Monday, April 20, 2015

747 ~ Berpisah akhirnya....


Sejak berbulan juga jiran baik akak Ustazah Aslina beritahu akan berpindah. Selagi belum nampak depan mata beliau benar2 angkat barang masuk lori... Akak masih berharap semua itu tidak benar.

Sehinggalah tiba pagi sabtu 18hb April...
Kelihatan lori datang utk mengambil barang2.



Pagi tu baru terasa mimpi dah jd nyata.
Jiran merangkap sahabat baik akak mmg akan berpindah.
Kawal sebak juga.
Akak kerumahnya melihat proses memasukkan barang dlm lori.

Ramai pekerja yg diupah mengangkat barang. Ahli keluarga pun ada bersama.
Akak balik dahulu dan minta depa bgtau waktu nak berangkat. Akak nak ikut menghantar.

Selesai urusan memasukkan barang dlm lori, ina menalipon bgtau hendak bertolak. Akak terus masuk kereta dan mengikut kereta Ina.

Perjalanan ke tempat baru mengambil masa kira2 50minit ikut Highway Lekas.
Sebaik membayar tol Ampangan... Ambil susur keluar dan sampai simpang 3, ambil sebelah kanan.
Kemudian masuk jalan sebelah kiri di traffic light. Terus sampai nampak Petron sebelah kiri... Ambil terus ke hadapan hingga nampak kawasan perumahan Taman Datuk Dagang.

Kawasan perumahan yg sangat sejuk mata memandang. Dengan rimbunan pokok2 keliling rumahnya mmg sangar menyegarkan pemandangan.

Seumur hidup akak mmg tak pernah akak mengikut sahabat pindah rumah sampai begitu sekali. Inilah pertama kalinya akak memandu sendirian mengikut sahabat dan jiran berpindah rumah.

Semuga walaupun berjauhan tidak menjarakkan hubungan kami. Jauh dimata tp dekat dihati.

Sekarang nampak kosong rumah jiran akak.. Terasa sedih dihati....


12 comments:

  1. Bila orang baik, pasti perpisahan itu jadi sangat menyakitkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik Nur
      Benar kakcik..
      Ustazah Aslina ini mmg seorg jiran yg memegang title jiran mengikut sunnah.
      Saya sangat terkesan bila dia pindah.

      Delete
  2. Dulu kalau nak ziarh berjalan kaki ke sebelah. Sekarang ini nak ziarah kena buat appoinment dan melangkah merentasi garisan sempadan.

    Hikmahnya ialah... kita berpeluang melihat kawasan lain yang mungkin ada keindahan tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu IM
      Lagi kami jauh, lagi keinginan nak bertemu tu terasa.
      Kawan2 lain pun happy dapat jalan jauh utk kerumahnya.
      Akak pun seronok berkenalan dgn jiran baru ustazah.

      Delete
  3. Nilai persahabatan yang tiada tolok bandingnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu Uncle. Ramai sahabat itu nikmat. Tetapi sahabat yang rapat memahami susah senang dan tidak ragu-ragu membantu ketika perlu itu adalah rahmat yang tidak dapat dinilai.

      Delete
    2. Benar uncle
      Ustazah Aslina benar2 sahabat yg sejati dan jiran yg terbaek.

      Delete
    3. OML..
      Salam kenal
      Sungguh OML. Punya ramai sahabat tak bermakna jika tiada yg sanggup mendoakan utk kesejahteraan kita.. Bahagia bila kita gumbira.. Dukacita bila kita kesusahan dan kesukaran...
      Utk memiliki sahabat yg begitu hanya terjadi satu atau dua kali seumur hayat kita...

      Delete
  4. Moga jarak yang jauh itu tidak menghalang untuk bertandang dan setuju dengan komen uncle IM.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aizamia3,
      Alhamdulillah
      Baru saja tadi kami berkunjung kerumah Ustazah. Mmg jarak tidak berjaya memisahkan kami malah merapatkan kami...
      Alhamdulillah.

      Delete
  5. dekat di hati kak
    dekat lagi di wassap ..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Doc
      Mmg sgt dekat bila ada WA

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata