Saturday, October 22, 2016

752 ~ Kita satu keluarga.........

Akak dah hampir 10 tahun menoreh kat Unit Dialysis Hospital Serdang. Rakan sebelah akak dah bertukar ganti. Rakan depan kiri kanan... Hujung sana... Belah sana.. Belah sini... Ada yg masih ada dan ada yang dah pergi.

Kami masih begini.
Ada yang ramah tamah bantu membantu sesama kami dan ada yang sebaliknya.
Petugas pun begitu. Ada yang masih ada dan ada yang dah bertukar unit sebab kenaikan pangkat.


Nak cerita mengenai uncle ni.

Beliau bekas pesakit kanser usus dan kabarnya dah bebas kanser. Menemani isterinya yang menoreh sama shift dab hari dengan akak.

Tiap2 pagi uncle datang awal ambilkan buku rekod akak dan ada masanya uncle pasangkan mesin akak. Selalu menyapa akak dan kawan2 yang lain dengan senyum. Rajin membantu pesakit2 yang lain. Tolong ambilkan ubat... Belikan makanan dan lain-lain.

Semuga ALLAH berikan hidayah buat uncle ini atas segala kebaikan yang beliau tunjukkan. 

Kami dah bagai satu keluarga besar. Saling bertanya kabar, bantu membantu sesama kami. Bayangkanlah jika kami lebih kerap bertemu daripada adik beradik kami yang lain.... Tentunya perasaan ambil berat tertanam dalam hati kami.

ALHAMDULILLAH...

Thursday, October 13, 2016

751 ~ Andai begini dahulu...


Tetiba terkenang waktu kecil dahulu..
Arwah mak minta bantuan bersihkan taugeh.. 
Nak meraung rasanya...
Tetiba terasa dalam dunia ni akak sorang jer kena dera bersihkan taugeh..
Kanak2 lain senang lenang bermain dengan teman-teman mereka.
Terasa akaklah yang paling malang dalam donia ini apabila kena bersihkan taugeh.

Nak mengelak memang tak boleh.
Mahu atau tak mahu tetap kena bersihkan jugak.

Makanya dengan hati yang amat berat.. Akak buat juga.

Bila dah siap arwah mak akan selalu terkejut...
Taugeh yang dibelinya setengah kilo akhirnya hanya tinggal beberapa ratus gram.
Bila ditanya, akak akan jawap..
' Alaaaa .. Mak beli taugeh banyak tak elok.. Terpaksa buang... Tinggal banyak tu jer..'
Mahu tak mahu arwah mak terpaksa menerima alasan yang tak masuk akal sebab masa dia beli tadi mmg sudah pasti taugeh tersebut cantik putih dan segar.


Petang td..
Dengan hati yang lapang dan gumbira akak melakukannya tanpa dipaksa dan disuruh sesiapa. Malah akak tak kerahkan askar akak membantu.
Sambil akak membersihkan taugeh tersebut.. Akak mengenang kembali kenangan waktu kecil dahulu..
Andai akak berlapang dada membersihkan taugeh.. Tentu arwah mak seorang ibu yang paling bahagia dalam donia....

Rindu arwah mak..
Al - Fatihah mak......

Sunday, October 09, 2016

750 ~ Walau payah tetap bertemu

8hb Oktober 2016
Ampang Bowl

Akak patutnya masuk perlawanan persahabatan geng sekolah. Tapi kaki dan tangan tidak begitu bekerjasama. Akak tarik diri sebelum hari pertandingan.

Tp akak tetap datang utk bertemu cikgu dan kenkawan dan juniors yang amat dekat dihati.



Puan Suhaibah yang paling sporting.
Katanya waktu kami form 5, usia beliau baru 28tahun. Makanya sekarang kami bagai rakan sebaya.


Masa sekolah tak tahupun Radziah sama birth date. Kalau tidak, mmg gamat...


Nisha Nani menggantikan akak dalam kumpulan teratai.


Ketua Pelajar (baju hitam) tahun 1981 yang amat popular dan sangat disenangi... Masih anggun hingga sekarang.

Kawan sejak sekolah rendah.


Cikgu Aida yang masih anggun dan tak pernah berubah wajahnya. Masih mudah dikenali.


Selesai mengebol kami mengeteh dengan Rasilah yg tak dapat join waktu awal2 td.

Pergi ke kedai membeli lilin
Singgah ke bazar membeli jamu
Demi persahabatan puluhan tahun terjalin
Terdencot dencot masih bertemu..

Demi kasih yang pernah tersimpul..
Ku gagahi jua....


Sunday, October 02, 2016

749 ~ Makanan Halal di Beijing...


Sangat mudah untuk mencari makanan halal di Beijing. Dalam deretan kedai kedai akan terselit di situ restoren makanan halal. الحمد لله شکور.

 Hari pertama tiba dah nampak restoren ini di belakang hotel penginapan kami.


Antara lauk yang kami pesan..


Lamb goreng dengan daun bawang




Malamnya kami keluar di restoren ini pula








Buah buahan sangat mudah di dapati juga. 






Dan di Airport juga terdapat restoren makanan halal. Tapi olehkerana kami tiba lewat di Airport, restoren tersebut dah tutup.




Sambil menunggu pesawat kami masuk ke business lounge untuk berehat...hanya berani menyentuh ini. Sebagai lapik perut..



Jadilah..
Balik malaysia.. Qadha dengan Nadi lemak kak sham.....

Saturday, September 24, 2016

748 ~ Bersiaran dari Beijing....

Petang semalam (Jumaat 23hb September) suami bawa akak ke Beijing sebagai memenuhi janji beliau sewaktu kami mula kena dulu (waktu cintan cintun dulu)...

Kisahnya....
Sebaik balik dari Mekah.. Akak ada berjanji dengan sahabat baik akak yg akak kenal di MakkahtulMukarramah... ( saja nak sebut juga part rahmah tu)... Iaitu Dr Hajjah Ainy. Beliau ada conference di Beijing... Beliau ajak akak meneman beliau. Kami dah hampir nak ambil tiket.. Tp sebab prosedur nak kesana tu agak rumit.. Akak tangguh sikit.
Bila akak ceritakan dengan (masa tu) masih status boipren... Katanya pada tarikh akak nak pi beijing dgn Dr Ainy tu..
Dia nak kami bertunang.
Makanya terpaksalah akak membatalkan plan nak pi Beijing. Dr Hajjah Ainy pergi juga ke Beijing dan hadiahkan akak pasu ukiran yg sangat cantik.
Suami ada berjanji akan membawa akak ke Beijing selepas berkahwin.

Kami bertunang dan kami kahwin.
Sampailah 24 tahun kemudian...
Nak pergi Beijing tu jadi lama bertangguh sebab akak ni mmg jenis kureng minat nak pi negara macam China... Indon.. India..
Tapi..
Suami bawa juga akak pi Vietnam iaitu Hanoi.. Pastu akak suka..
Bawa pi Makassar.. Akak suka
Bawa pi Hong Kong.. Akak suka
Sekarang bawa akak pi Beijing...
Baru beberapa jam disini...
Nanti akak cerita ya...



Sebelum naik flight perut akak dah kekenyangan..
Dalam flight bila dihidangkan makanan..
Akak menolak..
Mmg sangat kenyang.
Apappun dah tak boleh masuk.
Biasalah dalam dlight yg selama 6 jam.
Diberi makan main course dan snack sebelum turun...
Mmg akak menolak.

Wednesday, September 21, 2016

747 ~ Citer biasa jer....


Bahaya buat tajuk cenggitu.
Nanti citernya meloncat loncat...
Kalau tak chaya... Cer baca...


Gambar ni ada dlm album.
Dekat 20 kali decide nak buang..
Tp kenangan dengan kerang ni masih terasa2...

Akak trauma dengan kerang ni.
Bukan kena ketip kerang masa mandi laut..
Kena bersihkan kerang masa nak buat lauk.

Akak ada kakak sepupu yg mana rumahnya sering mak akak dan akak pi bertandang kerana arwah mertuanya ada kakak pada arwah emak akak.
(Susah nak faham???)
Baca pelan pelan...

Bila waktu memasak utk makan tengahari.. Akak dan anak dara beliau kena membantu menyediakan bahan-bahan utk dijadikan lauk.
Jika ternampak kErAnG ni... Hati akak jadi paling ronsing....(rasa macam bala nak menimpa)

Akak kena bantu bersihkan kulit kerang tu hingga jadi putih. Putih seputih putih ya... Berusnya adalah berus besi dawai... Bayangkan kalau terberus jari-jari akak yg waktu tu cantik lembut mulus..... Maunyer luka... Dahla luka... Bila kena air... Azab..... Bukan satu tempat... Boleh sampai dua tiga tempat luka kena berus dawai besi tu......

Kalau akak berkeras takmo buat, akak kesian pulak kat anak sepupu akak tu... Kami hampir sebaya... Itulaaaa kawan akak bermain segala macam yg teragak.. Teragak nak naik basikal keliling Kampong Selayang Baru hingga ke Kampong  Nakhoda... Dialah sedia temankan. Sempat singgah Batu Caves tgk tah apa apa tah.....

Jadinya Mahu atau Tak Mahu.... Capai berus... Buat jugalah kerja membersihkan kulit kerang. Berus sampai putih. Bila buat lauk, supnya jernih sahaja dan sedap dihirup.

Anak akak suka makan kerang rebus. Akak macam fobia nak beli kerang.. Walhalnya takda 'pemantau' pun yg nak memeriksa akak basuh kulit kerang.. Tapi entah.... Dah jadi tak suka nak beli dan masak. Walhal.. Kalau masak mmg sedap... 
Ketukkan serai
Koyak koyakkan daun kunyit
Hiris bawang merah
Letak Air
Simple tapi sedap


Okaylah
Nak ke kedai/pasar cari Kerang......

Thursday, September 15, 2016

746 ~ Masih Mood Teringat...


Kali ini akak teringat satu hal lagi.
Agak 'gerooos' bak kata Ain.
Tapi akak melalui zaman ini.
Nak bercerita juga.

Arwah mak akak punya rumah sewa sebanyak 5 biji sewaktu akak membesar dulu.
Rumah sewa yang mempunyai bilik air dan tandas diluar rumah.

Bilik air berada betul-betul di belakang rumah sewa kami. Manakala tandas pula berada jauh sedikit dari rumah sewa.

Agak terbelakang dan terlindung.

Jika perlu menggunakannya pada waktu malam, memang agak menakutkan buat kami yang waktu itu masih anak2. Ibu kami harus menemankan kami. 

Arwah mak pula pernah bercerita tukang angkut **ji* bekerja waktu tengah malam dan awal  pagi. Sebuah lori besar akan berhenti di jalan besar manakala pekerja mengangkut **ji* masuk ke dalam kawasan rumah. Ianya satu kerja yang agak menjijikkan tetapi seseorang harus melakukannya. Jika tidak tentunya huruhara jadinya.

Tetapi kadang2 kisah tandas ini boleh dijadikan lawak pula.

Katakanlah ada orang tetiba datang mahu menyewa rumah. Orang itu bertanya pada salah orang. Orang tersebut akan mengatakan ada terdapat rumah sewa yang masih kosong. Bila diminta ditunjukkan rumah tersebut, orang yang nakal tersebut akan tunjukkan tandas tersebut.

Sesuatu yang agak mengejutkan akak ialah sewaktu akak berkunjung ke rumah sewa seorang pelajar kita di Adelaide, Australia... Terdapat tandas di luar rumah banglo yang mereka sewa. 


Ini lah rupanya tandas diluar rumah yang disewa oleh pelajar malaysia di Adelaide.

Manakala ini pula rupa tandas yang kita ada  sekitar tahun 60-70an dahulu...



Sunday, September 11, 2016

745 ~ Teringat pula.....


Teman menoreh akak rajin bercerita.
Hari tu kami bercerita tentang Dapur Minyak Tanah sewaktu kami membesar dulu.

Akak ingat lagi arwah Mak ada dapur minyak tanah satu tungku.


Manakala kawan menoreh akak mempunyai dapur 2 tungku.



Kiranya sesiapa yg ada dapur 2 tungku tu lebih mewah lah....

Akak ingat lagi bila nak menggunakan dapur minyak tanah tersebut.

Botol tepi dapur tersebut perlu di isi dengan minyak tanah/gas. Kena beli satu tong kemudian kena guna pam untuk sedut minyak dari dalam tin masuk ke dalam botol. Andai tidak mempunyai minyak gas.. kita perlu bawa botol kosong pergi ke kedai beli sebotol.
Nasib baik, pekerja kedai tolong pam dari tin masuk ke botol. Jika tidak... kitalah kena usaha pam minyak masuk dalam botol. Jika gopoh, terpancut2 minyak gas kena tangan dan baju... agak berbau jika terkena tangan dan baju.

Lagi satu lecehnya dapur minyak ini ialah ia menggunakan sumbu untuk pembakaran. Sumbunya jika mahu di tukar... kena angkat bekas hitam yang menutup bahagian keluar api... masukkan sumbu  baharu betul2 ngam dalam lubang dapur. Sebelum itu sumbu baru (jenis tali) kena rendam dalam minyak. Api yg pertama dipasang akan berwarna hitam... kemudian merah dan akhirnya barulah biru. Api biru adalah api yg sempurna digunakan untuk memasak.

Bila datang dapur dan sumbu jadi meragam, keluar pula api warna merah atau kuning. Habislah hitam periuk dan kuali yg digunakan.

Azab juga nak menjaga api dapur agar sempurna. Bila gas/minyak habis sewaktu sedang memasak pun leceh juga. Tangan dan jari pasti berlumur dengan bau minyak yang kurang menyenangkan.

Puas juga akak belajar masak waktu kecil2 dahulu menggunakan dapur minyak tanah cap Butterfly.


Thursday, September 01, 2016

744 ~ Adik Beradik tak semestinya sedarah


Sesekali teringin juga nak luahkan apa yang hati kecil ini rasa.
Bukan untuk menyindir sesiapa cuma sebagai kenangan kemudian nanti. Jika tak dicoret, tentunya terlupa nanti.



Inilah seorang wanita yang amat akak hormati dan sanjungi. Kami membesar dalam satu bumbung sejak 1980 sehinggalah akak berkahwin pada 1992.
Kemudian hubungan berlansung hingga saat ini. 
الحمد لله شکور

Banyak yang hendak akak kenangkan budi dan jasa beliau pada diri akak. 
Kami memang bukan dilahirkan dari ibu dan ayah yang sama tetapi kasih dan perhatian   beliau sungguh amat bermakna dalam hidup akak.

Beliau bagai kakak kandung akak sendiri. Nasihat dan panduan banyak beliau berikan. Malah beliau juga tidak berkira wangringgit. Bukan hanya pada akak malah juga pada semua adik beradik 'bukan' seibu seayah beliau. Siapa saja yang datang menumpang kasih terus sahaja beliau terima bagai saudara sedarah sedaging. Tanpa prejudis.

Akak merasakan sangat beruntung dikurniakan seorang 'kakak' yang begini... Kita tak perlu sedarah sedaging untuk merasai hubungan kasihsayang dan perhatian... Maaf cakap, walaupun sedarah sedaging andai tiada rasa kasih dan perhatian di hati.. Hubungan kasih sayang itu tidak akan dirasai. Mungkin juga sebab tidak membesar  sama-sama dan ada rasa iri hati atas kelebihan dan kekurangan kita makanya adik beradik sedarah sedaging juga tidak menerima kita seperti 'kakak' kita tadi.

Membesar sama- sama dalam jangkawaktu yang lama juga memainkan peranan dalam hubungan 'bukan sedarah sedaging'. Sama-sama ada waktu suka duka, sakit sihat, jatuh bangun... Sangat bererti. Kita pernah sama-sama rasa susah... Dan kita pula kemudiannya ALLAH berikan kesenangan maka dengan mudah perasan 'turut gembira' itu ada dalam hati masing masing. Lansung tiada rasa hasad dan dengki.

Zuraida
Kakak Ani
Kak Long
Semuga ALLAH sahaja yang membalas segala kasih sayang, perhatian, jasa dan budi yang telah anda semua curahkan buat saya sejak saya mengenali anda semua pada tahun 1980. Hingga kini maknanya lebih banyak dan lama usia saya bersama anda semua. Andai ada salah silap dan mengguriskan perasaan... Ampun maaf saya pinta.

Anda semua adalah Anugerah dari ALLAH yang Paling Indah.

Saturday, August 20, 2016

743 ~ Bezanya Ibu dan Anak

Sekitar tahun 70-an

Emak : Nanti emak nak masak sambal ikan bilis dengan goreng taugeh. Nanti tolong emak kopek ikan bilis ya.

Sebaik buka bungkusan ikan bilis.
Macam nak menangis anaknya melihat ikan bilis yang beribu2 ekor tu.
Dan beribu2 ekor... Kecik kecik halus pulak tu.

Anak : Mak... asal mak beli ikan bilis kecik-kecik? Susah nak kopek....
Orang susah nak pilih kopek.

Sekarang

Ibu : Kakak, Ain dan Aisyah..
Tolong ibu kopek ikan bilis...

Semua turun dan menurut perintah.
Senyap jer. Lansung tak protes.

ALHAMDULILLAH.


Akak dahlama membeli ikan bilis dah siap kopek. Tapi kali ini rasanya harga ikan bilis dah kopek terlalu 'tak munasabah' harganya.


Ikan bilis mata biru yang dah siap kopek sekarang harganya rm100.00.
Seingat akak mula2 akak membeli ikan bilis dah siap kopek hanyalah sekitar rm35.00. Kemudian awal tahun ni naik dari rm58.00 kepada rm68.00 (di pasar Bandar Baru Bangi).
Tetiba baru2 ini sahabat akak pergi ke Lumut dan beli ikan bilis dah kopek harganya dah naik sehingga rm100.00 sekilo.

Jadinya akak beli ikan bilis tak berkopek. 
Akak panggil semua anak2 akak membantu. Alhamdulillah. Setakat akak menaip entri ini dah dapat setengah kilo...

Maknanya selepas ini akak dah tak perlu beli ikan bilis yang dah berkopek. Pekerja tetap dah ada menanti kerja mengopek ikan bilis.

Seronok juga bula kami berempat mengopek ikan bilis ramai-ramai. Akak ajarkan semasa mengopek boleh jadikan ianya kerja yang amat menguntungkan dengan sambil mengopek boleh berzikir.
Ikan bilis dapat makan..
Pahala menanti di sana....
Alhamdulillah.



Monday, August 15, 2016

742 ~ Keletah anak-anak


Jarak umur 6 tahun antara Ain dan Aisyah membuatkan hubungan mereka amat rapat dan akrab. Aisyah amat menyayangi kakak Ainnya. Aisyah sangat menghormati kakak Ainnya. Tidak seperti adik2 lain yangmana jarak usia setahun dua.

Ada ketikanya terasa lucu melihatkan kerenah mereka.

Antaranya.

Aisyah : Ain, nanti minta sikit air Pepsi u.

Ain : Jangan ambil banyak ya Aisyah.
Jika u ambil banyak, i terpaksa Sip (sedut) darah u untuk dapatkan semula i pepsi i....

Selamba jer bunyinya tapi sangat kelakar.




Tuesday, August 09, 2016

BANTUAN DIPOHON


Akak lama jugak tak berblog.
Sekarang dtg mood kerajinan nak berblog.
Tp masalah betul bila nak jawap komen tak mudah pula nak dapat publish.
Kadang2 dah berjela2 akak balas komen.. Bila nak publish... Kena tekan berpuluh kali.... Akhirnya terpadam pula...
Dimana silapnya.
Jika ada sesiapa sahabat boleh bgtau bagaimana nak setting yg baru.

Bukan Akak tak menjawap komen tapi itulaaaa tak mudah pula nak masuk ruangan komen dan jawap komen. Even nak jawap kat blog sahabat lain pun tak mudah. Rasa macam tak bestlah pulak.... Ini yg jadi mood nak buat entry terencat sikit.

Tolong ya ajarkan.
Walau bukan buah cempedak luar pagar tapi nangka dalam pagar

Buah nangka dalam pagar
Ambil tangga tolong petikkan
Akak org tua sedang belajar
Teknik baru bidang kemahiran

Monday, August 08, 2016

741 ~ Birthday Dak Korea


Qeeb menyambut hari lahir yang ke 20 pada 3hb Ogos. Permintaan khas dari Qeeb tentulah makanan Korea. ( iyer... Masih sangat2 sukakan Makanan Korea.. Penyanyi dan pelakon Korea.. Drama Korea.... Harapnya menantu bukan menantu Korea...)

Pilihan restorennya ialah


Nak menyebut pun tak pandai..
Tp maknanya Picnic.
Di IOI Mall.


Sebenarnya akak lebihnya nak cerita ttg penyediaan makanannya. Ada satu makanan ni, diletakkan dalam tin seakan tin biskut mahal. Macam gambar kat atas tu...
Kan ada penutup bawah hidangan tu.
Cara nak makannya..
Gaulkan daging dan telor dan nasi tu.
Kemudian ambil penutup tin, tutup tin tersebut... Kemudian tekan penutup dapat2...
Kemudian... Ini yg paling ohsem...
Goncang2 kan tin tersebut.
Mmg betul2 punya goncang seolah nak bagi semua makanan dalam tu bercampur semua.....

Kemudian dah selesai buka penutup dan bolehlah makan.


Tuanpunya restoren mmg orang Korea.
Makanya Qeeb bertutur dengan beliau menggunakan bahasa Korea. Maka abah dan ibu Qeeb pun kejap2 tertanya2.. Apa yg tuanpunya restoren tanya dan apa yg dibualkan. Kadang2 terasa juga rugi kerana tak mempelajari bahasa asing.
Alangkan akak ni Minang pun tahu nak berbahasa dan bertutur dengan dialek Minangkabau.


Alhamdulillah.

Seorang lahir di Kuala Lumpur.
Seorang lahir di Pulau Pinang.
Dua orang lagi lahir di Melaka.
Semuga semuanya menjadi anak anak yang Solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.