Asalnya surat beranak anak sulong yg hilang bukan hilang sebenarnya...
( kalau tgk cerita Sixth Sense ) barang2 kita tak hilang ... Cuma DIALEHKAN tempatnya oleh kuasa2 tertentu... - sebab ayat yg terkenal dari budak tu " I see dead people"....
Okay.
Dalam hati mmg sangat serabut bila kehilangan Surat Beranak. Mula2 kehilangan passpot. Dah buat polis repot di Siasatan Jenayah.. Then buat polis repot biasa..
Bila pi Jabatan Immigrasi depa nak jugak surat beranak anak sulong walau dah lepas umur 18.
Cari punya cari dekat dua minggu masih tak jumpa. Declare hilang.
Susah hati sebab tak tahu procedure macamana. Nak kena panjat tangga Jabatan Siasatan Jenayah lagi ke kemudian baru buat polis repot? Itu yg dok tangguh sampai suami lapang masa
Nak pi buat polis repot.
Sehinggalah pagi td, akak talipon jabatan pendaftaran tanya kena buat polis repot tak jika nak buat surat beranak gantian, kata pegawai tu tak perlu.
ALHAMDULILLAH
Berita baik ni...
Seawal pukul sembilan dah tiba jabatan pendaftaran. Ambil nombor depa bagi borang suruh isi.
Isi borang bg maklumat yg kita ingat...
Mujurlaaa masih ingat.. Jika tidak mahunya kena soal siasat juga tadi..
Dapat nombor kaunter Anak Angkat.maybe sebab takda kaunter Kehilangan.
Sekejap jer.
Kemudian dipanggil dan depa print salinan surat beranak.. Baca dan setuju jika semua butir2 salinan itu benar...buat bayaran rm5 sekeping.
Tunggu sat.
Kena panggil semula..
Ambil surat beranak baru.
Buat akak mmg cantik surat beranak baru ni.
Besar daripada surat beranak anak kita yg Lahir tahun 2000.
Anak kita yg lahir tahun awal 90an masih tulisan tangan dan lebih kurang sama dgn kita yg lahir tahun 60an.
ALHAMDULILLAH.
Dengan surat beranak baru terasa bagai lahir semula.
Especially baca tang sini :
Kanak-kanak/Child tu.....
RAHMAH BINTI MOHD ZIN
Walau umuq dah 50...
ALHAMDULILLAH
nak buat gantian kehilangan Surat Beranak sangat mudah... Taklah susah dan serabut mana.
Tp mesti lahir kat Malaysia
Anak org Malaysia...