Thursday, May 30, 2013

545 ~ ALHAMDULILLAH...



Pada 29hb Mei 2013.. Hari Rabu... Qeeb menjalani pembedahan membuang 7 batang gigi. 3 batang gigi geraham bongsunya tumbuh senget/terbalik dan memberikan kesakitan pada gusi setiapkali ianya membesar. Selepas berunding dengan Ketua Jabatan Pergigian Doktor Sharifah Munirah gigi tersebut perlu dicabut. 
Manakala 4 batang lagi iaitu gigi yang hampir dengan taring juga perlu dibuang untuk memberikan laluan dan ruang apabila hendak memakai pendakap gigi.

Sepatut pada cuti sekolah lepas (Bulan 3) kami dah aturkan pembedahan ini tetapi setelah mendapat pandangan dari pakar bius, kami dinasihatkan agar menangguhkan pembedahan ini kerana waktu itu Qeeb tidak begitu sihat. Tarikh baru dibuat dan ALHAMDULILLAH segalanya telah selamat.

Seawal pukul 7 pagi, Qeeb sudah disediakan untuk dibawa ke Dewan Bedah. Air dimasukkan melalui IV line dan diberikan nebulizer untuk asthma. Alhamdulillah.. pukul 9 pagi pembedahan bermula sehingga jam 1145 pagi.





Ada kenangan waktu pemasangan Branula ni.
Sewaktu doktor pergigian memasang alat ini di tangan kanan Qeeb, Qeeb memerhatikan dengan teliti.
Entahmacamana tiba-tiba Qeeb bagai nak pitam. Akak yang ada sama di situ panik juga tapi mujur doktor yang bertugas tenang dan meminta Qeeb menarik nafas lepas.. tarik nafas lepas...
Memang pucat kaki tangan Qeeb waktu itu. Rupanya dia panik melihat jarum dicucuk ke salur darah ditangannya.

Akhirnya Branula berjaya di pasang apabila datang 2 orang doktor Bius yang lebih arif memasang Branula. Alhamdulillah... Mudah sahaja dah selesai.
( Ikut pengalaman akak, memang bukan semua doktor mahir melakukan dan berjaya memasang branula kerana waktu akak di CCU dan selepas keluar wad.. akak sering di pasangkan Branula kerana hendak memasukkan ubat antibiotik yang diperlukan. Sewaktu mengambil wuduq akak sering terlanggar alat branula tersebut dan sering tertanggal... maka akak sering berulang alik ke CCU meminta jasabaik doktor-doktor bertugas memasangkannya semula...)




Malam pertama di wad, akak menemankannya. Bangun pagi sakit2 badan dan tengkuk.
Malam kedua, abahnya menawarkan diri menemankan Qeeb.





7 batang gigi yang diberikan sebagai kenangan.
(Aisyah hari tu pun lebihkurang 7 batang juga...)




Alhamdulillah..
Tengahari 30hb Mei, Khamis... Qeeb dah boleh pulang kerumah...

12 comments:

  1. alhamdulillah....:-)
    p/s:dil ni lain smua x takut sangat..tapi kalau bab gigi..macam berdebar sikit...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dil...
      Selepas buat entry ni Qeeb mengalami kesakitan hingga hari ini sbb gigi geraham dikeluarkan cara pembedahan dan dijahit gusinya... Rasa sakitnya hingga saat ini..
      Belas hati makcik tenguk dia menangis kesakitan... Tp takdapat nak bantu....

      Delete
  2. saya selalu nengok kat drama kat tv
    kekonon masuk spital.. masuk drip..
    tapi hala branula tu the other way around!
    kok iya ponnn.... tanya2 lah dulu misi2, doktior2 kat spital tu gimana nak tampal branula tu!!

    simpan tau gigi-gigi tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Doktor jantung pun bengang dan bebel tgk babak hospital dlm drama melayu...
      Mintalah nurse ke.. Doktor ke cara nak buat adegan hospital.....

      Gigi aisyah ari tu dah hilang....
      Gigi qeeb nak simpan baik2 laa..

      Delete
  3. Replies
    1. Kak hjh nora...
      Aisyah pun ada geraham besi.. (crowning)

      Delete
  4. Replies
    1. CA...
      saya seriau jugak tp dah perlu.... Ikutkan je...

      Delete
  5. pengsan tengok gigi dalam balang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      Mmg seriau sbb pangkal gigi ada darah juga.....

      Delete
  6. mak oiii.....banyaknya gigi kene cabot! semoga qeeb cepat2 sihat kembali :)

    ReplyDelete
  7. Mmg byk Ai..
    Mula2 dgr mmg akak rasa kecut perut juga....
    Terima kaseh Aunty Ai....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata