Monday, December 31, 2012

488 ~ Sabtu, Ahad dan Senin...Kisahnya sebelum 2013


Hari Sabtu selepas memenuhi undangan Makcik Mon yang mengundang ke majlis perkahwinan cucu lelakinya... Akak teragak nak join perjumpaan blogger di bawah pohon beringin depan Hitachi, BBBangi. Sebab berteman, akak cuma lalu saja depan tu. Ternampak  Azie... brek mengejut jugak... Sampaikan teman disebelah berkata.. " Tak boleh berhenti sini... nanti kena langgar.."

Dah nampak Azie.. dan Ida dan gB .... akak pun berniat nak turun singgah. Teman di sebelah bagitau, " U, antarlah i balik dulu... boleh u puas menyembang-nyembang..."

Dengan kadar segera akak hantar teman tu ke rumahnya... Tak sabar rasanya nak duduk sama-sama dengan semua teman blogger. Dalam liver Mau rasanya antar sekerat jalan jer  ekekekekekeke

Alhamdulillah... Di pertemuan tersebut dapatlah akak berkenalan dengan Dato' Haji Abdullah dan Datin Aishah, Roshidayu, Anaa, Anyss, Dr Hanie, Junaina dan gB......( Pertemuan yang pertama kali... terasa mesra menyusuk di jiwa....- terus teringat lagu lama...)



Hari Ahad...
Bawak anak ke Metro Point.. Ingatkan nak main bowling... Punyalah ramai umat... ada tournament rupanya...
Tom yang tak  Kuruzz2 katanya nak asah bakat... Tapi tempat pulak takder...




Hari Senin...
Sebabkan semalam kami lunch di Papparich bukan Cibiuk.. hari ni akak ke Cibiuk untuk lunch sensorang. Sessi balas dendam..
Alhamdulillah... memang kena dengan selera.




Pilihan lauknya:
Ayam goreng,tempe dan tauhu goreng... ada ikan masin..
yang penting sambal2nya....
Versi Cibiuk, Kajang.





Yang dibawah ini gambar Nasi Timbel versi Hotel Guntur di Bandung..
Agak serupa tapi yang sedap sekali adalah di Cibiuk. Maybe baru 1st time rasa Nasi Timbel di Hotel Guntur.... Nasi Timbel yang di Cibiuk kena banget deh.. dengan tekak akak...



Saturday, December 29, 2012

487 ~ Bantuan dariNya juga...




Selama dekat 4 tahun berulang 3 kali seminggu ke Unit Dialysis Hospital Serdang.. membuatkan akak bagaikan dah menjalani rutin yang biasa. Masuk pukul 800 pagi dan pulang dekat pukul 1 tengahari. Begitulah keadaannya selang sehari selama dekat 4 tahun.

Perhubungan kami sesama pesakit dan saudara pesakit dah mesra. Saling bantu membantu dan bergurau mesra bagai saudara sendiri.

Ini adalah teman yang mula-mula akak kenali sejak hari pertama dialysis di sini. Puan Shamsiah... Mula-mula ingatkan beliau ni polis sebab sering berseluar biru... ekekekekek...



Nak citer juga...
Bila dah dialysis dekat selama 4 jam.. walaupun pada jam yang pertama kita dah makan heavy ( macam nasi atau/dan mee hoon..= sebab kadang2 boleh makan kedua-duanya sekali...) setelah hampir 4 jam dialysis... perut akak terasa lapar semula... Waktu inilah biskut, roti atau pun kuih muih amat membantu.

Akak selalunya suka beli roti Pau berintikan daging atau ayam. Untuk mendapatkannya...(tangan akak kan masih bersambung dengan mesin dialysis...).....Jeng..jeng...jeng..




Mamat hensem HDU inilah yang bertanggungjawap membelikan roti Pau ataupun yang roti yang dijual di kantin atau kiosk yang berhampiran.
Sebut saja... "Muiz... tolong belikan.... (sekian..sekian)..." dengan senyuman paling manis dia jawap... "Boleh... boleh..."

Tunggu dalam 10 minit... tibalah Muiz dengan kiriman kita tu.




Adakalanya air yang digunakan dalam proses dialysis habis... Then kita lihat petugas sedang sibuk membuat kerja atau menyiapkan pesakit untuk dialysis...
Panggil saja...
" Muiz.... minta tolong ambilkan air biru... or air merah... or dua-dua sekali air..."
Dengan senyum meleret... dia jawap " Boleh.. boleh.."





Jika sebelum Muiz akak dibantu oleh Bibik kepada Uncle Kong. Tapi bibik tersebut dah pun selamat pulang ke kampung halamannya... dan Uncle Kong pun dah selamat ........ Sekarang tugas tersebut diganti oleh Muiz.

Alhamdulillah....
Rezeki dari ALLAH juga buat kami di sini.

Thursday, December 27, 2012

486 ~ T C D Bangiezzzz....







Dalam perjalanan ke KL...

Isteri : Yang... nanti kita pi nonton cerita Tom Cruise 'Jack Reacher' ok tak?

Suami : Yang ni... dah ada Tom Cruise kat sini pun nak tengok Tom Cruise lagi...

Isteri : Mana?????? 

Suami : Senyum dengan kacamata hitamnya... " Ini!!!!......"

Isteri : Alolorh... ingatkan S Jibeng tadi.... ekekekekekekekekke






Cerminmata memang serupa.....




Tuesday, December 25, 2012

485 ~ Balik semula ke sekolah...



Hari sabtu 22hb Disember persatuan bekas pelajar sekolah akak mengadakan Reunion di Asrama sekolah menengah kami. Ramai yang menyertainya... bermula dari batch 81 hingga batch 86... - yang lahir tahun 64,65,66,67,68 dan 69 tetapi pihak senior tahun 81 hanya akak berdua dengan Suhayati.  Beliau adalah teman sekelas akak dan waktu sekolah kami memang rapat. Jumlah keseluruhannya aalah seramai 75orang.

Antara barang yg perlu di bawa ialah bantal dan bantal peluk, Cadar dan barang2 keperluan diri.




Sebelum dihantar keasrama suami akak membawa kami sekeluarga makan tengahari di Restoren Puti Bongsu sambil mengusik " Nak masuk asrama kena makan kenyang-kenyang.. nanti tak cukup makan..." Hahahahah macamlah duduk setahun kat sana...

Lauk dipilih mengalahkan nak makan dan bawak bekal.... ekekeekkekeke




Sewaktu sekolah menengah dahulu akak tak pernah berpeluang tinggal di asrama kerana jarak rumah dan sekolah adalah dekat. Tetapi sahabat baik akak ni, memang penghuni asrama selama 2 tahun. Beliau berjaya memujuk akak agar sama-sama menemankan beliau bermalam di asrama untuk merasakan saat2 yang sama seperti waktu sekolah dahulu...




Keadaan asrama sekarang..
menurut kata Suhayati, waktu dia tinggal di asrama tidaklah padat sangat jumlah katilnya. Kebetulan bilik yang kami tinggal itu adalah bilik beliau sewaktu beliau tinggal di situ. Lagilah beliau rasa sangat teruja dan seronok..





Sempat bergambar sebelum majlis BBQ malam itu.
Kami tahun 81 bergabung dengan tahun 82.





Olehkerana hanya akak berdua dari tahun 81.. untuk berlaku sporting akak turut mendendangkan lagu.
Lagu 'Carpet'...

###  Bentangkan ku permaidani
dari baldu berwarna putih
muga tak ku terasakan
cubaan yang ku galas ini...

Tapi yang kelakarnya sepanjang menyanyi tangan akak dalam poket dan dok pegang mic begitu. Nerbes.. beb...





Esoknya ada sukanika dan aerobic...
akak masuk setakat yg akak terlarat..
kemudian akak lari naik ke bilik berehat..






Check out pukul 300 petang...
Mengimbau kenangan lama dan mengeratkan tali persahabatan yang telah pun sedia terjalin sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Monday, December 24, 2012

484 ~ PEMBERITAHUAN








25hb Disember 2012
Hari Selasa
TV 1
Selamat Pagi Malaysia
915-945 pagi


Saturday, December 22, 2012

483 ~ Jika dah Tiada Rezeki.....


Terjumpa tiket ni yang jadi penanda buku. Tengok tarikh dah setahun dah berlalu...

Ada kisah waktu hendak menaiki bangunan tertinggi di dunia...

Kami tiba di Dubai hari Rabu Malam. Hari Khamis siangnya dan Jumaat siangnya kami  sangat sibuk kesana dan kemari... Banyak tempat yang hendak di lawati dan banyak barang yang hendak di pau.  HEH HEH HEH

Pergi cari kain dan jubah di Souq... Setelah membeli belah, menunggu teksi di tepi jalan tak mudah. Kita kena cari laluan teksi yang betul kerana kebanyakkan jalan2 di Souq tersebut adalah ditutup dan sehala. Berjalan jauh jugalah mencari teksi.

Then, part nak cari barang di Malls. Malls nya yang sangat besar dan puas jugak berjalan nak mencari barang yang di kehendaki. Barang dapat dan berpuashati tapi punyalah penatnya...

Hari Khamis dan Jumaat juga kami ambil bus tour bandar Dubai... Naik bus turun bus juga kerana laluan berbeza dan bus yang diambil juga berbeza...

Dan pada malamnya pula barulah rancangan kami hendak menaiki puncak tertinggi dunia.

Selepas tiket dibeli, kami terpaksa berdiri beratur agak lama kerana orang yang sangat ramai.. Then kami berjalan perlahan-lahan menuju ke lif yang di sediakan. Menanti nak naik lif pun mengambil masa dan orang menantinya sangat ramai. Waktu ini akak dah terasa sangat penat dan tak larat nak berjalan lagi.
Akak dinasihatkan duduk sebentar dan lepaskan orang barisan belakang akak lepas menaiki lif.. akak masih terasa sangat penat. Akhirnya memang dah terasa tak berdaya sangat... Bantuan di minta dan sebuah kerusi roda dihantar mengambil akak untuk di hantar ke hentian teksi dan pulang ke hotel.





Tiada Rezeki..
dah ada tiket... dah beratur nak naik lif.. tapi rezeki tiada nak jejak kaki di atas tu..




Ketentuan ALLAH...
akhirnya baliknya pun dari hotel terus ke Airport berkerusi roda..
dari kapal terbang hingga ke kereta di KLIA pun berkerusi roda...
( Jadi OKU sekejap...)
Dalam perjalan 7jam dari Dubai ke KL... akak tidur lena....





Thursday, December 20, 2012

482 ~ Anak dara zaman sekarang...




Sewaktu pergi menyopping di suatu hari yang cerah...(cerah baru dapat gaji...)


Qeeb : Ibu... mari tengok sini...

Ibu : Buat apa... bukan ibu nak beranak kecik lagi...

Qeeb : Ibu tengoklah ni.. nanti ibu boleh belajar macammana nak pakaikan  untuk anak Qeeb....

Ibu : ( Biru muka sekejap.... terkedu..)

Tuesday, December 18, 2012

481 ~ Tiada dalam perancangan....



Pagi ini memang dah di jadualkan suami akak akan di temuramah di TV1, Rancangan Selamat Pagi Malaysia. Rancangan bersiaran pukul 918pagi  hingga 945pagi. Topik perbincangan adalah Sindrom Serangan Jantung. Memandangkan masa yang diberikan tidak mencukupi dengan pertanyaan yang diberikan oleh penonton, suami akak bagitau tadi bahawa penerbit Selamat Pagi Malaysia meminta beliau ke udara semula pada minggu hadapan. Nanti akak confirmkan lagi.




Selesai menonton Selamat Pagi Malaysia, akak dan teman baik ke Wangsa Walk di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Perancangan asal nak makan nasi lemak di Kg Baru tapi tiada rezeki kami pagi ini kerana akak nak menonton Doktor Jantung Hati di TV... maka semua rancangan ditukar berkuatkuasa sertamerata. Mujur teman baik tidak membantah...

Pertama kali menjejak kaki di Wangsa Walk selepas mendengar dari teman2 yang pernah berkunjung di sini... Banyak yang menarik hati dan dalam dua jam kami dah jelajah semua bahagian di Wangsa Walk.




Selepas berjalan-jalan dan terasa lapar...singgah sebentar di Sweet Bowl..
akak memilih Curry Laksa..



Bib memilih Mayo Sandwich..




White Coffee



ABC pilihan Bib..




Memandangkan masa masih panjang lagi untuk balik kerumah kami berubah angin ke Pavilion pula..
Alhamdulillah... parking pun mudah... orait jer...
Tempat solat di Level 5 pula memang selesa dan mewah.



Selesai berjalan-jalan, kami ke DOME.




Bib mengambil Mushroom Soup.




Sambal Puff pilihan akak..



Sebelum jalan menjadi makin sesak, kami beransur pulang.
Best juga bila berjalan tanpa dirancang....

Monday, December 17, 2012

480 ~ Terkejut betul ni...




Semalam sajalah jalan-jalan kaki ke Chow Kit Road.... 
Jalan-jalan..jalan.. jalan... tiba-tiba sampai kat depan kedai ni....
Eee' Ehhhh!!!!... uncle ni hidup lagi????? Uncle ni meniaga lagi...
Dekat 30 tahun wooo tak jumpa uncle ni...

Ingatkan Uncle ni dah takda  meniaga lagi atau dah buka restoren besar kat memana...
 Rupanya Uncle ni masih sama seperti dahulu... Baju yang dipakai kemas bersih.. sama macam 30 tahun lebih  dulu....






Yang paling best di sini ialah Mee Kari... dan Ais kacang... semalam lupa pulak nak minta...
sebab masih terkejut besar..






Duduk borak2.. datang pulak Ensem boy uncle... Used to   Ok... Ramai anak dara sekolah Menengah Kg Baru lepas habis sekolah memang akan berkumpul di sini. Sambil makan dan sambil jamu mata... HAHAHAHAHAHA
Ada yang jatuh hati lagi...

Sempat bergambar dengan Ensem Boy tu.. siap tanya nama... dia kata kenapa dulu tak tanya nama? hehehehehe dulu manyak malu ler..... Dia kata masa kami selalu datang kedai dia, umurnya baru 20 tahun... Manalah kami nak tau itu semua... dulu anak dara semua sangat pemalu... sekarang anak dara pandai cari info kat FB... ekekke
Kalaulah dulu dah ada FB, sure dah makan mee kari hari2... ekekekekekeke.....

Friday, December 14, 2012

479 ~ Tak boleh belah jawapan ni.... Sorry Yang.....



Sedang makan-makan di tepi terusan buatan di Mines petang tadi.

Isteri : Yang, nanti kami nak buat gathering dengan kenkawan sekolah sempena umur kami 50 nanti.

Suami : Oh iyer? Apa depa panggil jika yang ke 50 tahun?

Isteri : Jubli Perak...

Suami : Jika 100 tahun?

Isteri : Seratus tahun???? Masa tu ramai dah takda ... ramai dah tak kenal...  cakap pun dah ingat2 lupa... Nanti jadi... " Maaf tanya ya... tadi namanya siapa tadi????" "Dulu sekolah mana ya?"...

Suami : Iya tak iya jugak.....

Wednesday, December 12, 2012

478 ~ Asyik Aisyah.. Aisyah jer.. kan Ain???



Anak dara ketiga ni jarang akak ceritakan kisahnya. Nak cerita memang banyak kisahnya.... Saja akak nak jadikan kenangan di blog ini cerita mengenai anak dara yang ini...

Lahir pada 13/12/1999.. Lahir di Hospital Melaka. Doktor yang sepatutnya menyambut kelahirannya telah bertukar kepada doktor lain. Akak sudah di tetapkan untuk melahirkan Ain secara pembedahan kerana masalah uri bawah. Doktor perempuan iaitu Doktor Deepika yang biasa memeriksa akak seminggu sebelum tarikh 13hb tesebut telah pulang ke kampong halaman...(Doktor Import dari Pakistan)... Entah macamana hari yang sepatutnya beliau tiba di Airport KLIA.. beg pakaian beliau telah tersalah antar... jadinya beliau tidak dapat ke hospital pada masa yang ditetapkan.. Doktor Pakar Perbidanan lelaki iaitu Dr Tham yang melakukan pembedahan tesebut. Inilah pertama kali doktor lelaki yang menyambut kelahiran anak akak. Sebab sejak dari anak pertama memang kami memilih pakar perbidanan perempuan.
(Saja untuk rekod akak : Anak pertama : Dr Tan, Anak Kedua: Dr Habibah, Anak keempat Dr Sharon)

Anak dara ini lahir di Melaka. Waktu ini kami menetap di Melaka. Sempatlah tinggal di Melaka selama dua tahun sebelum kami berpindah ke Pulau Pinang. Waktu membesarnya hingga tadika dan sekolah rendah tak sampai sehari di Sekolah Rendah Batu Lancang. Sekolah seterusnya di Bandar Baru Bangi hingga tamat tahun 6.

