Wednesday, November 16, 2011

215 ~ Tung-Tung, Klinik dan Mee Udang...


Akak balik dari ofis nampak tung-tung tidak berapa sihat sejak semalam. Qeeb beritahu Tung-tung kurang selera makan dan banyak tidur. Badannya pun dah kurang berat dan sedikit panas.

Bawa ke Vet, diperiksa Doktor Siti. Tung-tung memang demam dan bulu yang gugur akibat fungus dan berat Tung-tung dah berkurang kepada 3.5kg berbanding sebelum ini 3.65kg... Luka-luka dibadan Tung-tug turut mendapat perhatian akibat di cederakan oleh Kelabu yang menguasai kawasan perumahan kami. Padanya Tung-tung yang sangat 'jambu' ni menganggu gugat dan mengancam reputasinya. Tung-tung dicederakan dengan harapan Tung-tung dapat di 'senyapkan' macam Shadow.

Tung-tung sedang ditenteramkan oleh ibunya  Qeeb.




Tung-tung diberikan suntikan untuk mengurangkan demam.
Ubat antibiotik juga dibekalkan bersama ubat fungus, syampu dan vitamin untuk menambah selera makan.




Hai lah.. jika anak dan ibu yang sakit boleh jugak bawak ke Hospital Serdang..
Boleh jugak cover dengan GL..
Kena dengan Tung-tung... hahahahahaha Doktor ketawa besar dengar ada lagi 12 ekor kucing dirumah hendak menjadi pesakitnya....
Jika kartun dah ada tanda $$$$$$$$ dimatanya....
dan ditelinga doktor tersebut dah terdengar bunyi.. Ting..Ting..Ting..Ting...

Hahahahaha...





Selesai urusan Tung-tung.. dan di Pustaka Rakyat... kami ke Seksyen 3. Kakak habis paper Tassawur Islam pukul 430 ptg. Kami sambil menunggu dengan hujan yang agak dingin... memesan Mee Udang dan Mee Rebus. Hmmmmm.................... dah cakap dah.... Buat sendiri kalau nak makan sedap.!!!!



16 comments:

  1. Salam Rahmah,
    Dulu2 kucing tak dapat rawatan sebegini, sekarang Klinik Vet merata2, Hotel utk kucing pun ada.. Pissttt..jom buka klinik vet tapi kalau hanjing datang macam maner?

    ReplyDelete
  2. Akak,
    Kesian Tung Tung senasib Dello yang selalu kena buli dgn mok.Itulah nasib badan kalau handsome kan.

    ReplyDelete
  3. salam



    mahal jugak belanja pelihara kucing nie

    ReplyDelete
  4. Amboih kak, ramainya adik-beradik...jenuh nak balik raya lagu tu!

    Uncle815

    ReplyDelete
  5. hehehe..ayat last tu yg tak tahan tu kalau mata kartun terbayang duit, telinga doktor pulak bunyi duit ;p

    rezeki kucing tu, dan doa dia sentiasa untuk yg sudi membantu si kucing kan kak...

    ReplyDelete
  6. bags anak dilatih menyayangi haiwan.
    saya baru kehilangan kucing yg kami bela dari taun 95. mati pagi khamis. bila renal failure, pankreas, dan congestive heart bersatu, dia makin teruk. kdian pagi ni hosp vet called beritau dia tenat.
    tapi mata terbuka.. bila cakap, Iz dah sedia nak pergi ke, kucng saya kelip mata kanan dia. ulang lagi soalan. nak join abag ke? dia kelip lagi mata kanan.
    ok ke kalau cabut semua kelip mata. ok ke inject ubt? dia kelipkan mata dia.
    abg g ada kat sini ke? dia kelip mata dia.
    saya minta maaf ada terkasar termarah..dia kelip mata kanan dia lagi.
    kdia kami setuju bila dr dtg. minta maaf pada kucing saya.. dr pun cucuk ubat kasi dia tidur kurang 5 saat.krn jantung nya mulah congested dan penuh dgn air.. lidah terjulur dan tersekat sekat ...bordering heart failure.
    saya bawa balik dan bungkus elok elok dan kebumi dibawah pokok dekat kolam. dia suka main air dan dengar bunyi air..

    2 hari sebelum, masa kami melawat dan menangis, nampak airmata dia mengalir..

    Ya Allah...


    anak anak dididik suka haiwan akan lebih matang dan bersifat kemanusiaan yg tinggi...

    semoga Qeeb berjaya dlam hidup dan dirahmati Allah

    ReplyDelete
  7. kesian tung tung. nasib baik katak-katak kat opis saya ni sumenya sihak sihat. siap bertelur telur lagi. heheh~

    ReplyDelete
  8. kak nani...
    jika kita ada klinik vet sendiri.. dan jika ada pelanggan bawak hanjing, kita upahlah vet bangsa cina atau india... hehehehe

    ReplyDelete
  9. cikgu...
    betul..
    hensem memang bawa mudharat jika tak betul2 bawa diri.. hehehe

    ReplyDelete
  10. pB...
    boleh dikatakan sumber pendatan yang lumayan jugak pd klinik haiwan jika kucing2 peliharaan kita, kita bawak ke Vet...

    ReplyDelete
  11. Uncle..
    hehehehe...
    maknya sekali beranak 6... kemudian 3.. lepas tu 6 lagi.. lepas tu 3 lagi..

    ReplyDelete
  12. sya..
    memang rasa murah rezeki bila membela kucing2 ni...

    ReplyDelete
  13. Anon..
    bila dah sayang pada kucing, mmg terasa sangat kehilangannya.. Takziah buat kehilangan Is.

    ReplyDelete
  14. gB...
    u bela katak??? biar betul...:)

    ReplyDelete
  15. Ntah kenapa sampai skang, saya masih tak minat kucing.

    Mee Rebus tu tak sedap ker kak? Nampak cair jerrrr....

    ReplyDelete
  16. Azie...
    kami suami isteri minat kucing... dan menurun pada anak-anak... sejak dari arwah mak dulu pun minat membela... dah biasa bela kotnya..
    Mee udang tu memang paling tak sedap... dengan cair dan tawarnya... cuma udangnya saja yg manis...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata