Wednesday, April 08, 2015

742 ~ Gigi...



Sewaktu anak sulong mula nak berganti gigi.. Akak terpaksa membawanya ke klinik gigi. Akak tiada keberanian hendak mencabut sendiri gigi anak akak.

Kalau dah ke klinik gigi memang lama laaa prosedurnya.
Kerana suami kakitangan kerajaan.. Kami membawa kakak Zahrah ke klinik kerajaan di Jalan Mata Kuching, Melaka.
Mendaftar, menunggu giliran dan dicabut.

Rasanya akak ni mmg tak suka menunggu lama-lama begitu. Bila dah masuk gigi kedua yg sudah goyang dan perlu dicabut, akak mengambil keputusan untuk mencabut sendiri. 

Akak ikat seutas benang pada gigi yg sudah goyang itu dan hujung benang lagi satu akak ikat pada pintu.

Dah ikat kedua duanya, akak pun tolak pintu... Anak akak turut ikut pintu tersebut. Mmg tak tanggallah gigi yg sepatutnya tercabut itu.

Akak terus teringat cara arwah mak akak berhelah waktu akak tunjukkan padanya gigi yg perlu dicabut.

Beliau akan meminta akak membuka mulut.. Kemudian beliau akan memegang2 gigi tersebut sambil berkata..
" alaaa.. Mak nak tengok jer.. Bukan nak cabut.."
Sebaik ayat 'cabut'.. Beliau sudahpun mencabut gigi yg goyah tersebut.

Akak pun gunapakailaa taktik arwah emak.
Akak minta anak membuka mulut dan katakan hanya nak tengok buka nak cabut.. Tapi mmg ikut arwah mak.. Sebaik cakap cabut mmg akak cabut...

Alhamdulillah.
Sejak itu akak dah berani hendak mencabut gigi anak-anak akak.
Sehinggalah pada suatu malam...

Aisyah datang kebilik meminta akak mencabut giginya. Tapi akak dah tertidur.
Dia minta pada abahnya pula, abahnya kata dia tak pandai... (Plissss laaa.. Bukannya tak pandai.. Tak sampai hati sebenarnya tu..)

Akhirnya aisyah minta tolong pada siapa?

Aisyah minta pada Ain untuk mencabut giginya.

Maknanya kerja akak sudah diambil alih oleh Ain. Ain mmg semasa kecilnya suka melihat2 gigi adik beradiknya. Bila longgar sahaja giginya.. Dia akan meminta akak mencabutnya tanpa takut dan ragu2..

Bagus sangat kan?
Ibunya dah ada anak sendiri baru berani cabut gigi orang..
Tapi Ain, awal lagi dah berani cabut gigi adiknya.


Aisyah mmg sangat kasihkan kakak Ainnya. Memeluk kakak Ainnya sebagai tanda kasih pada kakak Ain.

6 comments:

  1. Seronok tengok adik beradik berkasih sayang sesama mereka.

    Kakcik memang selalu cabut sendiri gigi anak-anak mana yang boleh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik
      Memula jadi ibu mmg rasa tak sampai hati
      Sekarang....
      Daripada beratur menunggu, sampai hati saya nak mencabut gigi budak2 tu.....

      Delete
  2. untunglah ada anak perempuan yang pengasih dan penyayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah IM
      Mmg akak perhatikan mereka memang saling sayang menyayangi sesama adik beradik. Paling ketara antara Ain dan Aisyah sebab Aisyah sering merapatkan dirinya pada Ain sewaktu akak mula sakit dan sering masuk hospital sejak 8tahun lepas.

      Delete
  3. sayang nyer aisyah pd kakak dia...saya pun belum kesempatan nak cabut gigi anak..abah dorang yang buat:-) Dulu saya cabut sendiri jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaliza
      Salam kenal..
      Alhamdulillah...
      Aisyah mmg lebih memilih kakaknya Ain dari sesiapapun.. Sebab bangak masanya membesar dgn Ain dari dgn akak yg sering keluar masuk hospital awal2 menjadi pesakit buahpinggang 8 tahun dulu.
      Semuga mereka berbaik2 hingga akak sudah tiada nanti.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata