Rasanya akak mmg dah lama tak balik Melaka. Selalu jumpa mertua samada di hospital atau di rumah akak. Akhir akak balik Melaka ialah pd Hari Raya Haji tahun lepas.
Mmg banyak perubahan di negeri Melaka. Jika di bandingkan waktu akak baru nikah dan tinggal di Melaka selama dekat 2 tahun dan pulang semula kali kedua sekitar tahun 1998.. Mmg byk pembangunan yg berlaku.
Pagi sabtu kami bertolak ke Melaka ikut highway LEKAS. Kemudian keluar di Senawang masuk highway Utara Selatan. Perjalanan pagi tu lancar. Tp sebaik tiba di tol Ayer Keroh... Jalan dah mula sesak. Ramai sungguh pelancong yg berkunjung ke Bandar Melaka.
Kami terpaksa redah juga kesesakan tersebut kerana kami berhajat hendak ke Bandar Hilir pekena Asam Pedas Selera Kampung. 2jam mengharungi jem selepas tol Ayer Keroh. Semangat nak makan yg buatkan kami gigih juga menempuh jem sepanjang jalan.
Tiba kedai mmg tiada meja kosong.
Kena berdiri menanti meja kosong. Alhamdulillah... Lepas setengah jam berdiri baru dpt tempat.
Beratur lg menanti giliran ambil nasi dan lauk pauk. Capai jer apa yg dah di senduk atas kaunter. Banyak lauk yg dihajati tiada. Suami teringin Asam Daging Tetel... Akak teringin masak lemak Udang Besar... Kedua2nya dah habis.
Asam pedas ikan parang pun sedap. Menepati selera. Masak lemak daging salai dgn rebung pun sedap. Anak2 memilih peha ayam goreng. Akak capai sambal ikan bilis petai versi cili mesin dan cili api utk buka selera. Akak ambil sayur mmg tak laku.
Selesai makan terus pulang kerumah abah. Esoknya ada kenduri kawin dan malamnya makan busat adik beradik.
Jarang semua adik beradik dapat berkumpul begini. Walau balik hari, mereka tetap luangkan masa untuk sama2 berkumpul.
Kami menempah 6 meja untuk seisi keluarga. Memang meriah dan seronok bila berkumpul semua begitu.
Selesai makan busat masing2 ada yg terus memandu pulang ke rumah masing2. Kami pula menanti sehingga kesesakan di highway Utara-Selatan berkurangan. Tepat pkl 12 tengahmalam kami bertolak pulang. Tiba dirumah tepat pukul 2 pagi.
Pukul 6 bangun untuk pi menoreh.
Noreh jangan tak noreh. Cuti Sabtu dan Ahad dah bergasak2 minum sampai tak hengat2....
Alhamdulillah.
Alhamdulillah...sesekali berkumpul mengeratkan silaturrahim... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTerharu bila semua meluangkan masa balik walau utk beberapa jam sahaja..
Di Bandar Hilir? Kat belah mana tu? Tolong cerita sikit...dalam shopping mall kia? Cerita sikit please the exact location! Ataupun di Pasar jualan yang dekat dengan Kapal Flor de la Mar tu!
ReplyDeleteRasanya kalau uncle ada Waze uncle key in
DeleteAsam Pedas Selera Kampung.
Kedainya adalah rumah kedai yg sederet mahkota parade.
In between rumah kedai tu ada kedai makan besar yg berwarna coklat/kayu.
Restoren Asam Pedas ni row tepi sekali mengadap kedai makan warna coklat tu.
Bangunan kedua dari bangunan depan yg mengadap mc donald.
Cubalaa uncle mmg berbaloi.
kali terakhir saya ke melaka, 30 tahun dulu... Masa itu, melaka begitu damai dengan bangunan sejarahnya...
ReplyDeletelebih 5 tahun ulang alik Melaka masa anak study kat sana.Asam pedas melaka selalu pi pekena.Tapi lama dah punya cerita.Rindu pula...Org Melaka ramah2 belaka.Jumpa sekali macam kenai lama.
ReplyDelete