Emak : Nanti emak nak masak sambal ikan bilis dengan goreng taugeh. Nanti tolong emak kopek ikan bilis ya.
Sebaik buka bungkusan ikan bilis.
Macam nak menangis anaknya melihat ikan bilis yang beribu2 ekor tu.
Dan beribu2 ekor... Kecik kecik halus pulak tu.
Anak : Mak... asal mak beli ikan bilis kecik-kecik? Susah nak kopek....
Orang susah nak pilih kopek.
Sekarang
Ibu : Kakak, Ain dan Aisyah..
Tolong ibu kopek ikan bilis...
Semua turun dan menurut perintah.
Senyap jer. Lansung tak protes.
ALHAMDULILLAH.
Akak dahlama membeli ikan bilis dah siap kopek. Tapi kali ini rasanya harga ikan bilis dah kopek terlalu 'tak munasabah' harganya.
Ikan bilis mata biru yang dah siap kopek sekarang harganya rm100.00.
Seingat akak mula2 akak membeli ikan bilis dah siap kopek hanyalah sekitar rm35.00. Kemudian awal tahun ni naik dari rm58.00 kepada rm68.00 (di pasar Bandar Baru Bangi).
Tetiba baru2 ini sahabat akak pergi ke Lumut dan beli ikan bilis dah kopek harganya dah naik sehingga rm100.00 sekilo.
Jadinya akak beli ikan bilis tak berkopek.
Akak panggil semua anak2 akak membantu. Alhamdulillah. Setakat akak menaip entri ini dah dapat setengah kilo...
Maknanya selepas ini akak dah tak perlu beli ikan bilis yang dah berkopek. Pekerja tetap dah ada menanti kerja mengopek ikan bilis.
Seronok juga bula kami berempat mengopek ikan bilis ramai-ramai. Akak ajarkan semasa mengopek boleh jadikan ianya kerja yang amat menguntungkan dengan sambil mengopek boleh berzikir.
Ikan bilis dapat makan..
Pahala menanti di sana....
Alhamdulillah.
makcik..dil paling suka kopek ikan bilis dan gunting cili kering dengan mak n along n adik..waktu bonding.bergosipan...zikir2...kadang2 nyanyi2 pun ada...hihi....rindunya kenangan tu...
ReplyDeleteBenar Dil
DeleteBuat kerja sama2 terasa 'keutuhan kekeluargaaan'.
Mmg akan merindui moment tu...
paling tak suka kopek ikan bilis.
ReplyDeletekadang kadang bila tercucuk tulang halus , adus sakitnyaa
tabik pada akak sebab masih rajin menulis blog.
caiyokkkkkkk
pB
DeleteLama tak dgr kabar u..
Yg kecik pun dah besar kan?
Akak pun tak rancak buat entry baru macam dolu2.. Masukkan mana sempat jer...
wahhhh biar betul harga tu? Dulu seingat saya tahun 70-an ikan bilis sentiasa ada dalam dapur sebab tahan lama dan amat murah selain sardin....hahahahahaha
ReplyDeleteBenar Uncle,
ReplyDeleteHarganya mmg dah melambung sesangat ni. Dalam 40 tahun makin meningkat harganya....
saya suka beli yang dah siap kopek. malas nak renyah.
ReplyDeletebeli sejemput je buat rencah naasi goreng.
Alhamdulillah
DeleteIbu suri tentu suka masakan dari suaminya yang dikasihi.
berapa harga sekarang yang dah siap kopek???
ReplyDeleteRm70 - rm100
DeleteMahalnya...............................
ReplyDeleteKat sabah murah jer.....
ikan bilis kopek baru rm43/sekilo + free shipping, beli banyak rm40 jer.....
Ikan bilis mata biru no.1 baru rm55+free shiiping , mata biru no.2 baru rm45 + fee shipping.................nak tahu lebih info boleh whatsapp saya di 0143595984 (Dani), saya penjual ikan bilis, udang, ikan masin, sotong......WS je di 014-3595984 (Dani)