Gambar pertama:
Dari Kiri: Akak, Kak Munira, Noriza, Mazehan, Arwah kak Ani dan kak Anumma.
Dari Kiri: Akak, Kak Munira, Noriza, Mazehan, Arwah kak Ani dan kak Anumma.
Dua hari lepas akak mendapat panggilan talipon dari teman baik yang sama-sama mengerjakan ibadah haji tahun 1992 dahulu. Kami tinggal sebilik selama 42 hari dan selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji kami masih berhubung. Hinggakan sewaktu majlis perkahwinan akak pun mereka adalah antara teman rapat yang sama-sama membantu menjayakannya. Kak Hajah Anumma dan Kak Hajah Munirah dan Dr Hajah Ainy adalah diantara teman yang paling rapat dihati... Mereka menjadi bagai 'best maid' sewaktu majlis pernikahan akak.
Kak Hajah Anumma sekarang telah berhenti 'pencen opsyenal' dari tugasnya sebagai Pegawai Bank di Bank Negara kerana mengikut suaminya bertugas di luar negeri. Kak Hajah Munirah pula mempunyai firma Arkitek sendiri di bandaraya. Olehkerana sejak berumahtangga akak sering berpindah randah, hubungan kami hanya menjadi hubungan melalui talipon dan sesekali adalah kami bertemu samada di hospital (mereka datang melawat akak) ataupun majlis perkahwinan anak-anak mereka. Tidaklagi seperti baru-baru mula balik dari Haji dan sebelum akak mendirikan rumahtangga. Kami membuat janji akan selalu bertemu setiap 2 kali seminggu hari Jumaat ditempat-tempat makan yang dipilih oleh kami. Penggiliran memilih restoren dan membayar menjadi xtvt kami tika itu. Memang seronok... Rasanya selepas akak mula berpindah ikut suami ke Melaka dan Penang... kami dah jarang bertemu.
Kak Hajah Anumma mengajak untuk bertemu kerana akak memang dah terlalu lama tidak bertemu dengannya. Akhir sekali bertemu waktu dia pulang bercuti di tanahair dan sewaktu dia dan kak hajah Munirah menziarah akak yang waktu itu memang sedang sakit tenat. Apabila mendengar kabar akak dah semakin sihat dan sound ceria...(bila2 kak hajjah anumma talipon..) kepulangannya kali ini membuatkan dia benar2 ingin bertemu dengan akak. Sure kak anum terkejut melihatkan perubahan akak ali terakhir kak Anum jumpa 2 tahun dahulu iaitu dari 49kg kepada 65kg sekarang...
Kak Munirah pun turut serta dalam perjumpaan hari ini dimana kak Anumma memberikan peluang untuk akak memilih dimana tempat yang sesuai nak bertemu... Memikirkan kemudahan untuk akak, mereka memilih untuk bertemu di Hotel Equatorial Bangi... Kak Munirah akan menjemput kak Anum dan sama-sama mereka dari Subang Jaya datang bertemu di Bangi...
Boleh dikatakan kami memang dah lama bersahabat dan amat menghargai harga persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Lebih lama dari ulangtahun perkahwinan akak...
Mereka memang lebih matang dan berusia dari akak yang ketika menunaikan haji berusia 27 tahun dan mereka berusia 35 dan 40 tahun Perbezaan umur dan pendapat tidak begitu ketara. Alhamdulillah....
Petang ini juga akak akan mengambil kuih tart istimewa dari Azie. Janjinya nak bertemu di Pekan Kajang pukul 400 petang.
Malam ini pula ada jemputan kahwin dari boss lama suami akak yang mengahwinkan anaknya di salah sebuah hotel.
Nampaknya satu permulaan yang cukup hebat dan sibuk buat akak pada tahun bari 2011 ini....
Love u bebs..
InsyaAllah, jumpa nanti. Hujan pun saya datang...:)
ReplyDeletePadat sungguh agenda ye.Alhamdullilah, muda lagi dah menunaikan haji.
ReplyDeletepengalaman haji dan persahabatan yg dijalin dalam masa tido, makan bersama2 sangat indah . syukur kita mendapat teman2 bilik yg sehati sejiwa. baru pulang, tiap raya bertemu tapi lama kelamaan kesibukan menjauhkan kita.
ReplyDeleteakak hajjah muda :) saya pergi masa anak no3 umur 18bulan.
akak 49kg masa mula dialysis ye? syukur akak memang sekarang kelihatan sihat dan ceria.
semuga besok aisyah sihat dan ceria ke sekolah :)
macam gambar2 dolu2 pulak bila dah black n white camtu..
ReplyDeleteKak!!
ReplyDeletejom datang PJ!!
koling2 kat e-mail
ada kan??
izat_ttdi@yahoo.com
azie..
ReplyDeleteok azie.. kuih pun dah ada kat akak..TQ..
Cik Ina..
ReplyDeletememang terasa penat sangat hari ni... lepas ni nak Zzzzzzzzzzz
madora...
ReplyDeletememang kenangan palng indah...
aisyah mungkin tak dapat sekolah besok kerana masih batuk dan selsema...
doktor...
ReplyDeletesalah tactic masa scan hari tu, ekceli....
lepas tu buatlah kenkononnya..'kalsik picure..'
hehehehehe gaya mesti ada bebs...
doktor..
ReplyDeletenanti kita mesej2 bila akak nak pergi...
TQ