Hari sabtu 22hb Disember persatuan bekas pelajar sekolah akak mengadakan Reunion di Asrama sekolah menengah kami. Ramai yang menyertainya... bermula dari batch 81 hingga batch 86... - yang lahir tahun 64,65,66,67,68 dan 69 tetapi pihak senior tahun 81 hanya akak berdua dengan Suhayati. Beliau adalah teman sekelas akak dan waktu sekolah kami memang rapat. Jumlah keseluruhannya aalah seramai 75orang.
Antara barang yg perlu di bawa ialah bantal dan bantal peluk, Cadar dan barang2 keperluan diri.
Sebelum dihantar keasrama suami akak membawa kami sekeluarga makan tengahari di Restoren Puti Bongsu sambil mengusik " Nak masuk asrama kena makan kenyang-kenyang.. nanti tak cukup makan..." Hahahahah macamlah duduk setahun kat sana...
Lauk dipilih mengalahkan nak makan dan bawak bekal.... ekekeekkekeke
Sewaktu sekolah menengah dahulu akak tak pernah berpeluang tinggal di asrama kerana jarak rumah dan sekolah adalah dekat. Tetapi sahabat baik akak ni, memang penghuni asrama selama 2 tahun. Beliau berjaya memujuk akak agar sama-sama menemankan beliau bermalam di asrama untuk merasakan saat2 yang sama seperti waktu sekolah dahulu...
Keadaan asrama sekarang..
menurut kata Suhayati, waktu dia tinggal di asrama tidaklah padat sangat jumlah katilnya. Kebetulan bilik yang kami tinggal itu adalah bilik beliau sewaktu beliau tinggal di situ. Lagilah beliau rasa sangat teruja dan seronok..
Sempat bergambar sebelum majlis BBQ malam itu.
Kami tahun 81 bergabung dengan tahun 82.
Olehkerana hanya akak berdua dari tahun 81.. untuk berlaku sporting akak turut mendendangkan lagu.
Lagu 'Carpet'...
### Bentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
muga tak ku terasakan
cubaan yang ku galas ini...
Tapi yang kelakarnya sepanjang menyanyi tangan akak dalam poket dan dok pegang mic begitu. Nerbes.. beb...
Esoknya ada sukanika dan aerobic...
akak masuk setakat yg akak terlarat..
kemudian akak lari naik ke bilik berehat..
Check out pukul 300 petang...
Mengimbau kenangan lama dan mengeratkan tali persahabatan yang telah pun sedia terjalin sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Akak,
ReplyDeleteBestnye kembali ke sekolah..
Juju...
Deletesangat best...
rasa bagai 30tahun dahulu juga...
ramai teman dan junior yg tak berubah lansung wajahnya dan bodynya...
selamat bergosip-gosip!!!
ReplyDelete:)
besttt....
Deleteramai yg tak tidur malam sebab sibuk berbual...
Bestnya program macam tu...!
ReplyDeleteazie...
Deletememang best...
80 orang hadir...
semuanya masih akak kenal dan mesra bagai dahulu.
Pssstttt...! Akak, 29hb, jom kita makan Cendol & Pasembor depan Hitachi tu Kak. Saya turun dgn beberapa orang teman blogger.
ReplyDeleteazie..
Delete29hb akak ada wedding.. memang di Bangi juga...
nak jumpa pukul berapa???
menyanyi dan tangan di poket? kahkahkah! ado lak penyanyi yang tiru buat konon-macam-stail-cipta-sendiri kang! tapi cool la akak!!! hahahaha!!
ReplyDeletegB..
Deletememang sangat nerbes..
tak sedar lansung tangan dalam poket...
berdiri tegak macam tiang microphone juga...
memang tak elok kalau bercakap depan khalayak ramai tangan masuk dalam poket, berpeluk tubuh atau tergaru-garu hidung dan kepala.
ReplyDeletepaling baik ialah pegang mikropon. atau lagi baik guna rostrum!
IM..
Deletenerbes..
ramai sangat malam tu...
dah tak tahu nak buat reaksi apa...
tak sedar lansung hingga lihat gambar yang diambil...
Best kan kalau dapat jumpa kawan sekolah.. Makchaq kalau jumpa kawan sekolah, rasa macam depa semua tak berubah, makchaq sorang rasanya yang nampak tua..
ReplyDeletemakchaq..
Deletesebab itu walau bagaimana malas pun, akak tidur jugak di asrama... kerana nak lama sembang2 dengan kenkawan. Memang rasa macam tu... yang lain tak berubah apa pun.. kita jer yang makin besar dan thua...
Seronoknya dapat jumpa rakan2 sekolah dulu.Wahhh akak....berbakat juga ye.
ReplyDeletenorzie hany
DeleteAlhamdulillah...
dapat juga kesempatan bertemu kenkawan setelah lebih 30tahun tidak bertemu...
part nyanyi tu.. bidan terjun jer...
nak menari tak pandai... sumbang suara jer boleh...
err...
ReplyDeletesaya tak suka reunion..
...
malas
Doktor..
ReplyDeleteHihihihihihi
Allergic yer?