Saturday, January 31, 2015

722 ~ Gosip Panassssssss Pagi Sabtu


Mika ibu kucing beranak 4..
Kelabu samseng lama..
Oren samseng baru...

Mika kucing peliharaan kami.
Baru 4minggu bersalin 4 ekor anak yg comel. Warna anaknya ada yang kelabu.. Maka dah terjawap siapa Apaknya.

Baru2 ni ada kucing jantan baru dah menapak di kawasan perumahan kami. Rumah akak jadi station perkumpulan segala kucing tak bertuan. 

Kelabu yang semakin tua masih mahu mempertahankan kawasannya. Maka terjadi pergaduhan antara Oren dan Kelabu. Selalunya depa setakat bertengkar sahaja tanpa ada yg menyerang tapi pagi semalam depa bergumpal sehingga Kelabu masuk dalam longkang.

Pagi ini akak lihat Mika bagai Queen sedang di 'dtg mengadap' oleh Kelabu dan Oren.

Mika atas takhta






Oren sangat memberi perhatian pada Mika. Pantang Mika bergerak, Oren akan mengikuti Mika. Kelabu cuba2 juga tapi Oren yang masih muda lebih pantas.


Sehinggalah akak membuka pintu dan menyuruh Mika masuk.
Kelam kabut Oren mengikut Mika sampai pintu dan cepat2 akak menutup pintu.


Hahahahahahha
Kiranya Mika mmg Ratu kawasan ini..
Ada hero sanggup menunggu
Walaupun dah beranak Ampat...

Lagu Mudiak Arau
🎶 Baranak Ampek
Den nanti juo...
Den nanti juo...... 🎶

Selepas ni tak terkejut laaa kami kalau dapat anak kucing warna Oren..

Saat kegemilangan Kelabu




Nampak Kelabu Junior?

Lepas ni Oren Junior...

Friday, January 30, 2015

721 ~ Sibuknya semalam...


Semalam akak cuti dialysis. Mmg ingat nak rehat2 sebelum menghantar Qeeb ke kuliah.

Tetiba anak bgtau kesian Bagera.. (Anak kucing yg membesar dirumah kami dan tumpang menyusu dan bermanja dgn Mika) Bagera telah dipukul samseng kawasan perumahan kami. Ada dua tiga samseng yg akak kenal pasti tapi tak pasti pula penyerangnya.

Bagera mengalami luka yg agak besar hingga tersiat kulitnya. Telinganya juga cedera. Qeeb kuatir andai luka Bagera menjadi mudharat seperti luka Tuntung kucing oren kesayangannya yg terkorban walau dirawat.

Akhirnya akak pun bersetuju untuk menghantar Bagera mendapatkan rawatan. Dah bela sejak baby, dtg tagih kasih dgn Mika dan kami... Tentulah rasa sayang itu ada.

Hantar ke Vet di sahkan Bagera mengalami demam dan luka dicuci. Kena ambil antibiotik dan ubat demam. Cuci perlu dibersihkan dan disapu krim. Kerja2 merawat dan memberi ubat mmg dah jadi tanggungjawap Ain dan Qeeb. Mereka dah mahir memberi kucing makan ubat pil. Alhamdulillah.


Kemudian akak nak selesaikan urusan pembelian pakaian beragam untuk Aisyah dan Ain. Mujurlah akak bawa mereka untuk membeli kerana akak mmg tak menyangka saiz baju dan seluar pakaian beragam mereka mmg benar2 lain dari baju dan seluar mereka yg pernah akak belikan tanpa membawa mereka.

Ain dengan ukuran badan yang tinggi.. perlu seluar yg saiz 36. Tapi pinggangnya saiz 33. Jika ambil saiz 34.. Seluarnya senteng walau ukurpinggang berpadan.
Mujur akak ada kenal tukang jahit yg berdekatan rumah akak boleh tolong alter seluar tersebut.

Aisyah pula.... Saiz baju dah sesuai tp bila nak butang.... Tak lepas. Kena ambil besar sikit tp tak boleh besar sangat nanti baju tak cantik di pakai. Mmg dah tiba masa Aisyah kena diet...

Yg memeningkan akak sekarang ni nak kena jahit segala macam lencana pengakap dan tunas putri... Hadoi.... Ada ke tukang jahit ambil upah jahit?
Masa beli mmg best.. Pilih segala macam lencana.. Siap ada nama negara, nama negeri.. Nama daerah/zon... Dan lain2 lagi.... Baru Pengakap..
Tunas putri pula dgn lencana pelbagai nama....
Aiyayaya.......

Petangnya tetiba akak teringat satu tempat yg dahlama akak tak pergi mencari bahan2 masakan yg segar. Sejak teman ke pasar tani akak dah masuk kuliah... Akak dah jarang ke sini. Kebetulan semalam kuliahnya di batalkan maka akak pun mengajak Qeeb pergi ke sini.


Pasar Tani seksyen 16 setiap hari Khamis.

Rasa seronok melihat aneka pilihan ikan, udang, daging, sayur2an dan berbagai juadah makanan siap masak. Dengan diri akak berpuasa semalam mmg seronok dan tergoda nak membeli berbagai lauk.

Mmg dah jadi kegemaran akak walau dimana pun akak mesti hendak ke pasar. Rasa luas mata memandang dan terbuka minda.

Padahal...
Waktu bangun solat subuh mmg terasa nak berehat jer seharian.

Thursday, January 29, 2015

720 ~ Demam serumah...


Pagi ni waktu kejutkan Aisyah, katanya dia sakit tekak dan rasa tak sihat.
Kejutkan Qeeb, katanya class dibatalkan pagi ini. Qeeb balik semalam kerana mencabut gigi geraham bungsu yg baru tumbuh dan menyakitkan gusinya. Buat appointment dengan mak sedaranya.. Balik kelas semalam terus cabut.

Sedang memantau Aisyah yang sedang memakai nebulizer, tetiba datang Ain yang dah siap berpakaian sekolah meminta akak merasa dahinya. Katanya dia pun tak sihat dan batuk. Melihatkan kesungguhannya datang mendapatkan akak dan meminta merasa dahinya.. Akak pun keluarlah surat kebenaran bercuti buat Ain juga.

Jadinya pagi ini semua ada dirumah kecuali abahnya yang pergi kerja.

Padahal akak waktu solat subuh tadi dah terbayang2 nak sambung tidur kerana rasa badan pun tak sihat sejak hari Isnin. Kebetulan hari ini akak puasa ganti... Ingatnya nak sambung tidur sahaja. Hmmmmmm Qeeb pulak sempat suges minta akak buat bubur untuk seisi rumah yang tak sihat ni....

Teringat akak waktu kecik2 dulu.. 
Kalau bgtau arwah mak akak demam, arwah mak sure belikan air ini....
.
.
.


F & N ice cream soda

Rasanya masam2... Mmg sesuai untuk org demam...

Tapikan ada seorang cikgu tu dia lebih ngidamkan ini bila demam..



Semuga cikgu Son segera sembuh ya.

Tuesday, January 27, 2015

719 ~ Bila ALLAH bg rezeki...



Agaknya dekat 4 /5 tahun juga akak tanam pokok belimbing ni. 4 tahun pertama tu mmg sedih laaa. Buah sikit-sikit. Maknanya kalau berbuah.. Dapatlah sebiji dua yg kita kena petik dulu.. Kita simpan.. Kemudian bila buah yg kuta simpan tu dah rosak.. Barulaaa keluar dua tiga bijik lagi. Nak masak cammana tu.. Kan?

Tapi sejak akhir-akhir ni dia jadi ramah berbuah. Baru habis bergugus2 buahnya... Rasa mewah dengan buahnya... Berbagi2 dgn kawan dan berkali2 dapat masak, dia keluar lagi bunga yang sangatlah lebat. Tak terkata akak... Hanya syukur sebab waktu 3tahun pertama pokoknya hanya kurus kering dan lansung tidak berbunga....

Pernah terasa bagai nak tebang saja pokok belimbing ni... Dengan kurusnya.. Kalau tiba musim panas, gugur daun2nya dan hanya tinggal ranting.... Tapi Alhamdulillah... Apabila ALLAH nak beri  rezeki tu.. Memang boleh tetiba banyak bunganya....

Sedang ramah berbunga sekarang...


Buah2 sebelum ini...


Geram kan? Berjuntai-juntai...
Terasa sama perasaannya waktu petik cherry kat Stella Creek..



ALHAMDULILLAH
Rezeki ALLAH yang bagi.

Monday, January 26, 2015

718 ~ Manja kakaknya...


Mungkin sebab waktu akak melahirkan Aisyah, kakak Qeebnya berusia 10tahun. Dah besar dan dah berani memegang dan memandikan bayi.

Tiapkali waktu pagi, akak rajin keluar mengaji dengan maktok waktu tinggal di Pulau Pinang, waktu itu Qeeb curi2 memandikan Aisyah yang masih bayi. Pembantu rumah juga tidak pernah bgtau akak malah akak tak pernah tahu sehingga Qeeb menceritakannya beberapa tahun lepas itu.

Baby mmg seronok di peluk cium dan dukung. Mungkin sebab itu Qeeb tak boleh menahan dirinya dari tidak memandikan Aisyah walau sudah dipesan tidak berbuat begitu.

Malah, waktu Aisyah meningkat besar... Sekitar usia 5/6/7/8 ... Bahkan usia begini dgn berat mencecah 45kg.. Qeeb lah orangnya yg akan mendukung Aisyah bila2 Aisyah rasa tak larat nak jalan waktu pergi jogging atau menyopping... Kami mmg tak larat nak melayan jika Aisyah merengek minta dukung bila tak larat jalan. Kakak Qeeb laaa orangnya yang akan volunteer tanpa disuruh, mengencang adiknya sepanjang jalan.


Walhal jika ditimbang, berat Aisyah melebihi berat Qeeb.

Dah sayang...

Kakak Zahrah pula menunjukkan kasihsayang dgn cara berbeza. Tugas menyediakan sarapan dan pakaian dan kelengkapan sekolah menjadi kewajipannya. Kakak Zahrah lebih mengetahui Aisyah suka makan roti disapu dengan apa... Jika goreng telor suka telor dimasak bagaimana dan air untuk sarapan air apa. Kerjarumah yg diberikan oleh guru kelas mmg kakak Zahrah yang pantau.

Kakak Ain pula...
Waktu Aisyah lahir, usianya baru 6tahun.
Fahamlah kan Ain rasa bagaimana.
Tapi sebab Aisyah mmg sangat menyayangi Ain walau apapun... Sehinggalah Aisyah bukan seorang anak yg bergantung penuh pada pembantu rumah sprt kakak2nya yg lain.... Bila pembantu rumah balik  bercuti atau berhenti mereka akan rindu. Aisyah pula lansung tak peduli. Yg penting kakak Ainnya ada. Jika ibu dan abah tak ada pun tidak jadi masalah... Kakak Ain mesti ada. Sedangkan kami nak bawa hanya Aisyah keluar, Aisyah takkan mahu andai kakak Ain tidak bersama. Sanggup ditinggal dirumah bersama kakak Ain.

Alhamdulillah...
Seronok mengenang dan melihat hubungan akrab dan kasihsayang mereka adik beradik. Semuga hubungan kasih itu akan kekal hingga keakhir hayat.

Friday, January 23, 2015

717 ~ Dulu dan sejak jd pesakit.....


Teringat akak waktu belum sakit dulu... 
Waktu membeli barang2 bulanan mmg sendirian ataupun bawa anak yg pulang dari sekolah.

Waktu membeli belah sendirian mmg sangatlah meletihkan tapi lebih tenang.
Troli sentiasa ditangan kita. Ambil barang wajib dan sikit2 barang suka2. Nak ambil boleh, tak ambil pun takpa....

Bila pergi dgn anak2... Troli selalu hilang..
Pernah sama2 pi tempat beras, akak berpaling angkat beras, tengok troli dah hilang. Budak 4 beradik tu byk akal. Pi cari barang/makanan sendiri... Kalau dah 4 org cari barang masing2.... Mmg ghaib depa dlm hypermarket tu.

Selalu akak pesan jgn bawa lari troli... Hilang juga...
Sampai kat kita... Troli dah penuh dgn makanan dan barang2 depa... Kita nak masukkan beras dan minyak masak pun dah tak muat. Akhirnya.... Terpaksa ambil troli lagi satu.

Sekarang hypermarket dah kurang menggunakan kakitangan di kaunter. Pelanggan harus memasukkan barang2 sendiri ke dalam plastik. Part ini akak untung sangat bila bawa anak2.
2 orang keluarkan barang dari troli ke juruwang manakala lagi dua orang masukkan barang yg dah dibayar ke dalam plastik dan masukkan ke dalam troli semula. 



Seronok lihat depa bekerja setelah depa dapat gaji. Bersemangat.....

Lagi satu, kalau dulu.. Akak atau orang gaji yg masukkan barang dlm kabinet tapi sekarang bermula dari masuk barang dlm kereta, keluarkan dari kereta, bawa masuk dalam rumah dan susun dalam kabinet... Itulah pekerja 4 org....
Alhamdulillah.......
Syukur.....

Nanti masing2 dah berumah sendiri....
Lambat lg nak pikir.... Kan?

Thursday, January 22, 2015

716 ~ Macam2 kisah


Dah lama akak tak cerita mengenai office mate akak. Sejak akak dipindahkan dari geng uncle yg suka memerhatikan akak makan dan akan tanya apa yg akan akak makan.... Akak dah jarang melihat2 uncle yg ada depan akak. Kalau auntie yg datang shift kedua, akak rajin juga berbual dengan mereka.

Uncle yg seorang ni memang dahlama dialysis. Antara orang yg akak jumpa waktu akak mula2 buat rawatan dialysis di Hospital Serdang.

Memang dari awal akak perhatikan beliau seorang yang banyak mempraktikkan berbagai2 cara untuk kekal sihat. Cara yang dia sendiri rekacipta. Antaranya:
- Sambil duduk dialysis, dia akan hentak2kan kaki kirinya kelantai kerana katanya kakinya perlu dihentak untuk peredaran darah yg baik.
- Dia juga menepuk2 dadanya untuk lancarkan darah kejantung.

Baru2 ni dia mengalami masalah penglihatan. Penglihatannya sudah tinggal 30% sahaja. Apabila di cabut jarum dari fistulanya.. Dan disuruh tekan lukanya, dia tak dapat nak pastikan samaada dia menekan luka ditempat yg betul sehinggalah kami terlihat darahnya yang meleleh ke lantai.

Mujur kejadian berlaku ketika ramai pesakit dan petugas perasan. Jika tidak memang berbahaya pada nyawanya andai darah berterusan meleleh keluar dari luka.


Cara membersihkan darah yang tumpah ke lantai ialah dengan menabur sejenis serbuk putih seakan tepung dan selepas tepung meresap darah tersebut, darah tersebut mudah untuk dibersihkan. Andai gunakan mop dan air, akan kotorlah semula lantai tersebut dengan campuran darah dan air. Payah nak dibersihkan.

Nanti akak tanyakan tepung/serbuk apa yg mereka gunakan untuk membersihkan darah yang tumpah.


Tuesday, January 20, 2015

715 ~ Belum pernah kena...






Nak tau apa yg buat Aisyah takut sangat dan beria-ia hendak melepaskan diri dari sesuatu...

Padahal Aisyah belum pernah kena patuk bapak ayam atau ibu ayam yg baru anaknya menetas.

Akak masih ingat waktu kecil2 dulu puas juga akak kena kejar dengan ibu ayam yg baru menetas anak. Mencicit2 akak lari sampai tanggal2 selipar. 

Kalau kena patuk dengan paruhnya yg tajam mmg boleh luka. Sesuatu yg akan menjadi kenangan kita seumur hidup.

Andai terserempak dengan ibu ayam yg membawa anaknya jalan cari makan, sanggup akak ambil route yg baru. Takkan lalu depan ibu ayam tersebut. Semata2 nak menyerah diri... Nope....


Di Avillion mmg menjadi kegemaran anak2 akak. Depa ada juga pelihara Burung Merak.




Buat anak2 yg jarang berpeluang dapat melihat ayam, burung merak, arnab... Tentunya seronok dapat memberi makan pada haiwan tersebut.

Monday, January 19, 2015

714 ~ Alasan paling baek....


Waktu perjalanan pulang dari PD smlm, suami akak bawa kereta laju. Laluan highway dari PD - Seremban waktu tengahari mmg kurang sibuk.

Isteri : Yang... Orang tengok kereta belakang takda pulak kejar Yang... Awat laju sangat ni?

Suami : Abang nak kejar kereta depan tu....

Haiya....!!!!
Ingatkan dah boleh suruh perlahan tapi ada jawapan baej pulak.


Saturday, January 17, 2015

713 ~ Bercuti...


Memang dahlama rasanya kami sekeluarga tak bercuti bersama2. Sejak Qeeb masuk asasi. Baru ni cuti kami dapat ke P.D. Terasa lama benar tak ke Avillion Admiral Cove.

Kalau dulu anak2 ke sini banyak yg menjadi kegemaran mereka. Hanya di Avillion ini ada Pet Farm. Ada waktu2 yg di peruntukan untuk Beri Makan Pets...



Burung merak yg belum kembang ekor.


Kolam renang yg luas.. Puas berenang kesana sini...


Pemandangan dari bilik.

Memang puas hati keluar beriadah di sini.


Ketenangan dan pemandangan yg indah.
ALHAMDULILLAH.

Thursday, January 15, 2015

712 ~ ALLAHUAKBAR.. Bezanya dulu dan sekarang..


Dahulu kalau nak balik kampong.. Mengambil masa agak sehari.
Pagi2 dah keluar rumah dengan arwah mak.. Ambil bas pergi ke Bangkok Bank.. Kemudian jalan kaki ke Pudu Raya. stesen bas lama sebelum Bangunan Pudu Raya di bina.

Kemudian ambil bas ke Hentian Bas Seremban. Turun di Hentian Bas Seremban, ambil pula bas menuju ke Pekan Nilai lama.

Begitu begini mengambil masa hampir sehari untuk sampai ke Kg Sungai Sekah.

 
Turun bas di stesen bas Nilai, berjalan kaki pula menyusuri tepi Masjid dan sekolah masuk kedalam kawasan perkampungan.




Rumah nenek saudara yg bernama Ayek Senah. Panggilan Ayek adalah nenek bagi masyarakat Minangkabau.



Akak mencari juga rumah ayah dan emak saudara yg mendaftarkan nama akak ke dalam suratberanak tapi sampai kehujung jalan tak ada. Hanya sebuah tapak rumah bersemak samun tinggi dan berpagar. Sayangnya... Bagaimana satu masa dahulu suasana rumah tersebut sangat memberikan ketenangan.

Sebaik melangkah masuk halaman yg bersih terjaga.. Ada dua pokok rambutan kiri kanan sebaik melangkah lagi kedalam kawasan rumah. Dengan pokok manggisnya dihujung tangga... Terdapat kolah air untuk digunakan menadah air hujan...

Halaman yg luas bersih kerana arwah bapa saudara yg dipanggil Ayahchik cukup rajin mengemas halaman rumah.
Makchik chap akan ke pasar membeli barang2 keperluan memasak.

Tetapi sebentar tadi, akak balik semula ke kampong Sg Sekah hanya mengambil masa setengahjam dari Bandar Baru Bangi. Kami ke Restoren Wati tepi kubur yg letaknya berdekatan dengan kampong akak. Selesai menjamu selera kami melihat kampong akak.

ALLAHUAKBAR
nak menitis airmata bagaimana mudahnya nak balik kampong berbanding waktu dulu dan sudah jauh bezanya suasana kampong halaman akak yg suatu waktu dulu sangat mendamaikan dengan air sungai yg nyaman di belakang rumah Ayahchik....
Pernah mandi sungai dan melihat anak2 ikan sembilang berenang2 di tepi2 anak pokok getah ditepi sungai.

Wednesday, January 14, 2015

711 ~ Sesekali tertinggal....


Dlm kelam kabut nak ke hospital dan mengejar masa nak mengelakkan kesesakan... Akak tertinggalkan hp...

Dah keluar rumah agak suku jalan teringat hp tertinggal... Hadoi... Memikirkan kalau pusing semula dan keluar semula mmg menempuh jem... Tak sanggup.... Redho jer ler,..

Habislaaa panggilan tak berjawap... Mesej tak berbaca...

Sampai hospital terus buka ipad.. Mujuq juga ipad dibawa.... Tapi bateri pula dah tinggal sikit...
Hadoi.... Dah berkali2 teringat sebelum ini nak cari wayar charger supaya boleh sambung dgn power bank tp... Asyiklaaa terlupa.

Penggunaan ipad pun berhati2...
Mudah2an bateri sebanyak 50% tu mencukupi utk 4 jam....

Rasa sunyi betul...
Jika tidak meriah dgn mesej di WA...

Nak tinggal pesan dgn anak, tak hapal no phone dia..
Asyik guna hujung jari jer bila nak hubungi semua org..
Bila nak ingat no phone, dah tak ingat/tahu.
Walhal dulu kita boleh hapal no kawan2 kita...

Terasa sunyi juga ni..
Kalau tidak tu... Kejap2 tgk hp...
Ada mms laa
Ada mesej laa...


Pastu kannn.
Pikir2 semula...
Hek Elehhhh....
Dulu hidup 40 tahun tanpa handphone.. Hidup juga...
Sempurna juga hidup akak.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...............


Tuesday, January 13, 2015

710 ~ Sesekali Menjawap jugak.


Kakak anak sulong akak orangnya lembut. Tak banyak cakap. Kalau marah banyak berdiam dari berbunyi.. Mudah dipujuk bila merajuk dgn adik2nya. Alhamdulillah.

Semalam bila dah berkumpul ramai2 adalah satu insiden ni...

Kakak : Ada sapa nampak Bagera kat luar tak?

Ibu : Kalau Bagera kat luar, macamana nak nampak kakak... Mata ibu bukan ada xray vision macam Superman...

Taklama selepas itu...

Qeeb : Kakak... Mica dah makan ke belum? ( kami semua risau sebab Mica baru melahirkan dan kerap menyusukan anaknya.. Mesti kerap lapar )

Kakak: Mana saya nak tahu.. Cubalah XRay perut Mika tengok ada makanan atau tidak????

Wah!!!!
Terkena dengan org lain...
Bagi kat orang lain...
Kesian org lain yg tak berdosa tu.
Ekekekekekeke


Cucu akak 4 ekor baru seminggu umurnya....



Monday, January 12, 2015

709 ~ Untuk pertama kalinya....



Mengenangkan betapa hari pertama persekolahan akan menjadikan jalan2 utama mengalami kesesakan yg teruk.. Akak keluar rumah awal dari biasa.

Seawal 635pg akak dah keluar rumah.. Tiba hospital 650pg. Terkejut semua petugas dan geng dialysis.

Perlu dan wajib keluar awal.. Kata akak. Kebetulan Ain dan Aisyah dihantar abah depa... (Tunggu waktu kena hantar Qeeb dan kakak beserta Ain dan Aisyah - jika waktu abahnya tiada bertugas di luarnegara..... Siap...)

Aisyah yg baru pertama kali sekolah pagi tahun ini... Alhamdulillah mudah saja dibangunkan. Sekali panggil dah terjaga.
Suruh pi mandi dan siap2 ke sekolah. Pukul 630pg dah siap sarapan... 

Akak dpt kesempatan belajar dari awal bagaimana nak on kan machine dialysis. Sebab selalu tiba semua dah bersedia.
Cara pasang bloodline... Penggunaan 2 botol air utk priming machine....
Cara  siapkan heparin melalui syringe...
Mula2 heparin 2ml
Then tambahkan air hingga 10ml
Kemudian buang 1ml tinggalkan 9ml

Duatiga kali belajar, in sya ALLAH boleh pasang bloodline sendiri kerana mesin baru ini lebih mudah priming dari mesin lama akak.

Bekalan tak perlu beli kerana lauk berbuka smlm masih ada... Berbekal air kopi sebotol... Nasi Lauk smlm.... Apalagi.... Lengkap dah permulaan hari Isnin akak.
Alhamdulillah........

Sunday, January 11, 2015

708 ~ Berkat .....



Tengahari semalam akak pergi menghadiri kenduri kawin anak kawan sekelas akak. Sekali dua org anak gadisnya berkawin. Sungguh meriah bertemu dengan kawan2 lama.






Ada seorg tu akak jumpa setelah berpuluhtahun tak bertemu. Lepas tingkatan 2, dia berpindah ke sekolah yg berdekatan dengan rumahnya.
Puziah namanya. Ibunya waktu kami sekolah tingkatan satu, menjual mee kari di rumah mereka. Pada akak, itulah mee kari yg tersedap pernah akak rasa. Kami tingakatan satu sekolah petang. Wajib singgah kerumahnya makan mee kari ataupun beli utk makan di sekolah.

Memang sangat puashati dan kenyang dengan masakan emak puziah. Sekarang, tiapkali akak membeli meekari, akak selalu berharap dapat rasa sama seperti mak puziah masak. Selalunya memang hampa.

Semalam, puziah menjemput akak kerumahnya utk dijamu dengan mee kari. Memang seronok laaa akak. Panjang umur mmg akan akak sahut pelawaan itu.



Selesai kenduri akak ke Bandar Baru Ampang. Disitu terdapat tailor yg sangat akak puashati dengan jahitannya. Alhamdulillah.. Sahabat baik akak yg mengenalkan tailor yg sangat bagus ini.
Sewaktu akak sampai ada seorang pelanggan yg sedang menempah baju.
Kami berbual2 sehinggalah waktu hendak pulang dia memberi panduan untuk pulang ke Bandar Baru Bangi melalui jalan yg tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas.

Dari kedai Tailor kami akak kena keluar ikut simpang ke kanan... Kemudian akan bertemu dengan lebuhraya Sungai Besi...
Dari situ perjalanannya sangat selesa tanpa kesesakan berbanding jika mengikut laluan yg biasa akak lalui.

Bayangkan selama bertahun Lebuhraya Sungai Besi telah ada, akak tak pernah tahu laluan tersebut dapat memudahkan perjalanan akak untuk berulang alik ke Bandar Baru Ampang.

Syukur Alhamdulillah...

Berkat bersikap ramah....
Alhamdulillah.....

Friday, January 09, 2015

707 ~ 8 tahun lalu..........

8 tahun lalu akak berpindah dari Pulau Pinang ke Serdang. Kemudian setahun kemudian berpindah ke BBBangi.

Kakak masuk tahun 6
Qeeb masuk tahun 4
Ain masuk tahun 1
Aisyah belumpun setahun.

Akak dok berulang dari Kuarters Hospital Serdang menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah. Kehilangan Ain sewaktu bertukar ambil dgn abahnya... (Nanti akan akak cerita)

Sehinggalah malam semalam akak kekenyangan dan kepenatan selepas selesai berbuka.. Manakala abahnya pula kepenatan baru habis tugas... Akak meminta Qeeb menghantar adiknya ke kelas tiusyen.

Balik dari menghantar adiknya Qeeb bercerita bagaimana suami cikgu tiusyennya yg juga cikgu tiusyen Aisyah melihat Qeeb sudahboleh memandu dan menghantar dan mengambil adiknya.
Usia Qeeb sebaya Aisyah waktu itu masa Qeeb mula2 berulang alik kerumah cikgu tersebut kerana tiusyen persendirian.

Pulang dari tiusyen... Kesemua kakak2 Aisyah turut pergi mengambil Aisyah.

Pemandangan yg sgt memberikan rasa kesyukuran.

Blogger ada masalah hari ni. Tak dpt masukkan gambar.

ALHAMDULILLAH...

Wednesday, January 07, 2015

706 ~ Tetiba terkenang....


Sebaik lepas SPM akak mengikut kawan baik akak pergi belajar menaip. Sekitar tahun 1980an mmg setiap anak dara habis SPM akan pergi belajar menaip. Ada lagi satu pelajaran yg turut diambil iaitu trengkas. 

Bagi yang ada kedua sijil menaip dan trengkas akan mudah mendapat kerja sebab itu antara ciri yg perlu untuk menjawat jawatan kerani atau setiausaha.

Oleh kerana memang sikap akak ni jenis mudah jemu... Tiada sijil yg akak dapat kerana selepas belajar sebulan dua, akak berhenti. Rasa macam penat laa nak belajar sebab akak lebih berminat nak sambung belajar dan tiada cita2 nak bekerja kerani atau setiausaha.

Tapi dalam pada belajar sekejap, akak tetap minta daripada arwah mak sebuah mesin taip. Seronok punya sebuah mesin taip manual. Rasa macam2 nak ditaip.


Bila ada masa lapang akak buat cerpen. Ada yg sempat akak kompile dan ada yg tidak. Bila baca semula berangan macam penulis hebat yg selalu digambarkan dalam filem. Kemahiran menaip setakat taip tanpa sijil yg diiktiraf... Memang seronok.

Bila akak bekerja sebulan sebelum arwah mak meninggal kerana seranan dari saudaramara yg menggalakkan akak bekerja sementara waktu sebelum  arwah mak meninggal sebab nak bagi arwah mak rasai duit gaji akak, akak mula bekerja di Forwarding Agent di Subang Airport. 

Kepantasan menaip sangat diperlukan. Mujur akak pernahlaaa belajar menaip. 
Mesin taip letrik pertama yg akak temui
.
.

Setiap kali ditekan hurufnya, bergegar bebola hurufnya. Huruf yang ditaip tercetak beserta bunyi gegar... ( ada satu macam bunyi) kalau tekan laju2... Lagi kuat bunyinya....

Kemudian dalam tahun 80an juga diperkenalkan komputer meja. Kerja2 menaip menjadi lebih mudah dan lebih seronok.

