Sesekali teringin juga nak luahkan apa yang hati kecil ini rasa.
Bukan untuk menyindir sesiapa cuma sebagai kenangan kemudian nanti. Jika tak dicoret, tentunya terlupa nanti.
Inilah seorang wanita yang amat akak hormati dan sanjungi. Kami membesar dalam satu bumbung sejak 1980 sehinggalah akak berkahwin pada 1992.
Kemudian hubungan berlansung hingga saat ini.
الحمد لله شکور
Banyak yang hendak akak kenangkan budi dan jasa beliau pada diri akak.
Kami memang bukan dilahirkan dari ibu dan ayah yang sama tetapi kasih dan perhatian beliau sungguh amat bermakna dalam hidup akak.
Beliau bagai kakak kandung akak sendiri. Nasihat dan panduan banyak beliau berikan. Malah beliau juga tidak berkira wangringgit. Bukan hanya pada akak malah juga pada semua adik beradik 'bukan' seibu seayah beliau. Siapa saja yang datang menumpang kasih terus sahaja beliau terima bagai saudara sedarah sedaging. Tanpa prejudis.
Akak merasakan sangat beruntung dikurniakan seorang 'kakak' yang begini... Kita tak perlu sedarah sedaging untuk merasai hubungan kasihsayang dan perhatian... Maaf cakap, walaupun sedarah sedaging andai tiada rasa kasih dan perhatian di hati.. Hubungan kasih sayang itu tidak akan dirasai. Mungkin juga sebab tidak membesar sama-sama dan ada rasa iri hati atas kelebihan dan kekurangan kita makanya adik beradik sedarah sedaging juga tidak menerima kita seperti 'kakak' kita tadi.
Membesar sama- sama dalam jangkawaktu yang lama juga memainkan peranan dalam hubungan 'bukan sedarah sedaging'. Sama-sama ada waktu suka duka, sakit sihat, jatuh bangun... Sangat bererti. Kita pernah sama-sama rasa susah... Dan kita pula kemudiannya ALLAH berikan kesenangan maka dengan mudah perasan 'turut gembira' itu ada dalam hati masing masing. Lansung tiada rasa hasad dan dengki.
Zuraida
Kakak Ani
Kak Long
Semuga ALLAH sahaja yang membalas segala kasih sayang, perhatian, jasa dan budi yang telah anda semua curahkan buat saya sejak saya mengenali anda semua pada tahun 1980. Hingga kini maknanya lebih banyak dan lama usia saya bersama anda semua. Andai ada salah silap dan mengguriskan perasaan... Ampun maaf saya pinta.
Anda semua adalah Anugerah dari ALLAH yang Paling Indah.
Bukan senang nak ada rakan sebaik ini. Makanya haruslah dijaga perhubungan itu. Saya juga bernasib baik mempunyai rakan yang baik sejak zaman remaja hinggalah sekarang. Alhamdulillah...
ReplyDeleteSungguh Uncle
Deletenak dapat bukan mudah. Kurniaan dari ALLAH juga.
Alhamdulillah.