Tuesday, June 04, 2013

546 ~ Demi selera yang dah terasa-rasa....


Malam Ahad baru ni kami ke Kg Baru..... 
Dah terasa-rasa nak makan tomyam Kg Baru yang selalu kami kunjungi. Tapi berita tak baiknya Kedai Anwar Tomyam sudah tidak operasi lagi kerana masalah pekerja. Perbualan akak dengan pemilik Anwar Tomyam memberitahu D'Lala Seafood milik kakak sulong mereka juga ada di Kg Baru. Akak pernah dengar sejak dulu mengenai D'Lala Seafood ni tapi sebabkan selera kami sudah sebati dengan Anwar Tomyam, kami tidaklah mencuba sehinggalah Anwar Tomyam ditutup.

Lama kan akak tak bercerita mengenai makan-makan ni...
So sekarang akak mulakanlah semula....

Perjalanan nak ke Kg Baru ni membuatkan kami pergi ke Putrajaya dahulu untuk mengambil Lebuhraya MEX kerana kuatir Lebuhraya Selatan-Utara mengalami kesesakan di Sg Besi. Demi tekak....

Tiba di Jalan Raja Abdullah... sebab akak kurang pasti lokasi sebenar Lala Tomyam, kami menyusur pelan-pelan Jalan Raja Abdullah... Lantas nampak sign Lala Tomyam. Nak masuk terus tidak mudah kerana ruang letak kereta depan tu telah penuh... kena buat satu pusingan masuk ke hingga ke Masjid Pakistan... kemudian ambil Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Alang.... Sangkut pula di Jalan Raja Alang sebab peniaga turun naik barang di tepi jalan.. Kelihatan di kiri kanan jalan meriah dengan penjaja menjual jualan mereka dan yang buat akak terkejut bukan setakat sayur-sayur kampong dan ulam-ulaman ada di jual malam-malam... Daging baru pun ada... Nanti tahulah mana nak cari bahan jika perlu memasak....

Okay sambung citer nak cari tomyam...

Akhirnya dapatlah parking dekat dengan Restoren. Legaaaa....
Pelanggan punyalah ramai memenuhi setiap ruang restoren. Tiba-tiba ternampak seseorang yang memang akak kenali sejak 30 tahun dahulu.. Adik kepada pemilik Anwar dan Lala Tomyam... Fauziah....Siaplah ada sessi peluk dan salam-salaman... Memang dah lama tak jumpa.. Dia pun macam terkejut lihat kami ada di situ dan bagitau Anwar dah tutup dan depa membantu kakak sulong depa di sini. Akak beritahu akak ada berbual dengan kakaknya Sophia petang tadi dan Sophialah yang memberitahu mereka sudah ada di sini.
Demi tekak kan?... dapat kawan...





Antara menu yang kami cuba di sini yang mana di Anwar Tomyam tiada.
Tapi apa yang ada di Anwar Tomyam tiada pula di sini.
Tekak masih rindukan apa yang ada di Anwar Tomyam.
Hadoi....

Tomyamnya tomyam merah..
Anwar punya tomyam putih..
Kami suka yang putih...

Daging masak merah di sini menggunakan daging betul.
Anwar punya guna Lidah lembu..
Kami suka Lidah lembu...

Rasa-rasanya....
kami kena cari port baru ni...



Malam Jumaat sebelumnya kami mencuba tomyam di Garden Cafe tepi Highway Silk dekat Sg Ramal..
Sedih... memang bukan tomyam yang sedap..
biasa-biasa jer...

Hiasan Garden Cafe memang cantik.. tapi tak tepat dengan selera...




1st time makan Tomyam adalah di Phee Fatima di Medan Tuanku/ Jalan Campbell
memang Da Best...
kemudian Anwar Tomyam...
kemudian... (masih mencari ni....)

10 comments:

  1. heheheeeeeeeee..
    saya sanggup ke ceruk sana sini mencari muzium, tinggalan sejarah, macam akak sanggup cari ke sana sini tempat makan yang sodap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekekeke
      sebab tu akak pesakit u doktor...
      ekekekeke
      akak ni pikirkan tekak jer...
      u pikir ilmu...

      Delete
  2. Saya pula sanggup kiranya mengembara cari mana port mee kuah yang menepati selera.Payah nak jumpa .Expectation too high..nak macam masak sendiri setahun sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu...
      bolehla dapat tips dari cikgu kat mana mee kuah yg seap bila2 saya ke utara ya?

      Delete
  3. Garden Cafe tu nampak cantik tapi Aina dan keluarga jens typical, kalau dah sedap kat situ susah dah nak gi kedai lain. Macam akak le dah biasa kat anwar Tomyam tu tak nak gi kat lain dah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina...
      akak jenis yang stick to satu tempat..
      suami akak ni.. selalu bising kata akak tak adventerous sebab taknak cuba tmpt lain...

      Delete
  4. Demi selera yang dah terasa-rasa, trafik jam dan jarak jauh, ku tempuh jua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak hajah nora...
      demi tekak..
      apapun sanggup...
      pernah salah jalan dan bertambah jauh jika nak pergi.. takpaaa... sanggup jugak... redah jugak....

      Delete
  5. Tomyam???? Can be found anywhere....

    Kensom Anwar....only one in a million......

    ReplyDelete
  6. Salam. Anuar Tomyam sudah beroperasi balik dah. Dia bukak Isnin-Sabtu dari 8 pagi hingga 3 petang. Saja nk share supaya kedai tersebut mendapat kembali pelanggan2nya.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata