Thursday, January 06, 2011

905 ~ Pertama kali anak kesekolah naik bas...


(mungkin sebab ada lagu ni yang buat Aisyah tak mahu naik bas... Uncle mutu.. tolong pasang lagu ni kat bas...)

buat maling disana.... hatiku sudah diambil sama kamu....



Sejak anak yang pertama.. memang lah tugas menghantar dan mengambil jadi tugas ibu.. sesekali abahnya...
.
.
.
sehinggalah
.
.
.
ibunya fencen dari tugas tersebut.

Dan tugas itu menjadi tugas abahnya...
juga tugas kenkawan ibunya...
kekadang makcik ella... kekadang makcik marina...
.
.
.
sehinggalah..
.
.
dipanggil TBV(tukang bawak van) yang memang kerjanya mengambil anak2 sekolah yang tinggal sekitar rumahnya.
.
.
tetapi
.
.
pada suatu hari.. itu TBV sudah naik sheikh... sebab dia masalah apa tak tahu... dia sudah tinggalkan anak nombor 13 akak iaitu Ain sesuka hatinya. Dia tidak menalipon pun kerumah memberitahu kenapa ditinggalkannya sehinggalah akak menanyakan padanya. Dengan selamba dia beritahu ' Saya tak nampak dia tunggu kat tempat biasa.. saya nampak begnya saja..'.
Boleh ker jawap macam tu... tak boleh tunggu ker kot2 budak tu nak terbuang air dengan sengaja atau tak sengaja ker...
Ibu dan abahnya pun bincanglah... tak boleh jadi macam ni...
apa-apa hal memang kena hantar sendiri...

OKlah... setiap pagi kalau ucap selamat pagi..tandanya dah pagi... maka kami pun hantarlah ketiga2 anak tu...

Dan bila Aisyah pula kena sekolah... sessi persekolahannya pulak waktu tengahari... kami terpaksa pikir 18kali untuk bersetuju menaikkan Aisyah dengan bas. Mujur jugak bas tersebut ada kalendan perempuan. Lega hati ibu dan abah Aisyah...

Bermulalah sejarah keluarga kami iaitu Aisyahlah anak kami yang pertama menaiki bas warna kuning ke sekolah....

Jeling2 jugak kot2 ibunya tukar fikiran hantar dia dengan kereta..



Masih menaruh harapan agar ibunya yang menghantar..



Bunyi hon bas.... terkejut juga..



Akhirnya naik bas juga...



Ibunya memang sayu melihatkan anaknya makin besar dan besar...
tak bolehkah dia stay comei dan kecil macam ni????




selama hari ni otak beku je.. dah hari hari kasi panas-cair...


LNMU...


16 comments:

  1. Yelah, cara AISYAH jeling, sungguh menyentuh perasaan. aduhhhh

    ReplyDelete
  2. Saya masih ingat kes anak AKAK si AIN yang kena tinggal tu, sampai AKAK dan ABAH terpaksa bertukar2 shif hantar jemput anak tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. Saya masa besar Aishah pergi sekolah naik beca roda tiga. Bukan bayar bulan tapi pakcik becs(dulu panggil pakciklah) tunggu setiap pagi dan selepas sekolah. Tambang 30 sen saje one way.

    ReplyDelete
  4. anak saya yaya, walau pun dah darjah 5, masih balik naik bas sekolah..itu pun sekolah dia cuma 10 minit jalan kaki...hahaha

    ReplyDelete
  5. alolo...takpe, aishah dh beso ;)
    (eh, mak x kasi jadi beso ye..hehe)

    ReplyDelete
  6. Makcik pun kena pi sekolah balik.Bawa kembara sendiri.Kalau setaman boleh tumpangkan Aisyah...

    ReplyDelete
  7. azie..
    u baru tengok aisyah yang jeling.. u belum kena jelingan ibu aisyah... demam you...hehehehehe
    ( Azie.. kuih tart dah sampai pada empunya diri.. katanya sedap... thank you azie sanggup hantarkan..)

    ReplyDelete
  8. azie...
    kalau nak cerita secara detail.. memang tragis kan??.. takpa semuanya kita jadikan pedoman...

    ReplyDelete
  9. kak hajah nora..
    memang kenangan lama memang manis... saya pulak jalan kaki jer dgn arwah mak pagi2 kesekolah... tapi siap singgah beli nasi lemak... beli majalah...

    ReplyDelete
  10. kak ezza..
    budak sekarang memang manja... kita dulu jalan kaki jer..

    ReplyDelete
  11. Ai..
    ibu dia nak dia maintain ke'baby'annya .. sebab itulah teman ibu dia bergaduh dan bergomol...

    ReplyDelete
  12. cikgu...
    memang indah kalau kita setaman.. anak2 yang lain boleh tuition dengan cikgu dan aisyah boleh pi sekolah dengan cikgu... terima kaseh cikgu...

    ReplyDelete
  13. anak2 ida sejak azali lagi dah kena naik bas..so tkde sesi jeling menjeling ni..

    tp anak bgsu ida yg msh nak duk bawah ketiak ibunya..terpaksa ikut ke opis sementara nk ke sekolah..dia perasan dia budak tadika lagi kot..

    ReplyDelete
  14. ida...
    pendapat saya pula.. eloklah anak2 kita masih hendak bermanja2 dgn kita sebabnya bila depa semakin meningkat dewasa.. depa dah buat hal sendiri... enjoy..ida...

    ReplyDelete
  15. kadang kita terasa macam tak nak bagi diorang besar2 kan kak...biar teecik2 je

    alahai kiutnya anak anak masa teecik2...sentiasa nak duk sebelah keti ibu je...seronoknya....

    ReplyDelete
  16. sya...
    betul...
    alangkah bestnya bila dia stay cute dan comel..
    sbb bila anak dah besar... bermcm2 ragamnya....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata