Saturday, April 25, 2015

749 ~ Sabtu yang sangat padat..


Pernah jadi bila kita rancang begini tapi jadi begitu...
Akak merancang paling teliti.
25hb April mmg akan akak peruntukkan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Ustazah, sahabat dan jiran akak iaitu Ustazah Aslina.

Malangnya belum sempat akak memberitahu suami, beliau dah beli tiket menonton 'Avengers' untuk pagi sabtu.
Tayangan bermula pukul 1130pagi dan rancangan akak berubah untuk ke majlis ustazah aslina waktu tengahari.

Sebelum  menonton...
Sarapan merangkap lunch..
'brunch'..


Kemudian berkejar pi menonton...

Selesai tayangan terus pulang ke rumah untuk solat zohor dan salin baju..

Walaupun tiba waktu majlis dah berakhir rupanya masih ada tiga pasangan yg sama2 terlewat. Tuan rumah masih sedia menanti kami yg terawal ini.

Sempat posing...





Alhamdulillah..
Mmg stress bila rancangan bertukar sekelip mata begitu namun akak berpuashati kerana masih dapat menghadhirkan diri untuk sama2 meraikan majlis perkahwinan anak sahabat akak. Jika selalunya akak tidak upaya hendak terkejar2 begitu.

Alhamdulillah..
Terima kaseh Yang dan Qeeby...

2 comments:

  1. Hari ini rancangan kakcik untuk menghadiri majlis perkahwinan anak bekas rakan sekerja puluhan dulu tidak menjadi kenyataan kerana kesihatan tidak mengizinkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik
      Pd saya semua itu rezeki
      Jika ada rezeki nama kita kat nasi minyak satu2 kenduri tu... Mcmana payah pun kita dimudahkan hadir.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata