Alhamdulillah.. setelah 3 hari Aisyah diserang asthma.. sejak pagi tadi nampaknya Aisyah makin beransur sihat. Rawatan yang diberikan memang sesuai/serasi dengannya... Demam dah berkurangan juga. Batuk dan selsema juga semakin terkawal. Alhamdulillah...
INi adalah oksigen concentrator yang memang sentiasa ada dirumah sejak akak mengalami kekurangan darah dan oksigen. Agak mebantu juga waktu itu. Sekarang hanya digunakan sekali-sekala bila ada kes2 ashtmatic macam yang aisyah kena semalam. Bila Oxy level mula menurun 90 ke bawah... memang perlu dibantu dengan mesin ini.
Hari ini Muiz sekali lagi jadi bahan usikan....
Kelihatan Puan Chan dan Muiz datang berbual-bual di kaunter pengaduan
Cerita dari Puan Chan...
Setelah lebih seminggu akak tidak melihat seorang pesakit yang biasanya datang pada shift kedua, baru hari ini akak teringat nak bertanya kemana beliau. Kadang2 beliau dimasukkan ke wad akibat terlebih air. Puan Chan beritahu pesakit tersebut sudah seminggu meninggal dunia.
1st patient untuk tahun ini..
Muiz cukup teruja hendak berkenalan dengan Dayang (bertudung unggu). Dayang dan akak pernah sama-sama menerima rawatan dialysis sewaktu hari raya baru-baru ini di Hospital Melaka. Menurut katanya Cikgu Azlan...(ada kisah mengenainya akak ceritakan pada entry sewaktu akak menumpang dialysis di Hospital Melaka pada hari raya baru ini... Ja.. u sure kenal.. sebab u teringat nak lantik cikgu Azlan sebagai pengedar ikan pekasam...)
Kisahnya Cikgu Azlan ini ialah beliau telah berjaya mendapatkan pemindahan buah pinggang dan berjaya pada awal bulan Januari lalu. Beliau mula dialysis sejak usia 23 tahun dan telah 17 tahun mendapatkan rawatan dialysis. Alhamdulillah.. akak pun tumpang gembira dengan kejayaan tersebut. Tapi rasa rugi sebab tak dapat jumpa lagi dengan Cikgu Azlan yang baikhati dan peramah... jumpa hari raya hari tu, segan pulak nak ambil gambar dia seorang... Lain kali kena beranikan dirilah....
Muiz cukup menggelisah melihatkan Dayang dok ulang alik di hadapan kami.... Tak tentu arah dia tambahan pula akak dok mengusik dia.
Sempat bagi satu pos istimewa untuk Dayang dan Qeeb....
( Ja, kalau u berkenan untuk adik... sms kat akak ya... good recommendation akak boleh bagi...)
LUEM
hehehehe...seronok kan kalau kita kenan2 kan orang tu lepas tu menjadi.. ;)
ReplyDeletekesian aisyah
ReplyDeleteharap sudah sembuh sepenuhnya..
Akak, kebetulang pulak ari ni I mamam nasik dgn pekasam ikang puyu.. sedapnya tak terperi Akak ooiii!!! Cikgu Azlan skg dah sihat, tentu boleh jd pengedar pekasam yg produktif dan menyumbang keuntungan berlipat kali ganda pd supplier ni.. hehehee...
ReplyDeleteBkn I tak sudi bermenantukan Muiz, tp I tak nak Adik jd perampas kebahagiaan Qeeb!!
Moga ada jodoh ler si Muiz tu... rupa ada, senyum manis, hati baik... apa lagi mau.. ngeh ngeh!
ReplyDeleteSya...
ReplyDeleteyang tak seronoknya kalau kenen2...
orang tu dua-dua tak mahu...
dia mahu yang tukang kenen..
ahak..ahak..ahak...
(jangan tersedak..)
sya..
ReplyDeletealhamdulilah..
aisyah dah ok...
tapi masih nak ponteng sekolah...
Oh Ja...
ReplyDeletemurni sungguh hati mu...
ahak..ahak..ahak..
Azie.
ReplyDeleteamacam??? nak antar permohonan untuk amoi atau ika??? orrrr.... achah????
Uishhh AKAK ni. Malu ler saya. Saya ni pihak pompuan KAK...hahahaha
ReplyDeleteazie...
ReplyDeleteHmmmmm... permohonan masih dibuka setakat ini....