Saturday, September 24, 2016

748 ~ Bersiaran dari Beijing....

Petang semalam (Jumaat 23hb September) suami bawa akak ke Beijing sebagai memenuhi janji beliau sewaktu kami mula kena dulu (waktu cintan cintun dulu)...

Kisahnya....
Sebaik balik dari Mekah.. Akak ada berjanji dengan sahabat baik akak yg akak kenal di MakkahtulMukarramah... ( saja nak sebut juga part rahmah tu)... Iaitu Dr Hajjah Ainy. Beliau ada conference di Beijing... Beliau ajak akak meneman beliau. Kami dah hampir nak ambil tiket.. Tp sebab prosedur nak kesana tu agak rumit.. Akak tangguh sikit.
Bila akak ceritakan dengan (masa tu) masih status boipren... Katanya pada tarikh akak nak pi beijing dgn Dr Ainy tu..
Dia nak kami bertunang.
Makanya terpaksalah akak membatalkan plan nak pi Beijing. Dr Hajjah Ainy pergi juga ke Beijing dan hadiahkan akak pasu ukiran yg sangat cantik.
Suami ada berjanji akan membawa akak ke Beijing selepas berkahwin.

Kami bertunang dan kami kahwin.
Sampailah 24 tahun kemudian...
Nak pergi Beijing tu jadi lama bertangguh sebab akak ni mmg jenis kureng minat nak pi negara macam China... Indon.. India..
Tapi..
Suami bawa juga akak pi Vietnam iaitu Hanoi.. Pastu akak suka..
Bawa pi Makassar.. Akak suka
Bawa pi Hong Kong.. Akak suka
Sekarang bawa akak pi Beijing...
Baru beberapa jam disini...
Nanti akak cerita ya...



Sebelum naik flight perut akak dah kekenyangan..
Dalam flight bila dihidangkan makanan..
Akak menolak..
Mmg sangat kenyang.
Apappun dah tak boleh masuk.
Biasalah dalam dlight yg selama 6 jam.
Diberi makan main course dan snack sebelum turun...
Mmg akak menolak.

9 comments:

  1. Sedapnyer mknn..makcik.selamat berholiday

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Akhirnya tertunai juga janji :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Akhirnya tertunai juga janji :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan tanah saya tu mmg selalu penuhi janjinya...

      Delete
  4. Ini betul2 berpegang pada janji...
    24 tahun masih ingat & tetap tunaikan..

    Bertuah badan dpt partner macam Dr tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq..
      Dah professionnya begitu.. Janji ditepati...
      Yg penting.. Sihat..

      Delete
  5. Caesar Salad tu nampak sedap. Kalau ada crouton tambah berperisa kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceaser salad ni diberi roti (frenchloaf bakar garing) mmg sedap...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata