Saturday, October 22, 2016

752 ~ Kita satu keluarga.........

Akak dah hampir 10 tahun menoreh kat Unit Dialysis Hospital Serdang. Rakan sebelah akak dah bertukar ganti. Rakan depan kiri kanan... Hujung sana... Belah sana.. Belah sini... Ada yg masih ada dan ada yang dah pergi.

Kami masih begini.
Ada yang ramah tamah bantu membantu sesama kami dan ada yang sebaliknya.
Petugas pun begitu. Ada yang masih ada dan ada yang dah bertukar unit sebab kenaikan pangkat.


Nak cerita mengenai uncle ni.

Beliau bekas pesakit kanser usus dan kabarnya dah bebas kanser. Menemani isterinya yang menoreh sama shift dab hari dengan akak.

Tiap2 pagi uncle datang awal ambilkan buku rekod akak dan ada masanya uncle pasangkan mesin akak. Selalu menyapa akak dan kawan2 yang lain dengan senyum. Rajin membantu pesakit2 yang lain. Tolong ambilkan ubat... Belikan makanan dan lain-lain.

Semuga ALLAH berikan hidayah buat uncle ini atas segala kebaikan yang beliau tunjukkan. 

Kami dah bagai satu keluarga besar. Saling bertanya kabar, bantu membantu sesama kami. Bayangkanlah jika kami lebih kerap bertemu daripada adik beradik kami yang lain.... Tentunya perasaan ambil berat tertanam dalam hati kami.

ALHAMDULILLAH...

14 comments:

  1. Kebaikan datang dari hati yang ikhlas tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Mudah2an Allah turunkan hidayah buat Uncle itu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمــــــــــــــــــين يا ربّ العالمين

      جَزَاكَ اللّهُ خَيْرًا

      Delete
  2. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    ++++++
    Hello! Ini bukan spam! Tetapi hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
    Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
    Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
    hormatnya
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Bila dah selalu bersama.. orang yang takde pertalian pun rasa macam keluarga.

    Makchaq pun selalu doakan orang2 yang baik2 diberi hidayah oleh Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمــــــــــــــــــين يا ربّ العالمين

      جَزَاكَ اللّهُ خَيْرًا

      Delete
  4. Bila dah selalu bersama.. orang yang takde pertalian pun rasa macam keluarga.

    Makchaq pun selalu doakan orang2 yang baik2 diberi hidayah oleh Allah...

    ReplyDelete
  5. nampak sihat pakcik tu..
    Dr Jantung dah sehat kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah
      Uncle tu nampak cergas sihat..
      Dr jantung masih MC...
      Semuga dengan lama berehat, Dr jantung lebih sihat selepas ini.

      Delete
  6. Bila tengok gambar tu terasa sedih jugak.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Assalam puan, ada no telefon or fb?
    saya ada pertanyaan nak tanya mengenai dialisis di luar negara

    ReplyDelete
  8. Teringin saya nak tahu macamana dia boleh sembuh dari penyakit kanser...yang pasti, semangat juangnya pastilah hebat!

    ReplyDelete
  9. Masalah akaun
    FB saya
    Rahmah Kahar

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata