Saturday, June 15, 2013

550 ~ Syukur Alhamdulillah.. di LindungiNya.....



Satu peringatan buat sesiapa yang berkunjung ke Jakarta... Untuk pertama kalinya akak hampir di tipu oleh ulat-ulat pemandu kereta haram. 

Sebaik keluar dari Kastam dan Immigrasi di Airport.. akak terus mencari kaunter menjual tiket teksi Blue Bird sebab telah dipesan oleh Noha agar mengambil teksi yang berdaftar. Pegawai di kaunter bertugas mengeluarkan satu surat untuk akak tunjukkan pada pemandu teksi yang ada di depan Airport. Okaylaaa... maka keluarlah kami...

Sebaik tiba di kawasan teksi, ada seorang pemandu kereta haram telah mengambil beg akak dah terus dibawanya ke kereta yang terletak tidak jauh dari pintu keluar Airport. Akak bertanya juga samada dia pemandu teksi Blue Bird. Dia jawap, sama saja...

Tak suka akak dengan jawapan tu, akak ikutkan juga... bila dia berhenti dekat keretanya dan lepaskan beg akak, akak terus ambil beg akak dan minta kertas yang tertulis nama teksi Blue Bird daripadanya. Keberatan juga dia nak memberinya dan mengatakan sama saja keretanya dengan teksi Blue bird. Akak berkeras juga nak kertas tersebut dan dia pun memulangkan semula kertas tersebut.

Pengalaman tersebut memang agak menakutkan. Tapi syukurlah tiada apa-apa kejadian yang tak baik berlaku. Dia pun tidaklah se agrasif mana memaksa kami menaiki keretanya. Terus akak berlalu cepat2 dari situ.

Dapat kaunter teksi Blue Bird akak menukar mengambil limosine ke hotel. Puas hati... Kereta Toyota Innova digunakan dan memang selesa. Keluar dari Aiprort perjalanannya masih okay sehinggalah tak jauh dari situ sudah ada tol...





Kesesakan bermula dari tol ini...
melihatkan gaya pemanduan pemandu di Jakarta, memang akak tak akan pandai dan berani nak bersaing dengan mereka. Bila-bila masa depa rasa nak masuk ambil jalan depan kita, depa akan lakukan tanpa memikirkan pemandu kenderaan lain. Memang amat mengerikan..
Penunggang motor menyelit-nyelit sesuka hati...
Memang sangat sibuk..




Pemanduan disini berbeza sungguh dengan di Malaysia..
tapi agak serupa dengan Ho chi minh dan Hanoi..




Alhamdulillah...
Selamat sudah kembali ke tanah air dan terasa tiada tempat yang lebih indah dari negara Malaysia sendiri....

8 comments:

  1. Dari permerhatian makchaq juga.. penjual dan pemandu teksi di Indonesia sangat suka ambik kesempatan dan terlampau2 melakukannya.. harga yg ditawarkan sekurang2nya 3 kali ganda lebih tinggi kualiti barangan yg ditunjuk kat kita memang cantik tapi yg belah bawah out... depa tak jujur, tu la kot depa tak murah rezeki....

    Berbanding dengan yg bahagian service, sangat baik dan bersopan, jauh beza...

    kata driver kami kalau kat jakarta lagi teruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq..
      memang serik jika terkena tipu begitu...
      dan memang benar bahagian service baik di Makassar, bandung dan Jakarta amat berbudi bahasa...

      Delete
  2. Hajah,
    Di Beijing pun dreber pun sama, seram seriau dibuatnya. Di tempat kita, ada juga pemandu tak berhemah, kereta mahal, cantik, ada kelass...tapi drebernya uneducated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak hajah nora...
      setakat ini apabila menaiki pengangkutan spt teksi di Ho chi minh, bandung dan makassar tidak pernah jadi begitu. nasib-nasib jugak kot.
      di malaysis lagilaa jarang menggunakan pengangkutan spt teksi cuma baca dari akhbar sahaja.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wahhh kalu setengah orang yang tak biasa, haruslah kena tipu hidup hidup tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. azieazah..
      memang menakutkan tapi selepas baca ayat kursi macam dapat kekuatan nak lawan pemandu kereta haram itu..
      Alhamdulillah sebab dia pun tidak aggrasive...

      Delete
  5. Aunty, Noha ni hehe
    Wah Noha ada dalam entry ni :P Tulah, kami suka prigi Jakarta tapi rasa becinta sangat bila fikir teksi dari airport ke hotel. Tak jujur. Yang bermeter pula akan pusing2 jalan yang jauh semata-mata nak naikkan meter. Memang better naik limousine, aunty, selesa dan pemandunya takkan auta macem2...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata