Friday, November 04, 2011

204 ~ 20 tahun lepas


Terkenang waktu mengerjakan ibadah haji 20 tahun lepas... tahun 1992.. Hari Raya Aidil Adha jatuh dalam bulan Jun... Kami ke tanah suci Mekah awal bulan Jun dan balik pertengahan bulan Julai.

Kemuncak ibadah bila para jemaah perlu ke Padang Arafah.. Para Jemaah menaiki bas untuk ke padang Arafah saat yang sama seperti malam ini... Kami tiba di padang Arafah hampir waktu Maghrib.
Kelihatan sesak dengan lautan manusia. Pokok2 yang kelihatan dah rendang sekarang hanyalah anak-anak pokok dan berada di dalam khemah kami.

Kenangan bersama teman sebilik.




Dr Hajah Ainy adalah orang yang akak jumpa sewaktu pertama kali jejakkan kali dalam Masjidil Haram. Entah bagaimana kesemua rakan sebilik boleh hilang sekelip mata dan hanya tinggal Dr Hajah Ainy bersama-sama akak. Akak memang perasan beliau adalah sama rombongan haji dengan pakej akak tapi tak pernahlah menegur. Pernah mendengar ceramah kesihatan yang diberikannya sewaktu Agen Haji kami mengadakan Kursus Perdana di Masjid Shah Alam. Tahu dia seorang doktor dan tidaklah berkesempatan nak berkenalan. Hah! Bila dah akak pandang dia, dia pandang akak..... apalagi... dia ajaklah akak melakukan tawaf dan sa'i sama-sama.

Balik dari Solat subuh, kami tidak terus pulang ke Apartment...Kami merayap ke Pasar. Duduk lagi berbual-bual dalam proses mengenal antara satu sama lain. 

Bila dah mesra begitu, setiap kali kami hendak melakukan Umrah, kami akan buat bersama-sama. Rasa serasi sangat. 



Di Mekah, Mina dan Madinah  kami banyak keluar bersama-sama. Mencari barang keperluan.... Membuat Umrah di Tanaim .. Mencari Aiskerim selepas Asar... Mengikut beliau merawat pesakit...

Rupanya sudah 20tahun berlalu... Melihatkan teman-teman yang sama-sama mengerjakan ibadah haji telah mengulang ke Tanah Suci dengan membuat Umrah pula. Hmmmm... Semuga akak berpeluang membuat Umrah dengan kemudahan rawatan Dialysis.. Insya'Allah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

9 comments:

  1. SALAM AIDILADHA BUAT AKAK SEKELUARGA MESTI AKAK MERINDUI SAAT SAAT TU KAN?
    SYA YANG TAK PERNAH PERGI NI TERASA RINDU NAK PERGI KE SANA

    ReplyDelete
  2. Sungguh manis dan mahal sekali pengalaman Akak itu.

    Selamat menyambut Aidil Adha, kak.

    ReplyDelete
  3. Muga-muga IM juga akan dapat ke sana diwaktu masih bertenaga ini!

    ReplyDelete
  4. kenangan terindah..semoga makcik akan dapat menjejakkan kaki lagi ke sana dengan segala urusan dipermudahkan.insya Allah....dan moga2 dil anak beranak pun dapat menjejakkan kaki juga...amin ya rabb...:-)

    ReplyDelete
  5. Sya...
    Salam AidilAdha buat Sya juga..
    Memang hati kita akan tetap merindui 'Mekah' samada dah pergi ataupun belum...
    Salah satu nikmat juga tu bila dapat menjejakkan kaki ke sana...

    ReplyDelete
  6. Azie...
    selamat menyambut hari raya adha juga...
    Alhamdulillah memang indah pengalaman itu...

    ReplyDelete
  7. IM...
    Saya turut mendoakan agar IM dan ibu suri akan dapat kesana menjalani ibadah haji...
    Insya'Allah..

    ReplyDelete
  8. Dil...
    Jazakallahu atas doa yang diberikan...
    memang ada hajat dihati hendak kesana lagi...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata