26.11.92
Alhamdulillah...
Selalunya malas nak kira betul2. Main sedap mulut sebut 20 tahun dah...
tapi..
kalau kena dengan ahli mathematik... nahas... kena kira betul2...
Maknanya baru 19 tahun atau pun sudah 19 tahun.
Bila sebut Baru... tentunya terasa muda dalam hati...
Bila sebut Dah.. tak terasa pun dah tua tapi seolah macam rasa dah lama sangat... hahahahahah ... jangan speku lebih-lebih....
19 tahun..
dah macam pahit manis yang sama-sama rasa dan alami...
terus terang cakap... banyaknya yang manis..
bayangkan anak-anak siap list down apa yg pernah akak terima sepanjang 19 tahun ni...
jadinya hari ini dah tak ada apa yang hendak diminta...
Cuma
- biarlah doa itu akak baca sempena buka puasa petang ini dan berdoa Akhir Tahun dan Awal Tahun selepas Asar dan Maghrib nanti...
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM..
Jangan lupa membaca doa Akhir Tahun dan Awal Tahun..
ALHAMDULILLAH
## Terima kaseh atas ingatan mengucapkan Happy Anniversary melalui sms malam tadi. :)
cutenya pose istimewa pengantin perempuan.
ReplyDeleteselamat terus berbahgia bersama hingga ke syurga dan anak2 yang berjaya.
semuga kesilapan tahun lalu diampunkan
dan diperbaiki tahun baru ini
dan mendapat perubahan ke arah yang lebih baik
amin
madora :)
selamat ulangtahun perkahwinan kak..semoga terus berbahagia sehingga ke akhir hayat... :)
ReplyDelete19 tahun...alhamdulillah mudah2an berpanjangan dn berkekalan hinggah di Sana kelak..
ReplyDeletep/s ikatan rmahtangga ida runtuh masa usia baru 18 tahun....
IM kekadang terlupa, dah berapa tahun?
ReplyDeleteSaya dah mencecah 30 tahun dah...Pahit manis tu mmg ada tapi syukur kerana kami masih mampu menghadapi setiap dugaan Tuhan dengan redha. Kalau buku dah tebal sejengkal dah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..SELAMAT Ulangtahun istana cinta yang ke 19.Semoga sentiasa dirahmati,dilindungi rahmat Illahi bersama keluarga yang dikasihi.......
ReplyDeleteMadora...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Amin Ya Rabbal ALamin...
pssst.. gambar pengantin perempuan tu dah di delete sebab rupanya dah pernah letak dalam entry yang lepas... hehehehe...
gB..
ReplyDeleteTerima kaseh gB. Akak doakan yang gB juga akan bertemu jodoh yang baik dan kekal ke akhir hayat.
Ida..
ReplyDeleteAmin Ya Rabbal Alamin...
Insya'Allah... pasangan di dunia dan di akhirat.
IM..
ReplyDeleteselalu kaum bapa memang tak berapa nak ingat annivesary tahun yg keberapa.. :)
Cikgu Hani...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dah 30 tahun dah cikgu berumahtangga. Syukur Alhamdulillah. Doa saya agar cikgu berkekalan hingga ke akhir hayat.
Dil..
ReplyDeleteMakcik juga doakan yang serupa buat Dil dan suami.
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan di
ReplyDeletedunia dan akhirat
Sha..
ReplyDeleteTerima kaseh atas doa Sha itu. Akak doakan juga yang sama buat Sha dan suami.