Wednesday, April 15, 2015

744 ~ Hubungan Lama


Waktu akak berusia 15 tahun akak mengenali mereka. Mereka antara ahli persatuan Bulan Sabit Merah sekolah akak. Mereka baru masuk sekolah kami dan menuntut di tingkatan 1. Akak di tingkatan 3.

Aktiviti kami selalunya diadakan pada hari Sabtu. Bermula pkl 2 ptg dan habis pukul 5ptg. Banyak yg kami lakukan semasa aktiviti tersebut. Antaranya ceramah pertolongan cemas yg disampaikan oleh penceramah jemputan dan berkawad. 
Sekali sekala ada aktiviti luar seperti berkumpul di sekolah lain.. Bermesyuarat sebulan sekali sesama ahli seluruh selangor... Camp fire... Mendaki bukit .. Cara2 menghadapi banjir.. Ujian ketahanan... Mengikuti ambulan...
Alhamdulillah mmg seronok sekali waktu zaman sekolah dulu.

Semalam kami bertemu dlm tempoh yg agak panjang. Pernah bertemu sebelum ini tp tidak sempat nak duduk2 beramah mesra. Selalu jumpa di majlis perkawinan anak2 sahabat kami ataupun majlis reunion tetapi semalam kami ke Nilai utk menjamu selera. Alhamdulillah.


Telah menjadi tokoh korporat yg berjaya.
Sangat bangga dgn kejayaannya.


Surirumah yg mempunyai 5 org cahayamata.
Siapa menyangka kan? Bagaimana waktu sekolah dahulu kami hanyalah bergembira sahaja kerjanya tanpa ada rasa tanggungjawap sekarang dah punyai berbagai2 corak kehidupan yg kami lalui. Mmg indah bila dikenang kisah zaman sekolah.

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat ALLAH mempertemukan kami sekali lg.

4 comments:

  1. Nilai persahabatan itu yang penting - walaupun siapa mereka sekarang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakcik
      Nilai itu plg berharga
      Kerana dah kenal sejak usia remaja...

      Delete
  2. Friendship remains...kena kumpul ramai lagi kak....geng2 saya akan ke Frasers Hill next month. Dapat kumpul seramai 51 orang sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Happy outing..
      Akak dah rasa kalau jumpa terlalu ramai, takut tak terlayan...
      Sebab tu kami bertemu bertiga jer sbb dah selalu jumpa dlm skala ramai.. Tak sempat nak beramah mesra dgn mereka..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata