Thursday, May 21, 2015

758 ~ ALHAMDULILLAH.. So suwitt


Pagi ni terjadi peristiwa yg sangat suwittttt.

Jiran akak suami kak Mah (yg ada pokok pucuk bebuas tu...) tetiba datang depan rumah akak.

Asalnya akak terdengar bunyi kereta berhenti di rumah sebelah. Akak masa tu ada dalam bilik atas. Nampak suami kak Mah sedang berbual dgn jiran sebelah.
Taklama kemudian terdengar bunyi loceng rumah akak. Segera akak dapat faham apa ceritanya membuatkan suami kak mah ada depan pintu rumah akak.

Olehkerana akak tidak bertudung waktu itu akak minta Qeeb bantu bukakan pintu dan melayan suami kak Mah (SKM).

SKM : Assalamualaikum..
Sebenarnya saya sdg mencari seseorang.. Katanya dia minat pucuk bebuas..

Qeeb : Waalaikummussalam..
Iyer.. Itu mak saya

SKM : Katanya dia isteri doktor.. Saya tahu seorg jer doktor kat sini.. doktor Kahar.

Qeeb : Iyer betul.. Abah saya.

SKM : ( Awalnya tangan yg memegang bungkusan pucuk bebuas diletakkan dibelakang badannya.. Tapi sebaik dah confirm rumah akak, beliau terus menghulurkan plastik tersebut pada Qeeb)..


Sempat akak snap sweet moment dari bilik akak.

Benda yg diberikan memang sangat biasa sahaja. Tp cara pemberian dan usaha pencarian dan ingatan itu yg amat besar ertinya.

Kita tak perlu bawa emas permata utk ambil hati orglain. Hanya pucuk bebuas pun dah memadai.
In syaa ALLAH. Bila mangga chukanan akak berbuah, akak akan buat yg serupa pada kak Mah dan kak Lah.

ALHAMDULILLAH.



6 comments:

  1. AllahhuAkbar! terharu kakcik mebacanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat rezeki tak disangka mmg sangat mengharukan perasaan.

      Delete
  2. Akak,
    the magic of memberi dan bersedekah.Kami pula selalu dapat sedekah dari FIL..buah cermai,buah mempelam,pisang hasil tanamannya.Nyok muda pun pi ambil saja..bertuahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Dapat yg best2 tu...
      Mmg sungguh bertuah..

      Delete
  3. Bestnya kalau macam tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah
      Org memberi kita merasa
      Ingatan itu yg penting..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata