Thursday, April 09, 2015

743 ~ Akak, Kak Lah dan Kak Mah.....


Tajuk bukan main ek?
Kami sebenarnya dah berjiran sejak 2007...
Walaupun kak Lah dan Kak Mah dan tinggal terlebih dahulu dari akak sejak 2004...
Kami berkenalan melalui pokok.
Kak Lah dan akak kenal kerana pokok belimbing.
Akak dan kak Mah kenal kerana pucuk bebuas.

Kenal apa itu pucuk bebuas?

Inilah pokok bebuas yg sangat sedap dimakan pucuknya.
Boleh buat ulam ataupun masak lemak bersama keledek seperti kita masak pucuk turi dan pucuk manis.



Setiap kali lalu depan rumah kak Mah akak punyalah teringin nak turun dan bertanya pada tuan rumah darimana dia dapat anak pokok dan bagaimana cara kalau nak tanam. Tapi segannya yang amat. Selalu nampak suaminya. Kak Mah akak tak pernah nampak sepanjang lalu lalang depan rumahnya kecuali pagi ini. Walau bila ada gotong royong dan perjumpaan sesama penduduk mmg akak tak pernah melihat mereka berdua.

Entahmana pagi ini akak keluar beli sarapan. Nampak suaminya sedang mencantas dahan2 pucuk bebuas dan akak terasa nak singgah bertanya tapi segan pula.

Dalam perjalanan pulang ternampak ada isterinya kak Mah.. Akak dah jalan terlepas rumahnya tapi akak undur semula sampai depan pintu pagar rumah kak Mah.

Akak turun dan beri salam.
Alhamdulillah. Di sambut baik oleh kak Mah.
Akak bgtau tujuan akak singgah. Bertanyakan ttg pokok bebuas.
Mengucap panjang kak Mah...
"Allahuakbar.... Kalau hendak janganlah malu2 singgah. Makcik mmg jarang keluar sebab selalu duduk di dapur jer..."
"Kala mahu lain kali, ambil jer.. Besar hati makcik..."
Asyiklah dia membahasakan dirinya makcik.
Akak bgtau umur akak dah 50.. Mmg sepatutnya akak panggil dia akak. Tapi dia kata dah terbiasa memanggil dirinya makcik pd semua org. Umurnya baru 60 tahun...


Bizi sungguh kak Mah dan suaminya melayani akak pagi tadi. 

Sempat tunjuk tanamannya yg lain.


Pokok Kemangi.. (Daun besar)
Akak mmg kenal sebab arwah mak suka buat ulam.


Pokok kemangi (daun kecil).


Begitulaa kisahnya di kejiranan kami pagi ini.

Sekian akak melaporkan...

12 comments:

  1. salam
    singgah sebentar,,
    biasanya kalau oran yang suka makan ulaman
    semua jenis pokok ulam dia tahu termasklah khasiatnya
    kalau saya berjiran dengan kak mah tu,, mesti saya cakap itu pokok hiasan hihihi,, nampak sangat tak reti makan ulaman hihihi,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal puan saniah...
      Hahahahhaahhaa
      Pokok hiasan?
      Tak cantik sangat sebab takda bunga...
      Takpa....
      Kalau duduk sebelah rumah kak Mah sure dah pandai menggulai pucuk bebuas tu...

      Delete
  2. Hahaha...dah setua ini usia kakcik, kakcik langsung tak kenal pokok2 tu... huhuhu...

    Sebenarnya jiran2 kita memang baik, kan? Cuma kita yang segan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun sbb arwah mak rajin makan dan selalu kenalkan.
      Benar kakcik... Sbb kita ni segan2.. Jarang dpt luangkan masa sgn jiran2..
      Tp bila berpeluang bertemu... Mmg mesra dan seronok berbual.

      Delete
  3. assalamualaikum Akak ..
    lama tak masuk sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam CA
      Akak selalu kerumah CA cuma kurang mengomen..

      Delete
  4. salam

    pokok bebuas tu tumbuh meliar sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam
      Saya tak pernah pulak jumpa tumbuh meliar mcm yg lain2 tu.
      Kalau jumpa mesti seeonok.

      Delete
  5. sama ke rasa kemangi daun besar dengan kemangi daun kecik? saya sukaaa... buat ulam. tapi penah makan kemangi daun kecik je~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bau dan rasa sama jer..
      Nanti minta rasa dgn kak mah.
      Katanya yg daun kecik lg sedap...

      Delete
  6. La....nama pokok laghu tu! Ingat anak pakcik tu yang "buas!". Alhamdulillah, begitulah hidup berjiran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul uncle
      Namanya pucuk bebuas.
      Org johor pun panggil begitu.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata