Monday, November 07, 2011

205 ~ Dah lama terjalin.... Alhamdulillah....


Hubungan kami dah sekian lama terjalin... sejak dari 1980.. Kita tak boleh nak pilih ibu dan ayah kita tapi kita boleh pilih keluarga angkat kita... Ye Ker????... Apapun keluarga angkat yang akak dapat ini sangatlah Awesome.... 

Dari seorang budak yang tak tahu apa-apa... akak mula mengenal dunia remaja dan dunia pekerjaan  sejak tinggal bersama mereka setelah ibu akak meninggal dunia.. Bayangkan jika kita hanya mempunyai seorang ibu tanpa adik beradik yanglain dan bila ibu kita meninggal dunia... tentu kita hilang arah... tapi Alhamdulillah... akak diambil pula tinggal bersama keluarga ini yang pada awalnya akak hanya berkawan dengan Zuraida... kemudian berkenalan dengan kakak-kakaknya, kemudian anak saudaranya, abang-abangnya dan kemudian ibunya... Teruslah mereka menjadi keluarga akak pula.

Bila akak mahu melansungkan perkahwinan, merekalah orang yang bertanggung jawap menguruskan majlis tersebut dari awal hingga selesai... Tapi waktu akak hendak menikah, Zuraida tiada kerana mencarikan Icing Cake untuk hantaran.... Memang sangat terasa... tapi bila tahu dia tiada waktu itu kerana pergi mencari sesuatu untuk majlis akak, akak lagi rasa terharu......
Dan menjadi satu kemestian bagi akak untuk bertemu dengan mereka pada Hari Raya ataupun bila-bila akak dah rindu.... 

So hari ini selepas dialysis, akak terus bertemu dengan mereka... 

High Tea di One World One Utama, Bandar Utama....








1st time naik kereta yang dipandu oleh Zuraida...
Awesome....
Hari ini Dalam Sejarah...




Waktu muda2 dahulu beginilah kami bila kemana-mana bertiga... Akak memang selesa di bahagian tengah... Berbual-buallah kami dengan selesanya... Bila hari ini buat semula...  teringat kisah muder2 dulu....




Waktu petang2 begini memang kami selalu duduk di taman... minum petang...
hmmmm.... sama rasanya dengan 30 tahun dahulu...
Indah sungguh...




Sambil menikmati buah rambutan dari pokok sendiri...
manisnya....
lain dari rasa rambutan beli kan???




Alhamdulillah... masih dapat bersama-sama lagi...
Dah banyak yang kita lalui bersama-sama...

Yang bestnya tadi kami compared notes...
Zuraida suka apa yang akak tak suka dan akak suka apa yang dia tak suka...
Jika dulu, akak cuma tahu satu dua sahaja yang akak tak suka dia suka... tapi bila kami bual2 tadi.. banyak yang akak suka dia tak suka...
contoh:
1. Akak suka kuning telor - zuraida suka putih telor
2. Akak suka tutti fruitti banyakkan aiskrim - zuraida suka sedikit tutti fruitti tapi banyak toppings
3. Akak suka ais- zuraida tak suka ais
( Semalam memang banyaklah... pagi ni dah lupa...)

Tapi itulah yang merapatkan kami...
perbezaan kami itu....




8 comments:

  1. part awal sedih baca kisah makcik,bila pat last seronok tengok kegembiraan makcik dan sahabat sejati..semoga hubungan makcik dan mereka kekal hingga hujung nyawa...(makcik,dil suka tengok makcik senyum....:-))

    ReplyDelete
  2. tuhan yang merancang segalanya itu!

    ReplyDelete
  3. akak nampak sangatttt hepi! the pictures already told half the story. :)

    ReplyDelete
  4. Dil...
    Terima kaseh...
    saja makcik ceritakan berulang-ulang kali dalam blog makcik agar anak2 makcik tahu betapa keluarga angkat makcik ini memberi erti yang besar dalam hidup makcik dan teruskan hubungan walaupun selepas makcik tiada nanti....
    - Nanti makcik senyum memanjang sajalah....

    ReplyDelete
  5. IM..
    Alhamdulillah..
    memang saya tahu itu semua perancangan Allah snw..
    diambilnya satu... diberinya sepuloh...
    begitulah selalunya anugerah dari Allah.. berlebihan dari yang kita hilang...

    ReplyDelete
  6. gB..
    Alhamdulillah...
    dan memang bila bersama mereka, akak memang sangat hepi... dah namanya keluarga...

    ReplyDelete
  7. Saya pun dibesarkan di bawah bumbung keluarga angkat,cuma atas alasan yg berbeza.panjang cerita dan seperti kata IM, Tuhan merancang segalanya.Tapi perasaan rendah diri tu tetap kekal di hati, barang reject lah katakannn..

    ReplyDelete
  8. Cikgu...
    Tapi sekarang, cikgu dah punya keluarga sendiri dan sangat bahagia... Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata