Friday, November 18, 2011

216 ~ ALHAMDULILLAH banyak yang hendak disyukurkan...



AlHAMDULILLAH...
Semalam keputusan UPSR sudah diterima. Agak terkejut tapi kami sangat bersyukur atas kejayaan Ain. Alhamdulillah.....

Dari seorang anak yang gemar menghabiskan masanya melukis sejak dari mulai pandai memegang pensil... 
Kerjanya melukis dari coret-coret yang biasa-biasa hingga melukis figure kartun yang diminati. Hanya pada awal tahun ini sahaja telah datang kesedaran hendak mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah... Ain telah telah berjaya...











Ain seorang yang sangat penyayang terhadap keluarga. Sangat sayang pada adik dan kakak-kakaknya. Perihatinnya terhadap kucing dan menguruskan kucing2 tersebut memang mengagumkan. Tidak mempunyai masalah untuk menyuruh membersihkan kandang kucing... beri makan kucing... waima memandikan anak kucing.

Jika dilihat pada kecenderungannya, Ain lebih berminat dalam bidang lukisan dan senireka.Kesungguhan Ain melukis selembar demi selembar melalui komputer..membolehkan Ain membuat Animated Film dengan komputer. Dapat tengok  kartun bergerak. Siap dimasukkan music latar lagi. Semuanya dibuat sewaktu duduk bersendirian dalam bilik belajar. Insya'Allah.. akan berikan galakan padanya untuk mengambil bidang Architecture atau senireka. Jika dari sekarang memang itu minatnya, tidak perlulah memaksanya mengambil bidang yang lain dari itu.

ALHAMDULILLAH...

6 comments:

  1. Akak panjangkan ucapan tahniah dari juju sekeluarga buat ain.

    ReplyDelete
  2. Tahniah ain..nanti teruskan asah bakat melukis tu. aunty pun suka melukis jugak tau.

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Betul. Apa saja yang mereka cenderung, elok terus digalakkan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ain. Bagus ada bakat kreatif.
    In my family takde yang kreatif atau pandai lukis.

    ReplyDelete
  5. tahniah pada Ain. Semga berjaya didalam perjuangan seterusnya.
    InsyaALLAH. Menurut laporan BIG BOSS(MAKNYA) sungguh dedikasi sifat Ain menjaga kebajikan harian kucing, tugasan yg dilakukan pada kucing seolah tugas ibu menjaga anak anak, mandi, beri makan cuci kebersihan etc.
    Malah pada adik adiknya juga..ini menunjukkan sifat kemanusiaan dan leadership yg telah tertanam dan terlatih pada dirinya dari muda membuatkan tanggungjawab dan tugasan ini sebahagian dari dirinya. Tidak merasakan ianya satu bebanan.
    Ada haiwan peliharaan melatih disiplin diri pada anak anak yang masih membentuk diri dan keperibadian.
    Tahniah Ain.

    Keep up the good job..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata