Hari Selasa...
Hari selasa adalah hari cuti dialysis. Mengemas serba sedikit makanya malaslah nak memasak.
Pergi kedai Mak Siti belakang kedai Amir dah jadi tempat akak mencari lauk tengahari.
Pilihan lauk memang banyak.
Kerap akak mengambil kari daging, sambal belacan dan ikan keli sambal.
Tapi rasanya hari ni nak tukar menulaa..
ambil sesuatu yang akak jarang masak dan teringin nak makan.
Nampak ada gulai daging tetel dengan nangka masak lemak...
Then ada kangkong goreng belacan...
then ambil ikan keli bercili juga...
Untuk minum tengahari akak order Teh Ais...
( teringat masa zaman sekolah sering minum teh ais..)
Nak menyampaikan petang, perut akak dah agak sebu.
Menyangkakan mungkin sebab banyak sangat minum air perut dah naik kembung, akak okaylah jugak.
Bila malam sedang tidur, terjaga setiap jam..
bermula pukul 12 tengahmalam hinggalah ke 5pagi..
akak rasa perut berangin/sebu/mual/ tapi cuba muntah tak keluar makanan hanya air masam..
Bangun pagi dah terasa tersangat penat dan tak larat macam nak demam...
Suami pelawa nak hantar akak dan balik dihantar pulang. Memang akak dah rasa tak larat sangat.
Tiba di unit dialysis kehairanan lah geng akak. Selalu masuk ofis, akak paling riuh bergurau dengan Shamsiah dan Puan Chan.. tetiba pagi tu akak ditemani suami dan diam sahaja.
Waktu dialysis beberapa kali rasa nak pitam kerana tak lalu nak makan apa semasa sarapan.. hanya roti gardenia 2 buku sahaja dengan air kopi. Diet hospital pun makan sedikit sahaja. Jika tidak selalunya memang sarapan akak agak 'heavy' dan sejam sebelum waktu dialysis habis akak dah sediakan roti gardenia 2 buku.
BP drop hingga 89/65.. memang terasa pening sekali.
Selepas suami mengesyorkan akak menghabiskan setin air manis teh bunga... baru naik sikit BP.
Balik memang dalam keadaan badan yang sakit2 dan demam.. Siap menggigil sebelum dapat dilegakan dengan dua biji panadol.
Teringat semula apa yang akak makan hari Selasa tersebut.... memang serik...
Tak akan buat lagi...
Dah lama tak menembak dengan DSLR..
keracunan makanan ke atau apa tu kak?
ReplyDeletekesian akak harap dah sembuh sesembuhnya ye...
sya...
Deleterasanya bukan keracunan cuma ke'angin'an...
masuk angin sebab perut dah tua.... bukan boleh suka2 nak makan ikut teragak jer.....
Dekat seminggu juga ni masih belum betul lagi perut ni...
Pilihan kombinasi menu n air buat perut terperanjat!!
ReplyDeletekak hajah nora...
Deleteyup.. benar tu..
kombinasi yg sangat merbahaya bila disatukan... mau tercabut nyawa rasanya....
nangka + kangkung + teh + cili + demam...
ReplyDeletetiup dulu habuk kat kamera tu kak!
psst.. akak jangan guna build in flash..
macam itula cara orang tua-tua nak demam..
Deleteorang muda nak demam cara lain... cara orang muda....
ekekekekekeke
okay... noted...
thank u..
nanti bagi tips2 lagi ya... biar boleh pandai macam doktor... kekekekekek
Hati hati apa ada di pinggan anda....slogan baru.
ReplyDeleteKerana pinggan,badan merana...perumpamaan baru.
Apamacam.Boleh?hehe.
Mamason hanya minum teh bila prut meragam..
betul cikgu...
Deleteapa yg ada dipinggan anda boleh memBUNUH anda... harap berhati semasa makan...
waktu perut berangin ni saya cuba juga minum teh o panas, tak boleh...
Akak nagka tu angin, kangkung tu sejuk...memang kena sangat dah tu. Aina memang tak sentuh smeua tu.
ReplyDeleteAina...
Deleteinilah dia bahana tekak..
merana akak sebabkan tekak..
tekak merasa... perut menanggung akibat...
akak juga yang meranaaaa......
memang takkan ku sentuh lagi....
ekhem. nasib baik sedap dahulu kan...? sedap dahulu sakit sikit kendian takpe...ye ke takpe?? :p
ReplyDeletegB...
Deletehari kena memang tobat...
dah seminggu... macam nak setuju juga kata2 u tu...
tapi tak akan ku buat lagi...
tobat....