Friday, September 20, 2013

580 ~ Gugurnya gigi besi


Aisyah mendapat gigi besi sewaktu proses cabut dan bersihkan gigi susu 2 tahun lepas. Gigi geraham yg masih elok dikekalkan dan di sarungkan dgn besi untuk menutup lubang pd gigi tersebut. 

Waktu mula mendapat crowning tersebut.. Tertanya2 juga sampai
bila gigi tersebut bertahan. Sehinggalah pada petang Rabu lepas, Aisyah datang memberitahu giginya dah mula goyang. Baru hari minggu tu akak mencabut gigi kacipnya. Waktu itu memang dia menjerit- jerit sebab takut sakit. Akak suruh dia diam dan bertenang. Rasa dulu samaada sakit atau tidak baru nak menjerit. Lama juga nak menenangkan dia.

Setelah Aisyah senyap, akak minta dia rasai samada sakit atau tidak jika akak mencabut gigi tersebut.

Sebaik akak cabut, dia tidak rasa apa2 malah tidak sedarpun gigi tersebut sudah dicabut.

Kerana itu bila gigi besinya sudah longgar, dia sendiri bagitau dan minta akak mencabutnya.

4 orang anak... Macam2 ragam waktu hendak cabut gigi.

Anak pertama..
Akak ikat giginya dengan benang dan
Ikat hujung yg lg satu pd tombol pintu. Bila akak tolak pintu, anak pun ikut pintu bergerak. Sudahnya gigi tak tercabut.. Akak kena bawa anak ke klinik gigi.

Anak kedua dan ketiga...
Pun mudah. Tak menangis bila gigi dah longgar. Tak perlu bawa ke klinik.

Anak keempat...
Lebih manja. Selalu menangis ketakutan bila hendak dicabut. Tapi waktu masuk hospital ketika nak cabut 5 btg giginya yg buruk.... Dia okay jer... Lps pembedahan dia tak menangis pun.

Macam2 kan kisah anak2 dan gigi....





10 comments:

  1. Cerita pasal gigi akak dah seram, jumpa doktor masih berdebar2 w/pun dah tua gini, walhal nak buat
    yearly scaling jer..hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak nani..
      Saya pun sejak kecil dah takut Dr gigi.
      Tp.. Bila ada biras doktor gigi.. Dah berani sikit

      Delete
  2. Tak usahkan budak2 Aina yg dah nak masuk 40 tak lama lagi pun takut je bab2 gigi nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina..
      Hehheehehehe
      Kena cari adik ipar/biras Dr gigi ni...

      Delete
  3. tergelak ai sorang2 mcm org giler kat opis ni kak. duk terbayang time akak ikat benang kat tombol pintu pastu tarik, pastu ngan anak ikut pintu tu gerak skali. muahahahahahaha....^______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai..
      Masa anak pertama.. Akak agak kesian nak cabut sendiri gigi anak.. Tp sebaik masuk anak ketiga... Dah tak kesian.. Cabut jer...

      Delete
  4. nasib baik besi...kalau emas dah boleh masuk pajak gadai..hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shina..
      Patutnyer ari tu letak emas kan?
      Sesak2 boleh masuk Ar Rahnu....
      Ekekekeke

      Delete
  5. hhahahahaaa!!
    kelakau cerita gigi dan tombol pintu tu!!
    patutnta akak kepit dia.. baru dia tak lari!!

    ReplyDelete
  6. Doktor...
    Ini kes tak sampai hati nak cabut gigi anak...
    Ekekekekek

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata