Friday, December 07, 2012

475 ~ Hasil Mahsyul kebunku yang berekar2...



ALHAMDULILLAH...
Bibik dengan bangganya memberitahu perkabaran gumbira pagi semalam... 
" Buk, buah mata kucing di samping tu udah berbunga..."
perlu terjemahan?
" Ibu..... buah mata kucing di tepi rumah tu sudah berbunga..."

Akak tanya...
" Banyak ke bunganya?"
Jawap bibik sambil senyum manis...
" Tak pala banyaknya....."
perlu terjemahan lagi?
" Taklah banyak mana....tapi dalam selori jugalah nanti.."

Pagi tadi sebelum ke ofis sempat akak menjengah kebun akak yang berekar2 nun. Sempatlah jugak ambil gambar sebagai bukti dia pernah berbunga. Mana tahukan, angin bertiup kencang, habis semua bunganya gugur....




Tanaman yang lagi satu ini betul-betul meriah...
dengan warna  merahnya.. memang indah...
jika tengok pun hati sangatlah bahagia...




Sekianlah laporan dari Kebun Bibik... (sebab dia yang tanam.. ekceli...)

13 comments:

  1. Amboiii kak! Memang patut bangga dan gumbira ni. Nanti bercahaya la mata kucing tu bersinar-sinar. Hehehe

    ReplyDelete
  2. entah kenapa pokok pisang tanduk saya tak berbuah-buah..pokoknya besar, dah senget macam nak tumbang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. izan...
      menanam ni ada nasib2 juga...
      ada yg menjadi.. ada yg tidak..

      Delete
  3. Tak apa. Angin bertiup itu kerana perintah Tuhan, adanya!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Norzie..
      betul tu.. memang berlori2... ekekekekek

      Delete
  5. Rahmah..apa yg i perhatikan pokok mata kucing i kat umah tu la..bila musim bebunga banyak lebah menghurungnya ..petanda yg baik le tu..mesti buah dia manis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiwalara...
      memang buah mata kucing yg u beri i tu memang tersangatlah manis... macam tak percaya matakucing ipoh bukan import luarnegeri punya...
      sungguh Yani, memang sangat manis....

      Delete
  6. alaaa...kenapa tak ada pokok laici..?


    -sara-

    ReplyDelete
  7. diana..
    bibik ni terlebih suka bila pokok yg ditanamnya menjadi...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata