Bangun pagi ini akak jalan-jalan ke blog kenkawan.. Ada disatu rumah ni, akak dengar lagu 'PadaMU ku bersujud'.. pahamkan senikatanya dan iramanya.. memang terkesan sangat...
Datanglah pula idea nak bercerita... Kisah Benar.. tiada yang benar melainkan yang benar sahaja Boleh dipanggil Kisah Kami Pesakit Dialysis....
Baru2 ni ada dua pesakit yang sama-sama dialysis dengan akak menjadi semakin ..(kalau cakap teruk.. tak sedap pulak bunyinya...) semakin mengarah kepada yang tidak sihat... Mereka ni dahulunya sihat walaupun dialysis... Seorang (En A) dan seorang lagi (Pn B). En A kalau datang dialysis dahulunya (1st time nampak dia 2 tahun lepas) dia masih boleh memandu sendiri dan jalan sendiri. 4 bulan kebelakangan ini dia dah perlukan bantuan ahli keluarganya menghantarnya mencuci darah dan sudah memerlukan 'wheel chair'. Masalah utamanya jantungnya dah ada 3 blockage. Puncanya makan yang tidak dijaga/berpantang dan tidak makan phosphate binder. Bila dia makan makanan tinggi phoshate dan potassium.. salur darah dia jadi 'kristalize' dan tak boleh buat prosedur biasa - angioplasty... harus kena buat bypass....
Pn B pula.. setelah mengalami pembedahan di lutut, memerlukan kerusi roda untuk bergerak.. pada awalnya memang sihat juga walaupun berkerusi roda... makan berselera... kami sering bergurau tentang mengapa yang kami masih perlu 'pantang' sebab memang dah sakit pun....sehinggalah... Puan B mengalami luka di jarinya.. Lukanya tidak baik-baik sehinggalah lepas beberapa bulan luka nya menjadi busuk dan perlu dibuang... bahasa perubatannya 'gangrene'... kena buang separuh tangan kiri dan masih dikorek untuk membuang daging yang busuk... doktor mahu daging yang 'fresh' sahaja...
Iktibar sungguh... satu peringatan buat kami semua... bila sihat memang kita lupa.. tapi bila dah kena ujian sakit, kita baru sedar... nampak segalanya yang berlaku akibat kita juga...
Mulai hari ini sejak 2 minggu lepas akak akan lebih berhati-hati.. apa yang perlu pantang, akan akak cuba pantang. Puasa terima kaseh kerana berpuasa sekali...sayang setiap hari tidak dialysis.. akak akan puasa...
Akak dah diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah sejak 44 tahun lalu... hanya 2 tahun kebelakangan ini akak diuji dengan ujian sakit... Akak perlu redha dan kuat.... terima kaseh kerana sama-sama bagi kekuatan, dear...
PADAMU KU BERSUJUD - Afghan
Ku Menatap Dalam Kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain Hanya Namamu
Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi Aku dari
Segala Fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau Limpahkan KaruniyaMu
Dalam sunyi aku bersujud...... PadaMu
LUEM
sy doakan semoga AKAK berkeadaan selamat & Allah SWT berikan kesembuhan dan kekuatan kpd AKAK.
ReplyDeleteSemoga kelemahan tidak menjadikan semangat kita merudum. Melihat/membaca/mendengar kesusahan dan kesakitan orang lain akan menginsafkan kita semua.
ReplyDeleteAKAK memang kuat... sejak dulu dan selamanya. InsyaAllah.
cepat baik dan jangan putus asa ye makcik~
ReplyDeleteAlamak!!
ReplyDelete"buat apa nk pantang makan sbb skang ni pon dah sakit" - moto idop ai tu. huk huk
insap :(
salam akak...
ReplyDeleteapa khabar...sihat?
Syina...
ReplyDeleteterima kaseh atas doa syina itu...
azie...
ReplyDeleteterima kaseh... Insya'Allah..akan terus kuat juga..
Bujal..
ReplyDeleteTerima kaseh dan insya'allah... semangat dah makin kuat...
Ai...
ReplyDeleteakak pun dah dua tahun baru nak 'insap'... terkesan sungguh bila nampak contoh depan mata...
jom kita sama-sama beringat...
Amy..
ReplyDeletesalam kembali...
Alhamdulillah..setakat ini akak sihat... terima kaseh...