Ain memang seorang anak yang tidak banyak kerenah dan tak banyak cakap. Nak keluar satu ayat jika ditanya memang seumpama ada seketul emas dalam mulutnya. Ketara sangat perumpamaan 'berat mulut'.

Sewaktu kami tinggal di Quarters Hospital Serdang, kami tinggal di tingkat satu. Manakala Ketua Jabatan lain tinggal tingkat di atas kami . Ada satu insiden yang membuatkan akak suka mengenangnya hingga hari ini.. Waktu itu Ain baru berusia 6 tahun..

Doktor pakar yang tinggal di atas rumah kami mempunyai sepasang anak lelaki kembar. Pada suatu hari seorang dari kembar tersebut telah membuang permainan kad gambar (Card games). Ain berminat nak melihat gambar kartun yang terdapat pada kad gambar tersebut. Dia telah berdiri di tingkap. Dengan menggunakan chewing gum dan benang jahit, Ain telah dapat mengambil kad-kad gambar yang berada di tingkat bawah bangunan quarters tersebut. Sangat cute... Seorang budak berumur 6 tahun mendapat akal untuk mengambil kad permainan di tingkat bawah hanya menggunakan chewing gum dan benang.

Ain memang suka menyendiri.. Suka melukis dan membuat bentuk kartun yang digemarinya dengan menggunakan chewing gum dan tanah liat (plastersin)

Antara patung yang dibuat oleh Ain..






Lukisan menggunakan Paint Brush.




Waktu berusia 3/4tahun.. Kurang bercakap dan banyak melukis gambar kartun yang digemarinya.




Tak berapa gemar berenang seperti Aisyah... Hanya suka bermain di gigi air..




Hari ini genap umur Ain 13 tahun. Selamat Hari lahir Ain.. semuga menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan di akhirat.

Tuesday, December 11, 2012

477 ~ Ehem... Abg Jazman... Aisyah datang....



Malam tadi sampailah pagi tadi... (Dari pukul 9malam hingga 3 pagi) kami sekeluarga memasang kerusi untuk merasai Formula 1 driver bawa kereta... Dahlah pasangnya mengambil masa, takkan dah pasang nak terus tidur.... semuanya teruja nak mencuba memandu juga....

Ikut giliran, bermula abah, ibu, kakak, qeeb, Ain dan Aisyah.... Masing2 mengasah bakat memandu Supercars.

Sehabis rapat yang boleh antara kerusi dan stereng...




Nampak cara bawak macam dah lama berkecimpung dalam bidang pemanduan laju...
( Masa ni terimbau balik kenangan akak waktu kecik dulu. Maybe baya2 Aisyah.... suka main kereta racing kat Arcade.. bayar 50sen dapat main.. cuma stereng jer.... takder lah tempat duduk lengkap macam ni...
Dapat duit pergi Arcade... cari games kereta racing... Menurun juga rupanya....)



Botol susu untuk driver bila2 driver dahaga....



Diberi sokongan moral dari kakak2nya dengan meletakkan batal di belakang driver untuk kelesaan..




So far pemanduan Aisyah memang baik...
Lebih baik dari ibunya yang dah berlatih dari kecik..
Kat selekoh bawak 159km sejam.....
Anak ibu memang terrer lah....




Hati2 nampaknya tu...
tak toleh kiri kanan.. mata terus ke hadapan...
Bakal driver yang baik....




Gitu gini... kami anak beranak tidur pukul 3 pagi...
Sebelum tidur Aisyah dah merangka jadual untuk hari esoknya...
Sebaik solat subuh, bangun... sarapan... then driving.... hahahahahahahahah