Sunday, June 16, 2013

551 ~ SELAMAT HARI BAPA...





16hb June disambut sebagai Hari Bapa. Sejak menjadi menantu keluarga besar Haji Abdul Ghafar... akak berpeluang menyambut Hari Bapa bersama-sama dengan anak-anak dan menantu-menantu Haji Abdul Ghafar.

Memang sejak dari kecil akak tidak begitu merasai punya bapa kerana tinggal bersama ibu angkat.. peluang mempunyai seseorang yang dapat akak panggil Abah menjadi automatik sejak menjadi menantu Haji Abdul Ghafar.

Beliau seorang yang sangat istimewa. Berpendidikan tinggi dan bekas pengarah di jabatan kerajaan. Bila-bila kami memerlukannya beliau sentiasa ada seperti contoh sewaktu suami akak pergi belajar ke Germany, beliau menemankan kami kerana beliau tahu kesukaran akak untuk mengambil dan menghantar anak ke sekolah sewaktu hari dialysis. Ibu mertua juga sering diizinkan menemankan kami sewaktu ketiadaan suami akak. Dan apabila salah seorang dari kami mendapat rawatan di hospital, abahlah yang akan datang tinggal beberapa hari menengokkan keadaan kami sekeluarga. Alhamdulillah... merasa mendapat abah yang sangat penyayang dan mengambil berat.

Sempena hari Bapa pada hari ini...
terimalah ucapan Selamat Hari Bapa dari akak....




Sambutan kali ini di sambut di Kampachi Restaurant, Hotel Equatorial, Melaka.



No comments:

Post a Comment

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata