Tuesday, November 29, 2011

227 ~ Teringat masa kecik dulu...- dah mula dah...






Lihat gambar lama Ain sekitar umur 10 tahun, teringat pulak akak sewaktu sebayanya dahulu waktu cuti-cuti sekolah begini dah belajar nak masak sendiri. Pagi-pagi dah pergi ke Kedai Wak Tambri, Jalan Hamzah... untuk beli ikan, sayur dan segala yang perlu untuk nak masak pagi itu. Waktu dulu mana ada peti sejuk. Ikan dibeli setiap hari.

Arwah mak beri wang dalam 5 ringgit dah mencukupi nak beli ikan dan sayur. Mewah rasanya belanja dengan 5 ringgit waktu itu. Sekitar tahun 1974 dan 1975. Selalunya arwah emak yang akan ke pasar Chow Kit Road tapi adakalanya dia mengalami keuzuran seperti sakit pinggang, akak memang mencari peluang hendak ke kedai dan beli ikan dan sayur.

Teringat masa di kedai, umur 10 tahun dah berebut pilih ikan. Tak tahu tanya dengan anak Wak Tambri yang menjual. Dari situ akak belajar nama-nama ikan disamping selalu mengikuti arwah emak ke pasar. Siap tanya lagi dengan anak Wak Tambri, ikan ni boleh buat masak macamana... dah sudah... tukang jual dah kena nak tahu resepi apa nak masak... ekekekekek

Balik rumah, kalau mak sihat mak pun tolonglah siangkan ikan dan sayur.. dan emak yang masak. Kalau mak sedang uzur.. akaklah yang tanya macamana nak masak. Masih ingat lagi masa nak goreng sayur... api dapur besar, minyak dah panas.. sebaik masukkan bawang putih dan bawang merah.. terus bawang jadi hitam... minyak pun hitam... Masa tu mana pandai nak buang bawang tersebut, masukkan jer air dan timbullah bawang yang hitam itu... nampak memang tak cantik... tapi bila makan... sedappppp

Bila nak masak sambal ikan, cili tidak kita blend macam sekarang. Dahulu.. tidak semua rumah ada blender macam sekarang... Kita kena beli cili boh. Memang sedaplah bila dibuat sambal ikan. Itu sajalah lauk yang akak pandai sejak mula belajar masak. Mungkin tekak kami pun memang suka makan sambal-sambal. Dan rasa campuran cili boh dahulu memang sangat berbeza dengan yang ada dijual sekarang. Sambal ikan akak dah tak rasa  macam dahulu. Puaslah akak mencuba beberapa jenama cili boh sekarang tapi lansung tidak menyamai rasa sambal ikan akak dahulu.

Anak-anak sekarang tidak pulak akak dedahkan dengan suruh memasak mungkin kerana dahulu bibik belum masuk rumah kita. Sekarang rata-rata rumah kita dah ada bibik.. anak2 dah tak tahu nak menolong di dapur. Kita dulu2 memang akan selalu membantu dan menyibuk sama di dapur. Siap bergaduh dengan mak dia yang mana pinggan dan yang mana piring..... Issshhhh..issshhh..issshhhh saperlah yang blurrr sangat tu....????


Itulah sebabnya  kita pandai masak...kan?????


16 comments:

  1. saya tak bantu dan sibuk di dapur sebab tu tak pandai masak. sekarang macamana nak ajar anak sendiri.
    akak ajar lah anak2 jangan nanti jadi macam saya :(

    ReplyDelete
  2. madora...
    mungkin masa u kecik dan akak kecik2 berbeza situasinya. Akak tinggal dengan mak, dan takder kakak yang boleh masak. U mungkin ada kakak yang dah membantu emak u di dapur. Sekarang nak masak senang lagi... cari resepi di internet... kemudahan resepi dihujung jari...
    Lepas ni cari satu resepi, cuba yer... lama-lama pandailah u masak.. ekekekekekeke.....
    - rasa macam ajar anak itik suruh berenang... ekekekeke

    ReplyDelete
  3. aduhai..terkenang kembali zaman kita kecik2 dulu..tak da blender dan periuk nasi elektrik...bila giling cili,seharian tangan pijar...

    ReplyDelete
  4. kak ezza...
    teringat kisah tangan pijar sebab mengerjakan cili.. eekekekekeke.... panjang ceritanya...

    ReplyDelete
  5. antara benda paling best ialah kalau dapat ikut mak pergi pasar... budak skrg dengar "pasar" terus geli- busuk, lecak (menyampeh je dengar kan)

    ReplyDelete
  6. haaa...sokong sangat2 N3 hari ni. kita dulu ada inisiatif nak belajar, budak2 sekarang cakap nak makan order lagi senang...adoiii....

    ReplyDelete
  7. KOG,
    Ada mak mak pun segan nak pi market.Kita pi hypermarket saja tau.ewah.pelempang sekali.
    Akak,
    Pengajaran mak adalah pelajaran yang abadi.Tapi kan kenapa pula ada anak anak ingat kita meleteri.

    ReplyDelete
  8. Kak,
    Saya dulu kecik2 mak mmg ajar. Balik sekolah lepas belajar tolong lipat kain, kemas depan umah. Skang bila dah ade anak w/pun kecik lagi tp semua benda kita nak buat sendiri sebab mcm tak smp hati nak suh. Tapi sebenarnya mmg elok ajar so budak2 tak tau susah. Tapi kita sebagai maknya plak mcm tak sanggup...alahai.

    ReplyDelete
  9. KOG..
    Alhamdulillah.. anak akak dah akak bawa ke pasar sejak kecil. Ke pasar menjadi satu rutin yg mereka enjoy kerana dapat belajar nama-nama ikan.

    ReplyDelete
  10. cikgu hani...
    kita dulu tidak ada kemudahan bibik macam sekarang.. itu yg rata2 kita semua akan tetaplah kena menolong di dapur dan mendapat menafaat dari itu. ALhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Cikgu..
    betul.. apa yang Arwah Mak kita turunkan ilmu pada kita, semuanya menjadi bekal untuk kita pula. dan tugas kita pula turunkan pada anak2 kita... dapatlah serba sikit... :)

    ReplyDelete
  12. Juju...
    u juga berpeluang menolong emak di dapur.. seronok kan? macam lipat kain, berguna untuk kehidupan kita juga.. masak lagilah besar pelajaran yg diberi...
    Nak suruh pun boleh walau mereka kecik2 lagi.. biar mereka pandai bila dah besar dan bila kita dah tiada nanti...

    ReplyDelete
  13. Umur 10 tahun dah berebut beli ikan...cutenya dia..

    ReplyDelete
  14. Anon..
    masa kecik2 dulu memang cute....
    :D

    ReplyDelete
  15. Once the game is 80% complete you will need to work on the sound. they simply need to learn that you will not be able to appease everyone of your player-base. As ever we strive to help our customers make informed decisions and understand where their r4 cards are coming from.

    My webpage http://www.spielespielen24.de

    ReplyDelete
  16. If you'd like to be experimental with mixed colored tiles, you can put them in a towel then whack them with a hammer. One can consider hobby in many different ways, for this there is advent of internet from which online options are worth considering. Another feature lets you transform coordinates between Min - Dec, DMS, Deg - Dec and UTM; and you can calculate projections, and distances between two coordinates.

    Feel free to surf to my homepage; enterprise content management

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata