Monday, January 24, 2011

927 ~ Kisahnya Hari ini....


Kesibukan di unit dialysis memang seperti biasa... Kakitangan menanggani setiap masalah yang timbul dengan baiknya. Kekurangan kakitangan di setiap jabatan menyebabkan kakitangan ada yang bertugas 'over time' hampir setiap hari. Bayangkanlah bagaimana mereka harus berdepan dengan berbagai kerenah pesakit... Tabik sungguh akak dengan pengorbanan mereka....

Suami akak pernah bercerita bagaimana kerja-kerja yang murni yang dilakukan oleh Staff Nurse dan Medical Assistant di Hospital Serdang dan juga di hospital-hospital kerajaan yang lain. Mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan layanan yang diterima dari pesakit dan para doktor kadang-kadang sungguh mengecewakan. Staff Nurse pernah di tendang pesakit... di raba dan diludah oleh pesakit... Menurut suami, mereka inilah yang sebenarnya yang bertungkus lumus dalam menjaga kebajikan pesakit. Doktor hanya melihat pesakit sebentar tetapi Staff Nurse dan MA lah yang akan melakukan kerja-kerja bagi mempastikan keselesaan dan rawatan untuk pesakit. Doktor hanya berikan arahan.. dan Staff Nurse lah yang akan melaksanakannya....

Hari ini seperti hari-hari isnin yang lain... agak sibuk dengan karenah pesakit. Alhamdulillah, semua itu ditangani dengan baik oleh petugas. Tahniah....

Muiz yang bertugas menjaga kebajikan Pak cik Salleh telah agak ter'khayal' apabila ada petugas perempuan yang menghantar makanan di Unit Dialysis.... Sehinggakan sewaktu Muiz perlu menekan luka pada bekas cucukan jarum di lengan Pakcik Salleh 'bocor' akibat Muiz begitu asyik memerhatikan petugas yang menghantar makanan. Akak yang kebetulan duduk betul-betul di hadapan Muiz dan Pakcik Salleh ternampak darah menitis dari bekas cucukan jarum dari lengan Pakcik Salleh. Akak segera menegur Muiz sambil mengusiknya..." Amboi Muiz... tengok perempuan sampai bocor lengan pakcik Salleh..."

Kami yang ramai-ramai disitu ketawa gelihati melihatkan Muiz tersipu-sipu malu... Memang nampak bagaimana Muiz cuba menyembunyikan wajahnya yang malu... Cute sangat....







Staff Nurse Zuraida yang memang ada disitu segera menekan luka dan memberhentikan darah yang mengalir laju.



Dan.....
Yang paling teroknya...
akak yang dok ketawa melihatkan telatah Muiz sewaktu sedang mengambil bacaan BP...
meloncat naik hingga 181/90... 3 kali cuba ambil pun masih tinggi...

Hai lah Muiz..Muiz....



oh kasih.. ku berterima kaseh kerana menyempurnai hidupku

LUEM

10 comments:

  1. Salam Rahmah,
    aiiieee!...ketawa pun boleh loncatkan bacaan BP yea??

    ReplyDelete
  2. salam akak...

    saya singgah ni..
    apa khabar..
    dah makan?

    ReplyDelete
  3. Akak, blom lagi Muiz nampak Qeeb yg dtg..

    ReplyDelete
  4. Salam kak nani...
    memang ketawa yg tak terhingga... memang akan menaikkan BP kita... sebab tu bila ambil BP kena duduk diam-diam sahaja...

    ReplyDelete
  5. Hai amy..
    Alhamdulillah akak sihat2 sahaja...
    dah makan pun.... Amy bagaimana?

    ReplyDelete
  6. Ja....
    jika tak nampak pun Muiz dah menggelabah bertanya hampir setiap hari mengenai Qeeb.. apatah lagi kalau dah depan mata....
    maunya BP akak dan Qeeb sama-sama naik dikerjakan oleh Muiz... Tak kose....

    ReplyDelete
  7. Akak
    Lately terasa seperti masuk blog Laila Majnun pulaklah, ahaks.

    Masih rasa terapong2 lagi ke? hehe...

    ReplyDelete
  8. kak som...
    apa-apapun janganlah lupa singgah...
    laila.. majnun... sabariah.. Kassim selamat... semuanya sejarah....
    masih dan akan terus diawangan....
    Daaaaa....

    ReplyDelete
  9. Seronoknyaaaa...

    jelez tau, tengok AKAK ada ramai kawan camtu... Meriah dan mesra.

    ReplyDelete
  10. azie...
    thank you....
    kita dah kenal juga... lama-lama akan mesra dan meriah juga...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata