Monday, January 31, 2011

936 ~ Sejuknya.... boleh beku....



Semalam, seharian hujan...
pagi ni.. pun renyai-renyai...
dalam ofis tersangatlah sejuk.
Mujur hari ni ada selimut.. kalau tak mau beku...

Walaupun ada setokin, tetaplah rasa sejuk..



Bibik buatkan air teh o panas...
memang minum berasap-asap..
sebab dah sejuk teramat sangat...



Puan Chan pun sejuk...
tak pernah2 dia berselimut...
sekuat2 dia... dia pun tak tahan...



Selubung akhirnya....
memang tak tertahan...
nak lari nak lari kemana?..
duduk jerlah menahan sampai 4 jam...




love u 1000 000 X more....


LUEM

935 ~ ofis...



Awal tiba ofis...

Kawasan siling runtuh ditutup. Kedai yang berhampiran kawasan runtuhan turut ditutup. Disitulah kedai menjual kuih pau daging yg sangatlah sedap dimakan panas-panas.

Ruang dialysis tersangatlah sejuk.. mujur bibik ambilkan selimut.. tak pernah2 berselubung... hari ini berselubung dengan selimut.

Cuaca kat luar mendung....katanya sama mendung dihatinya...sebab terlalu rindu...rindu kamu juga....

Minta bibik belikan roti... kuih pau tak jual sbb kedai terpaksa tutup...

masih selubung.... masih sejuk...masih sayang...masih rindu




u light my life.. warm my heart



LUEM

Saturday, January 29, 2011

934 ~ Jangan Ubah



Lokasi : Dalam kereta - perjalanan dari rumah ke suatu tempat.

Pelakon : Suami dan isteri


Tiba-tiba lalu sebuah kereta yang sangat cantik berjenama lagi.

Suami : Woooo... kereta sapa yang cantik ni?

Isteri : Serupalah macam kereta orang sebelah rumah kita...

Suami : Nanti, kalau dah habis warranty.. abang pun nak tukar kereta orang sebelah rumah kita sama dengan enjin tu. Sekarang tak boleh lagi.

Isteri : Yang, jangan buat hal... dah elok-elok kereta orang sebelah rumah kita tu macam tu, Yang pandai-pandai nak tukar enjin.

Suami : Eh!.. boleh apa.... cuma tukar chip dia jer dan upgrade enjin dia...

Isteri : Yang... kan Allah melaknat seseorang yang mengubah bentuk asal sesuatu itu...

Suami : (Ketawa) Itu manusia lah... Ini kereta jiran sebelah rumah kita

Isteri : ( Masih nak fikir negatif ) Yang, nanti Yang tukar enjin dia dan chip dia, Yang bawak laju-laju nanti.. enjin dia tanggal? Macamana?.....

Suami : Terus ketawa dan ketawa....


U Light up my Life and U Warm My Heart..... dear


LUEM

Friday, January 28, 2011

933 ~ Tetamu WHI


Alhamdulillah, seperti yang telah diwar-warkandi dada akhbar arus perdana entry sebelumnya... suami akak telah dijemput memberikan ceramah kesihatan mengenai 'Mati Muda Akibat Jantung' di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 pada pukul 1200 tengahari. Akak tidaklah berpeluang untuk menontonnya kerana waktu itu akak berkejar ke 3 buah sekolah untuk mengambil anak-anak. Hanya SMS dan panggilan talipon dari kakak dan teman-teman yang akak terima memberitahu suami akak sedang di udara.

Petang tadi, sewaktu suami pulang dari bekerja... kami anak beranak telah menonton bersama-sama ulangtayang rancangan tersebut. Anak-anak begitu teruja melihatkan abah mereka dan akak boleh tersenyum lebar kerana suami akak tidak lagi tersasul mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada 'isteri'nya yang bernama Fatimah. Hadoiiiii......

Tapi ada sesuatu yang akak usik pada suami kerana beliau tidak menyatakan 'penghargaan' kepada isteri yang sangat-sangatlah dicintai iaitu segala info mengenai artis-artis yang meninggal dunia adalah bersumber dari info yang akak beri. Akak yang beri nama Ustaz Asri Ibrahim... Hani Mohsin, Ustaz Zairi (Raihan) dan Shamrin (Fotograf).. Tapi... ianya hanya kecil sahaja berbanding dengan kesilapan tersasul lidah tersilap menyebut nama isterinya yang amat dikasihi.

Yang.... keterlupaan menyebut sumber info adalah dimaafkan....







Nothing but heaven itself is better than a friend who is really a friend...

LUEM, sayang

932 ~ Salam keceriaan....

oh kasih.. ku berterima kaseh.. padamu kerana menyempurnai hidupku....

Selamat pagi semua.......ucapkan selamat pagi setiap pagi tandanya sayang... bukan sebab dah pagi...

Awal sungguh dah keluar rumah pagi ni... sejak beberapa hari ni.. memang memandu sendiri ke ofis.... rasa seronok sgt bila ditemani oleh MLTR.... You took my heart away.... dan Blue Night....

Sampai hospital... parking di depan klinik pakar mmg masih banyak... tunggu 5 minit saja.. memang dah penuhlah dengan kereta parking ini..... beza sungguh bila awal 5 minit dengan lambat 5 minit...apapun... setiap minit terasa memang lebih indahnya....

Pagi ni bersarapan dengan mee hoon yang disediakan oleh bahagian penyajian makanan hospital... hanya mee hoon sahaja yang kena dengan selera.... 3 hari dialysis, makanan yg diberikan bertukar-tukar. Ada mee kuning.. kway teow... nasi goreng.... tapi hanya mee hoon dan nasi goreng saja yg akak suka.... itupun setelah minta kicap dan tobasco sauce dari uncle Loo.
Jadi mcm kitchen pulak bila mencampur semua bahan.....

Muiz pun terkejut bila melihat akak makan makanan hospital... rupanya itulah kerjanya memerhatikan kita. Kita dok memerhatikan dia, rupanya dia pun tahu apa yg kita suka. Dia tanya" kenapa tak makan nasi lemak?... Selalu makcik makan nasi lemak..." 2 org bertanya soalan yg sama pagi ni....

Oklah... nak beritahu.. kalau nak menambahkan kolestrol... akan hanya akan makan nasi lemak yg betul2 sedappppp.... macam nasi lemak kukus kg baru...... kalau yg lain dari itu....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
akan makan jugak kotnya.... hehehehehe




walau dah selalu ucapkan sayang dan rindu..... rasa rindu dan sayang makin terasa.... love u.. love u.. love u.. love u...


LUEM




Thursday, January 27, 2011

PEMBERITAHUAN






Esok suami akak menjadi tetamu jemputan dalam rancangan




WANITA HARI INI
TV3

28hb Januari 2011
1200 tengahari.

931 ~ Cerita kelinik Gigi


1. Pernah kah anda disambut dengan dentist lelaki yang ramah mesra tetapi dentist perempuannya.... mak datok punyalah garang... tengok gambar pun tau...

2. Pernah kah anda bermain dengan peralatan di ruang rawatan?...



3. Pernahkah anda gunakankan lampu sebagai cermin untuk check gigi anda.




No one in the world, can love me like u do

LUEM

Wednesday, January 26, 2011

930 ~ Aisyah, Muiz dan Ofis...


Alhamdulillah.. setelah 3 hari Aisyah diserang asthma.. sejak pagi tadi nampaknya Aisyah makin beransur sihat. Rawatan yang diberikan memang sesuai/serasi dengannya... Demam dah berkurangan juga. Batuk dan selsema juga semakin terkawal. Alhamdulillah...

INi adalah oksigen concentrator yang memang sentiasa ada dirumah sejak akak mengalami kekurangan darah dan oksigen. Agak mebantu juga waktu itu. Sekarang hanya digunakan sekali-sekala bila ada kes2 ashtmatic macam yang aisyah kena semalam. Bila Oxy level mula menurun 90 ke bawah... memang perlu dibantu dengan mesin ini.



Hari ini Muiz sekali lagi jadi bahan usikan....
Kelihatan Puan Chan dan Muiz datang berbual-bual di kaunter pengaduan
Cerita dari Puan Chan...
Setelah lebih seminggu akak tidak melihat seorang pesakit yang biasanya datang pada shift kedua, baru hari ini akak teringat nak bertanya kemana beliau. Kadang2 beliau dimasukkan ke wad akibat terlebih air. Puan Chan beritahu pesakit tersebut sudah seminggu meninggal dunia.
1st patient untuk tahun ini..



Muiz cukup teruja hendak berkenalan dengan Dayang (bertudung unggu). Dayang dan akak pernah sama-sama menerima rawatan dialysis sewaktu hari raya baru-baru ini di Hospital Melaka. Menurut katanya Cikgu Azlan...(ada kisah mengenainya akak ceritakan pada entry sewaktu akak menumpang dialysis di Hospital Melaka pada hari raya baru ini... Ja.. u sure kenal.. sebab u teringat nak lantik cikgu Azlan sebagai pengedar ikan pekasam...)

Kisahnya Cikgu Azlan ini ialah beliau telah berjaya mendapatkan pemindahan buah pinggang dan berjaya pada awal bulan Januari lalu. Beliau mula dialysis sejak usia 23 tahun dan telah 17 tahun mendapatkan rawatan dialysis. Alhamdulillah.. akak pun tumpang gembira dengan kejayaan tersebut. Tapi rasa rugi sebab tak dapat jumpa lagi dengan Cikgu Azlan yang baikhati dan peramah... jumpa hari raya hari tu, segan pulak nak ambil gambar dia seorang... Lain kali kena beranikan dirilah....

Muiz cukup menggelisah melihatkan Dayang dok ulang alik di hadapan kami.... Tak tentu arah dia tambahan pula akak dok mengusik dia.



Sempat bagi satu pos istimewa untuk Dayang dan Qeeb....
( Ja, kalau u berkenan untuk adik... sms kat akak ya... good recommendation akak boleh bagi...)




package yang menarik memang ada padamu, dear

LUEM

929 ~ Kuching...


Selamat pagi semua....ucapkan selamat pg bila dah pagi... rindu tetaplah ada...

Aisyah sekarang ini kerap kena asthmatic attack... semalam baru perasan dia 2 minggu sekali memang akan batuk2 sehingga lelah. Batuknya susah nak baik dan jika tiada kelengkapan yg cukup di rumah (oksigen concentrator, nebulizer, oxy meter...) haruslah kami anak veranak bermalam di Hospital Serdang.

Alhamdulillah.. pagi semalam mmg teruk Aisyah batuk... menjelang malam... dia dah agak okay (nak tgk ok tak ok nya Aisyah ialah bila dia mula bermain dgn laptopnya...) Pagi ini Aisyah ditinggalkan bersama bibik sahaja... payah memikirkannya bila macamana pun akak harus ke ofis...

Bila di kaji-kaji semula penyebab Aisyah kerap kena ashmatic ialah kerana kucing lapan ekor dirumah tu. Bulu2 kucing sering berterbangan bila Ain setiap hari mengambil anak kucing untuk dimain bersama2 dalam bilik study. Pintu bilik pula sering ditutup kerana kuatir anak kucing tersebut berlari keluar....

Makanya... memang sudah tiba masanya anak2 kucing tidak dibolehkan dibawa masuk ke dalam rumah.. rancangannya hendak buat rumah kucing oren gemok dekat bahagian luar rumah... Walaupun sayang pd kucing2 tersebut... kebajikan dan kesihatan Aisyah menjadi keutamaan sekarang ini.


bila dah sayang.... setiapkali harus berpisah memang menyiksakan.. bila malam.. tunggu pagi.. bila pagi tunggu petang... bila dah petang.. tunggu malam.... terlalu sayang dan terlalu rindu, dear....

LUEM

Tuesday, January 25, 2011

928 ~ Fefatah Vijaksana....


Sewaktu ke sekolah Qeeb cuti hujung tahun lalu... ternampak 'fefatah Jepun' ini di didinding bangunan sekolahnya..

' Biarpun jatuh kali ketujuh, bangunlah untuk kali kelapan'...
tapi kan.. pada fendapat akaklah...
kalau dah jatuh cinta sampai tujuh kali.... baiklah duduk situ tok sah bangun-bangun... Rugi kalau kena bangun....

Jom kita renungkan pagi ini...


sayang.. jatuh kali ini memang jatuh terduduk... memang takkan sembuh rindunya...


LUEM

Monday, January 24, 2011

927 ~ Kisahnya Hari ini....


Kesibukan di unit dialysis memang seperti biasa... Kakitangan menanggani setiap masalah yang timbul dengan baiknya. Kekurangan kakitangan di setiap jabatan menyebabkan kakitangan ada yang bertugas 'over time' hampir setiap hari. Bayangkanlah bagaimana mereka harus berdepan dengan berbagai kerenah pesakit... Tabik sungguh akak dengan pengorbanan mereka....

Suami akak pernah bercerita bagaimana kerja-kerja yang murni yang dilakukan oleh Staff Nurse dan Medical Assistant di Hospital Serdang dan juga di hospital-hospital kerajaan yang lain. Mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan layanan yang diterima dari pesakit dan para doktor kadang-kadang sungguh mengecewakan. Staff Nurse pernah di tendang pesakit... di raba dan diludah oleh pesakit... Menurut suami, mereka inilah yang sebenarnya yang bertungkus lumus dalam menjaga kebajikan pesakit. Doktor hanya melihat pesakit sebentar tetapi Staff Nurse dan MA lah yang akan melakukan kerja-kerja bagi mempastikan keselesaan dan rawatan untuk pesakit. Doktor hanya berikan arahan.. dan Staff Nurse lah yang akan melaksanakannya....

Hari ini seperti hari-hari isnin yang lain... agak sibuk dengan karenah pesakit. Alhamdulillah, semua itu ditangani dengan baik oleh petugas. Tahniah....

Muiz yang bertugas menjaga kebajikan Pak cik Salleh telah agak ter'khayal' apabila ada petugas perempuan yang menghantar makanan di Unit Dialysis.... Sehinggakan sewaktu Muiz perlu menekan luka pada bekas cucukan jarum di lengan Pakcik Salleh 'bocor' akibat Muiz begitu asyik memerhatikan petugas yang menghantar makanan. Akak yang kebetulan duduk betul-betul di hadapan Muiz dan Pakcik Salleh ternampak darah menitis dari bekas cucukan jarum dari lengan Pakcik Salleh. Akak segera menegur Muiz sambil mengusiknya..." Amboi Muiz... tengok perempuan sampai bocor lengan pakcik Salleh..."

Kami yang ramai-ramai disitu ketawa gelihati melihatkan Muiz tersipu-sipu malu... Memang nampak bagaimana Muiz cuba menyembunyikan wajahnya yang malu... Cute sangat....







Staff Nurse Zuraida yang memang ada disitu segera menekan luka dan memberhentikan darah yang mengalir laju.



Dan.....
Yang paling teroknya...
akak yang dok ketawa melihatkan telatah Muiz sewaktu sedang mengambil bacaan BP...
meloncat naik hingga 181/90... 3 kali cuba ambil pun masih tinggi...

Hai lah Muiz..Muiz....



oh kasih.. ku berterima kaseh kerana menyempurnai hidupku

LUEM

Sunday, January 23, 2011

926 ~ Tegur seorang dapat semua....


1980 - Ketika menghadiri mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah di sebuah sekolah di pinggir bandaraya... akak telah menegurnya. Kali kedua bertemu, kami berbual-bual mesra... dan pertemuan seterusnya menjadikan kami semakin rapat dan akhirnya menjadi sahabat baik... BFF...(istilah orang sekarang...)

Hampir 31 tahun kami menjadi sahabat. Banyak kisah suka duka yang kami alami bersama-sama. Alhamdulillah... semuanya menjadikan kami semakin menghargai persahabatan yang telah lama terjalin. Dan yang manisnya... akak turut diterima oleh seluruh isi keluarganya....

Setelah beberapa ketika tidak bertemu, perasaan rindu itu membuatkan kami ingin bertemu. Dan pada hari ini kami bertemu di One World Hotel di One Utama, Damansara Utama.





Cafe Cinnamon menjadi tempat pertemuan...



Gigih menggaulkan salad untuk Ceaser Salads...



Ada dimsum juga..



Cold appetizer...
my faberet...


Kakaknya kak Ani... turut bersama-sama bertemu... Kami memang rapat kerana jika ada masanya akak akan menziarahi kak Ani.



Nampak bagai 3 beradik 'noti'...



Bergambar di ruang lobby... sempena sambutan CNY...



Singgah sebentar di rumah Kak Ani...
Anak sulong kak Ani, Adora... turut serta...



Yang bertudung hitam adalah isteri kepada Arwah Iqbal.
(Nanti akak ceritakan kisah hubungan akak dan Arwah Iqbal...)
Yang berbaju belang adalah anak bongsu kak Ani.. Fiona...



Alhamdulillah... mulanya hanya tegur seorang saja.. tapi dapat seisi keluarga....
Anugerah Allah juga... Alhamdulillah...


perpisahan sementara memang menggelisahkan...

LUEM

925 ~ Siapa Blogger sebenarnya NIh???????


Hari Jumaat...
Dalam perjalanan ke KL (yang teramatlah jauh tu....)

Suami dan Isteri....

Suami : Yang... kalau sempat karang kita singgah makan kat Hj Sharin Low..Ok???

Isteri : OK....

Suami : Ketam telor asin dia memang sedap.... Sweet sour pun best jugak...

Isteri : Hmmmm... dah lama jugak tak pekena ketam kan???

Suami : Karang kita singgah....

Isteri : Tapi Yang... orang lupa nak bawak kameralah....

Suami : Takper.. dalam beg Abang memang ada kamera yang lagi satu tu....

Isteri :????????? Eeeehhhhhhh... siapa yang blogger ni????


sayang sangat menghargai dan selalu memberikan perhatian yang tak terduga..Selalu buat teruja dan sangat bahagia....

LUEM

Saturday, January 22, 2011

924 ~ Hai lah Anak....


Sewaktu dalam perjalanan pulang dari mengambil anak sekolah... Si ibu dan si anak berbual-bual dan tibalah pada satu perbualan yang agak sensitif... Anak terasa hati dan mau keluar dari kereta sewaktu si ibu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Anak : (sambil membuka mengacah hendak membuka pintu kereta ) Qeeb keluar kat sini ya ibu...

Ibu : Jangan...! Nanti habis pintu kereta kena langgar dengan motor....

Anak : Ibu! Ibu pentingkan pintu kereta ibu saja???

Ibu : Iyerlah.... pintu kereta ni mahal....(saja nak mengusik lagi si anak)

Lama-lama kedua-dua beranak pun ketawa tak terhingga.... Anak faham bukannya ibu pentingkan pintu kereta sahaja tapi keselamatan anaknya juga...

Tiba dirumah... sebaik memasuki dan berhentikan kereta... si anak hendak membuka pintu dan terus keluar...

Ibu : Bukalah talipinggang dahulu Qeeb.... (mengingatkan si anak...)

Siibu pula terus buka talipinggang dan hendak membuka pintu kereta tanpa menutup enjin dahulu...

Macam-macam.....


fikiran jauh mengelamun sebenarnya... teringat kenangan di hari yang sama...

LUEM

Friday, January 21, 2011

923 ~ Tazkirah Jumaat...

Sesuatu yang baik untuk berkongsi bersama-sama...

Mengenai SOLAT.

Hazrat Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali Allah yang masyhur berkata, " Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan...

1. Keberkatan rezeki didapati melalui Solat Dhuha.

2. Cahaya di dalam kubur di dapati melalui Solat Tahajud.

3. Jawapan kepada soalan Mungkar dan Nakir didapati melalui membaca Al-Quran.

4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah.

5. Mendapat naungan di bawah Arasy Illahi melalui mengingati Allah snw dalam bersunyi diri.


Semuga kita dapat menafaat daripada lima perkara ini. Insya'Allah.


sayang, jom kita amalkan dan muga nantinya kita berjiran 'disana'


922 ~ Jatuh



oh kasih..oh kasih..
Ku berterima kaseh padamu...
kerana menyempurnakan hidupku....

( terima kaseh sayang kerana kau selalu ada..
...bersamamu memang mengasyikkan....)

LUEM

Tuesday, January 18, 2011

921 ~ Best Kan?


Lokasi : Kawasan Air bertakung tepi jalanraya menghala kerumah.

Pelakon : Ibu dan Anak

Penampilan Istimewa : Abahnya


Sewaktu balik dari sopimbeli barang dapur sewaktu lepas hujan disuatu petang.

Sebaik melalui kawasan air bertakung, kelihatan air memercik tinggi melalui kedua-dua belah kereta. Seronoknya si ibu dan si anak...

Anak : Ibu... best kan??

Ibu : Hmmmm.... memanglah best...

Anak : Bukan ker abah kata jangan lalu atas air bertakung..??

Ibu : Alah.. bukan abah nampak pun....
( Dalam liver ibu.. seronoknya dapat main air begitu...... nampak percikan air yang tinggi sebab dalamnya takungan air tersebut.... serasa nak buat bunyi... Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee)

Tiba-tiba terdengar bunyi hp...

Abah : Yang..... Best nampak.. main air...

Ibu : Heeeheheeeeheeee... ( Tersedak sebab melalui cermin kelihatan kereta abah belakang kereta ibu....)


Pernahkah terjadi pada anda...?? Ini sekadar contoh sahaja...


LUEM

920 ~ Rezeki dah ditulis...


Lepas buat entri di bawah... 919... Marina called... ajak sarapan.... belum publish pun lagi.. tak mungkin dia baca pun sebab bukan dia taupun address my blog...

Ajak minum pagi... masing2 belum siap... ambil masa jugak nak bersiap...

Asalnya nak ajak ke Kg Baru tapi mengingatkan jauhnya Kg Baru itu kena menempuh Smart Tunnel yang sesak lagi menyesakkan...(bayangkan dalam terowong... jalan pelan2... cemas lah jugak)...

Marina cadangkan kami ke Litle White Cafe di Seksyen 9, BBBangi....

Jemput dia dan terus kesana....




Pintu masuk macam nak pergi rumah teman...




Starter... ambil Cheese Cake...



Blogger mesti bergambar...



Stuffed Ommelette...



Sempat singgah di Butik Siti Khadijah lagi...
( Pssstttt... Cik Marina ni memang kaki sopim....)



OTW nak balik... saja lalu lalu kat sini sebab nak tunjuk sesuatu pada Marina. Tiba2 ternampak ini...
( Yati... dah jumpa dah.... info u memang tepat...)



Tara...
Nasi Ambeng.....
Siapa sangka kan... Allah dah tulis dapat jamah Nasi Ambeng...
Pusing satu Bangi pun akan jumpa Nasi Ambeng... walhalnya niatnya nak ke KG Baru....
( Syukur padamu Ya Allah.... ketentuan MU jua....)



Menurut adik menjual ni...
Ditutup hari Sabtu dan Ahad
Isnin hingga Jumaat
Pukul 1030pagi hingga 100tengahari...

Memang sedapppppppppp.....
Burrppppp...
Alhamdulillah....




sayang, nanti kita makan butter cake...

LUEM

919 ~ Cuti.....

selamat pagi..bila dah pagi...

Macam-macam nak buat rasanya hari ni... Nak pergi Kg Baru.. makan Nasi Ambeng... ker Nak Makan Nasi Lemak Kak Sham???... kena buat macam Aisyah... teenii..mynieee...mooo....
Lama-lama duduk depan laptop jer....

Singgah satu rumah.. ada berkumandang lagu SMH. Bagitau dia, lagu tu syahdu sangat... tau dia jawap apa??? Dia kata.. Kalau dah cloud nine macam ni, dengar lagu Negaraku pun sedap.... Hah!.. betullah budak noti tu.... Fagi2 vuta dah bikin gelak sakan....

Tapi,
nak ceritanya...
kalau dah sensorang tu.. memang tak rajinlah nak jalan mana-mana....
nak cuba cari geng sat....

Nak gi jogginglah rasanya...
dah lama tak jogging...

Tapi ada hal pulaklah hari ni..
kena selesaikan dulu...

Hmmmmmm... cuti sehari...
macam2 nak buat....

happy enibeseri....


LUEM

Monday, January 17, 2011

918 ~ Anak cucu....



Pertama kali Baby Ching melahirkan 4 ekor anak.. kesemuanya anak-anaknya akhirnya mati.
Sehinggalah pada bulan Disember 2010.. baby ching melahirkan lagi anak sebanyak 6 ekor semuanya. 3 putih dan 3 celoreng...



Ini adalah anak kucing yg Qeeb ambil dari kedai menjual makanan kucing... Namanya sempena nama anak Korea... iaitu Dhong-dhong... (tah apa maknanya entahlah...)



Dhong-dhong dalam 'penthouse'nya..


Baby Ching. Mula datang kerumah kami masih baby serupa anaknya yang di atas tu...(3 ekor yang berwarna putih...)
Mengenai kedatangan Baby Ching memang sungguh mushykil.. Samaada dia datang sendiri ataupun bibik yang ambil dari entah mana-mana...
Memang asalnya memang tak mahu membela kucing... kerana kesemua anak-anak mengalami alahan yang teruk jika bermain dengan kucing... Aisyah hingga kena masuk ke Unit Kecemasan sewaktu Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.
Tapi memang dah semulajadi rasa sayang itu dah ada... mahu tak mahu.. bela jugaklah..

Dari seekor Baby Ching...
Menjadi 8 ekor kucing belaan dirumah kami...



Salah seekor anak baby ching..



Tiga daripada 6 ekor anak-anak baby ching.

Bila dijadikan ahli keluarga.... mereka ini umpama cucu bagi kami semua...



LUEM

917 ~ Because U Loved Me...



Boleh ker senyap hp tanpa bunyi sms?... sungguh menghairankan....
Miss U too....
LUEM



Sunday, January 16, 2011

916 ~ Seharian waktu bersamamu- 8jam yang indah...



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

* Ingat nak ambil sikit jer.. tapi tercuri banyak...

LUEM..sayang...

Thursday, January 13, 2011

915 ~ Bila cuti dan kalau dah berjumpa...


Seperti hari Khamis yang lepas-lepas... akak berpuasa thanks sayang menemankan puasa... tapi olehkerana cuti ABC.. geng kami dah bersetuju hendak bersarapan pagi di Nasi Lemak Kg Baru..

Selalu mereka mendengar kabar mengenai kesedapan makan di kedai ini dan hanyalah pada hari ini akak dapat membawa mereka sama-sama menikmati kesedapan nasi lemak kukus di sini... how i wish..

Geng yang dijemput ..
Ella, Marina dan Jie dan Bib...



Menikmati kesedapan nasi lemak tanpa menoleh...



Selesai makan, sempat pula menyopping... kita temankan jer



Petangnya pula kami ke rumah teman yang dahulunya sama-sama tinggal di Bangi tetapi sekarang dah berpindah ke Nilai.



Selepas menjamu selera... kami menjamu mata...



Anis... teman sebaya yang sudah bermenantu..



Begitulah kami kalau dah berjumpa...


LUEM.

Wednesday, January 12, 2011

914 ~ Alhamdulillah....Capai Sasaran

You're One in a Million.. You're once in a lifetime

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah...
Sekian lamanya menunggu.. hari ini dah dapat dah apa yang dihajatkan...
Berkat bertanya kabar tanpa henti....
Alhamdulillah... Memang gembira sangat...


THE EVIDENCE..
60.8kg..


B/P pun cantik...
148/86 pulse 76..
Alhamdulillah...



SN Romela yang menggantikan SN Rosmah..



SN Zuraida menggantikan SN Rodiana...



Bibik..aka chef...
olehsebab masakan yg disediakan agak tawar (demi untuk kesihatan jugak) Uncle Loo menawarkan untuk menggunakan kicap dan cilinya bagi menyedapkan mee hoon tersebut... Semangat Wonder pet ini memang mengagumkan....




LUEM