan solat.
Kuatir juga kot2 tak sempat.
Suami konfiden kata sempat.
Keluar rumah dekat pukul 2 ptg.
Tayangan pkl 210ptg.
Ikut akal mmg tak sempat.
Tiba IOI Citymall terus cari parking.
Mujurlah ada ruang dekat lift.
Naik lif terus sampai tingkat 2 dkt panggung.
Tiket guna barcode dan beli makanan pun guna pesanan online. Mmg mudah dan taklama beratur.
Alhamdulillah....
Siapa menyangka sempat juga walau ikut akal dah lewat.
Berkejar nonton filem Furious 7.
Nak lihat teknik yg depa gunakan utk menghidupkan watak Paul Walker yg terbunuh dlm kemalangan kereta sewaktu filem belum selesai shooting.
Best tak filem tu? :)
ReplyDeleteIkut saya kan..
DeleteJauh lebih bagus lagi Avengers.
Mungkin saya nonton Avengers hari sabtu
Pastu hari ahad nonton Furious 7
Buatkan rasa Avengers lg best.
Keseluruhan mmg penuh aksi yg menggemparkan. Nonton laaa.
Tengok Fast and Furious 7 saya tidoq, tengok Avengers pon saya tidoq!
ReplyDeleteAkak mmg pemegang rekod tidur dlm panggung
DeleteAnak2 mmg dah kenal
Habis avengers dan furious 7 depa tanya
Ibu tertidur tak....
Eh!!!! Citer macam ni punya baguih mana ibu boleh lelap??? Foul laaaaaaaa....
Makchaq last tengok wayang cerita upin ipin.. bawak khadijah masa kecik..
ReplyDeleteLa ni anak2 akan download cerita yg depa rasa ok untuk nafisah & kami tengok ramai2 sambil lepak.. peluk2... family bonding katanya... tp best jugak macam tu.. skrin tv je la tapi..
Alhamdulillah
DeleteFamily bonding tu mmg penting
Suka cara begitu kerana kami pun ada movie night. Suami beli cerita yg jd kegemaran anak2. Buka dan nonton sekeluarga....
Tp kalau cerita bagus yg baru keluar panggung... Kami masuk juga panggung sbb nak tunggu dijual CDnya lambat sgt.
Saya dah lama tak jejak kaki ke panggung. Sejak ada anak kecil, memang download movie for free je pastu kita marathon anak beranak tengok movie sambil makan popcorn dan minum air Sunquick :)
ReplyDeleteAnak dan suami saya dah tengok FF7 ni tapi Avengers belum lagi. Teringin juga nak jejak panggung lagi tapi payahlah bawa si kecil yang tak reti tutup mulut nih!
Akak pun tak suka masuk panggung bilamana dapat org sebelah dok jd pengulas cerita. Tiap adegan dia ulas dgn kawan dia.
DeletePastu org dok belakang tendang seat kita.
Pastu org sederet kita goyang kaki sampai gegar seluruh barisan seat kita.
Tp kan...
Sbb suami suka tgk citer baru keluar.. Suka bawak anak2 dan isteri (drp dia bawak orglain) baiklaaaaa akak ikut.
Avengers mmg best...
Pi la tgk.