Anak2 sekarang mmg dah tak merasa menggunakan mesin taip. Rindu pulak dengan mesin taip.

Tuesday, January 06, 2015

705 ~ Bermonolog....


Tiba juga harinya
Wajib juga dilakukan hendak atau tak hendak
Semuga ALLAH bagi kekuatan utkku...
Kenapa laaaaaa masa beranak dulu tak ikut sekuen? Setahun seorg?... Sudha pasti selesai
Kenapalaaa sekarang dah tukar tak macam dulu? 
Masa kecik2 dulu takyah pun nak pikir2 nak kena jahit..
Anak pun satu.. Tak pernah buat sendiri..
Kita dulu basuh dan gosok baju pun buat sendiri...
Apasal itu
Apasal ini...
Awat masa awal2 cuti dulu tak selesaikan kerja ni..??????
Berapa tahun lagi nak kena jahit nama ni?


Serabut kepala akak memikirkan sejak anak nak masuk sekolah...


Dahulu anak 4 org sekolah.
Lagi hebat....
Empat lencana dan nama nak dijahit
Seorang dapat 3 helai seorang
Di darab dengan 4..
Lunyai jari akak memegang jarum..

Mula2 kena jahit jelujur kasar
Pastu jahit Kia
Halus2... Biar tak nampak
Hahahahaha
Iyerlaaa tu nama jahitannya begitu????
Seingat akak laaaaa begitu namanya.

Nak pi antar upah macam tak betul pulak
Ada ke orang ambil upah???

Tapi...
Bila dah mula jahit.... Sedap pulaaaaa

Taraaaaaaaaaa
Dah siap....

Alhamdulillah


704 ~ Ibu lagi lasak....


Bila ke IOI Citymall ada suka pergi menjengok di satu ruang yang disediakan untuk Main Luncur Ais kerana pada usia 14tahun akak cukup gemar melakukan xtvt bermain luncur ais setiap hari sabtu dan ahad. Waktu itu hanya di Sungai Wang Plaza mempunyai ruang main Luncur Ais.


Berbeza sekali dengan waktu akak main dahulu. Ruang ini lebih luas dan terbuka manakala di Sungai Wang Plaza ianya berada di tingkat 2 dan agak rendah bumbungnya. Bila dah ramai2 berkumpul di dalam kawasan tersebut, nampak sekali kesesakannya.

Akak taklah pandai mana pun. Sekadar boleh luncur sikit2 dan bergerak la jugak. Tapi tetap tak lepaskan peluang untuk meluncur setiap hari sabtu dan ahad. Lama kelamaan luncuran yang awalnya bertatih tatih... Menjadi lancar cuma tidaklah selaju mereka yg mmg pandai dan mahir meluncur.

Anak2 akak yang melihat permainan luncur ais ini tidak pula teringin mencuba
Sebagaimana akak waktu seusia mereka. Qeeb beri alasan takut jatuh dan patah tulang... Ain dan Aisyah belum dapat ilham bagaimana nak memulakannya. Nantilaa akak usha sikit2... 



Rasanya Aisyah akan berminat jika disewakan sekali Penguin tersebut. Akak pun tak tahu ada khidmat sewa penguin sebagai bantuan untuk bergerak dengan mudah bagi mereka yg baru belajar. Akak gugel nampak harga untuk menyewa...

Jadinya... Aisyah .. Ain...
Jom.....

Thursday, January 01, 2015

703 ~ Kesian dia....



Pemilik rumah ini dahulunya peminat kotak. Pantang ada kotak bekas barang2 letrik yg tidak digunakan, dia akan mengaku dia punya. Dia akan letakkan selimut (comforter) dan bantal dan akan masuk duduk di dalam itu.

Sekarang dia beraleh pula pada bakul yg agak besar semuat2 dia. Mica sibuk mencari bekas nak beranak, Aisyah pun samalah sibuk berebut cari tempat dia nak melepak. Kita yg melihat pun geram.

Memandangkan memang Aisyah kelahiran tahun ayam... (Kepercayaan cina) kami seronok pula mengusiknya.

Zahrah : Aisyah cari tempat nak bertelor ya?

Qeeb : Aisyah... Make sure kalau bertelor keluarkan jenis telur omega. Tak perlu ibu beli telor omega lagi.

Tapi itulaaa Aisyah...
Suka cari sarang tempat nak melepak.