Sunday, September 11, 2016

745 ~ Teringat pula.....


Teman menoreh akak rajin bercerita.
Hari tu kami bercerita tentang Dapur Minyak Tanah sewaktu kami membesar dulu.

Akak ingat lagi arwah Mak ada dapur minyak tanah satu tungku.


Manakala kawan menoreh akak mempunyai dapur 2 tungku.



Kiranya sesiapa yg ada dapur 2 tungku tu lebih mewah lah....

Akak ingat lagi bila nak menggunakan dapur minyak tanah tersebut.

Botol tepi dapur tersebut perlu di isi dengan minyak tanah/gas. Kena beli satu tong kemudian kena guna pam untuk sedut minyak dari dalam tin masuk ke dalam botol. Andai tidak mempunyai minyak gas.. kita perlu bawa botol kosong pergi ke kedai beli sebotol.
Nasib baik, pekerja kedai tolong pam dari tin masuk ke botol. Jika tidak... kitalah kena usaha pam minyak masuk dalam botol. Jika gopoh, terpancut2 minyak gas kena tangan dan baju... agak berbau jika terkena tangan dan baju.

Lagi satu lecehnya dapur minyak ini ialah ia menggunakan sumbu untuk pembakaran. Sumbunya jika mahu di tukar... kena angkat bekas hitam yang menutup bahagian keluar api... masukkan sumbu  baharu betul2 ngam dalam lubang dapur. Sebelum itu sumbu baru (jenis tali) kena rendam dalam minyak. Api yg pertama dipasang akan berwarna hitam... kemudian merah dan akhirnya barulah biru. Api biru adalah api yg sempurna digunakan untuk memasak.

Bila datang dapur dan sumbu jadi meragam, keluar pula api warna merah atau kuning. Habislah hitam periuk dan kuali yg digunakan.

Azab juga nak menjaga api dapur agar sempurna. Bila gas/minyak habis sewaktu sedang memasak pun leceh juga. Tangan dan jari pasti berlumur dengan bau minyak yang kurang menyenangkan.

Puas juga akak belajar masak waktu kecil2 dahulu menggunakan dapur minyak tanah cap Butterfly.


6 comments:

  1. Baru2 kahwin dulu kakcik masih gunakan dapur minyak ni untuk memasak... :)

    ReplyDelete
  2. saya membesar dgn dapur kayu dan dapur minyak tanah. Mencabar nak guna. Tapi dia ajar kita ttg sabar dan kebolehan survival skill dlm kesempitan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga merasa dapur kayu tapi makcik saya yg pandai guna. Arwah mak saya lebih suka dapur cap kupu2 ni. Mak dan makcik duduk serumah jadinya dirumah kami ada dua jenis dapur.
      Lauk makcik saya masak guna dapur kayu.. Maaf cakap, lagi sedap rasanya dari dapur minyak tanah.

      Delete
  3. Tahun 70-an dulu pon kami pakai dapur tu. Hahahahahaha...memang nostalgia cerita ni...terimakasih kerana mengingatkan..

    ReplyDelete
  4. Sama-sama uncle...
    Sebab anak2 kita dah tak tahu pun dapur minyak tanah tu... Dapur kayu depa pernah tgk unggun api...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata