Saturday, December 22, 2012

483 ~ Jika dah Tiada Rezeki.....


Terjumpa tiket ni yang jadi penanda buku. Tengok tarikh dah setahun dah berlalu...

Ada kisah waktu hendak menaiki bangunan tertinggi di dunia...

Kami tiba di Dubai hari Rabu Malam. Hari Khamis siangnya dan Jumaat siangnya kami  sangat sibuk kesana dan kemari... Banyak tempat yang hendak di lawati dan banyak barang yang hendak di pau.  HEH HEH HEH

Pergi cari kain dan jubah di Souq... Setelah membeli belah, menunggu teksi di tepi jalan tak mudah. Kita kena cari laluan teksi yang betul kerana kebanyakkan jalan2 di Souq tersebut adalah ditutup dan sehala. Berjalan jauh jugalah mencari teksi.

Then, part nak cari barang di Malls. Malls nya yang sangat besar dan puas jugak berjalan nak mencari barang yang di kehendaki. Barang dapat dan berpuashati tapi punyalah penatnya...

Hari Khamis dan Jumaat juga kami ambil bus tour bandar Dubai... Naik bus turun bus juga kerana laluan berbeza dan bus yang diambil juga berbeza...

Dan pada malamnya pula barulah rancangan kami hendak menaiki puncak tertinggi dunia.

Selepas tiket dibeli, kami terpaksa berdiri beratur agak lama kerana orang yang sangat ramai.. Then kami berjalan perlahan-lahan menuju ke lif yang di sediakan. Menanti nak naik lif pun mengambil masa dan orang menantinya sangat ramai. Waktu ini akak dah terasa sangat penat dan tak larat nak berjalan lagi.
Akak dinasihatkan duduk sebentar dan lepaskan orang barisan belakang akak lepas menaiki lif.. akak masih terasa sangat penat. Akhirnya memang dah terasa tak berdaya sangat... Bantuan di minta dan sebuah kerusi roda dihantar mengambil akak untuk di hantar ke hentian teksi dan pulang ke hotel.





Tiada Rezeki..
dah ada tiket... dah beratur nak naik lif.. tapi rezeki tiada nak jejak kaki di atas tu..




Ketentuan ALLAH...
akhirnya baliknya pun dari hotel terus ke Airport berkerusi roda..
dari kapal terbang hingga ke kereta di KLIA pun berkerusi roda...
( Jadi OKU sekejap...)
Dalam perjalan 7jam dari Dubai ke KL... akak tidur lena....





6 comments:

  1. Itulah yg dikataakan so near,yet so far..Dah depan hidung, tapi dah bukan rezeki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izan..
      betul tu...
      dah jejak kaki tapi tak daya nak naik...
      rezeki ketentuan ALLAH juga tu...
      bukan sebab tak dapat beli tiket... tiket dalam tangan walaupun masa tu beratur lama tunggu nak beli tiket...

      Delete
  2. Tak pa Akak, nnt p lagi.. this time will be different sbb Akak dah ada pnglman n tau what to expect..

    Nak lbh afdhal bawak cucu Maktok tu skali!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ja..
      In syaa ALLAH
      akak memang teringin nak pi lagi...
      cucu maktok boleh siap passport ya...

      Delete
  3. Kita hanya merancang... pasni harus la kene pegi lagi Kak. Kali ini setkan plan untuk ke situ dengan stamina dan fizikal yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. azie...
      memang akak teringin nak pergi lagi...
      kena jejak kaki kat Burj Al Khalifa ulu baru pi menyopping ...ekekekekeke

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata