Dahlama akak tidak keluar waktu petang di Jalan Sultan Ismail. Jika bukan kerana jemputan dari kakak Ani tersayang yang ingin meraikan harilahir akak yang baru lepas... memanglah akak tak akan ke Jalan Sultan Ismail pada waktu puncak begitu.
Pertemuan di atur di Lemon Garden Cafe, Shangrila.. Buffet dinner bermula awal 630ptg maka kami bertemu seawal mungkin.
Akak keluar rumah pada pukul 400 petang. Takut jika lambat akan tersekat dalam kesesakan.
Perjalanan melalui Mex Highway sangat lancar. Tiba di Jalan Tun Razak, akak masuk Jalan Bukit Bintang depan Prince Court. Then masuk simpang Jalan Imbi depan Pavilion.. Kemudian ke kanan ke Jalan Sultan Ismail. Alhamdulillah... Lancar sungguh. Tapi jika lewat lagi tentu akak dah sangkut dalam kesesakan.
Pemandangan bangunan pencakar langit buatkan akak teringat waktu akak bekerja dahulu. Ini antara laluan yang akak tempuhi setiap hari. Memang membawa kenangan manis....
Kemudahan surau yang disediakan sangat memuaskan. Sederhana besarnya dan lengkap dengan tempat mengambil wuduq. Terletak di tingkat B2.
Menu buffet malam Khamis dan Sabtu ialah Seafood.
Makan sepuas-puasnya.
Alhamdulillah.
Gubahan bunga Pink Lily sangat indah.
IM lebih suka memerap di rumah. tetapi bila datang tekanan, mandi bersih-bersih, pakai yang terbaik dan keluar memandu walau tanpa tujuan...
ReplyDeleteIM
Deletememandu satu terapi juga
Dpt lihat pemandangan...
jalan2 yg akak sebut tu semua saya dah familiar.
ReplyDeletenak cuba try familiar dengan bangi pula :)
Madora..
DeleteBangi mudah jer
Tahu seksyen... Senang nak cari
Jom... Akak jd tour guide... 😃
cik mah oh cik mah...
ReplyDeletewpun kl tu jauhx18...tempat2 yg u lalui semua tu dpt mengembalikan nostalgia masa bekerja diKL dulu..
p/s: terasa semakin muda pulak...hik2...cikthom
Cik thom..
DeleteKita mmg sentiasa muder...
tangan gigil eh nengok tiram mentah..?
ReplyDelete:)
Doc..
ReplyDeleteFaberet jugak?
Hmmmmm mmg nyummy