Monday, September 16, 2013

578 ~ Panjang umur.. Jumpa lagi


Ustaz Mustafar adalah salah seorang guru mengajar mengaji akak semasa akak tinggal di rumah Zuraida di Bukit Damansara. Beliau merupakan bilal masjid Saidina Umar Al-Khatab.

Selalunya selepas maghrib beliau akan dtg kerumah dan mengajar hingga Isyak. Anak murid seramai 5 orang menanti untuk belajar. Macam2 karenah kami yg harus Ustaz tanggani. Dialek Nogori yg pekat membuat kami selalu ketawa.
Contoh:
Jika waktu menunjuk bacaan semasa mengaji guna jari.. Ustaz perasan kuku kami yg panjang.. Dia akan berkata:
" panjang kuku... Membolo setan ko???"
Jd kenangan sampai hari ni tiapkali teringat pada Ustaz.

Akak pernah meminta ustaz sempurnakan naik baru nesan arwah mak. Ustaz tidak menolak dan turut membacakan doa waktu majlis kenduri tahlil di rumah.

Hinggalah pd sabtu 14hb september baru ni, jemputan yg di sampaikan oleh kak ani telah kami penuhi. Anak murid yg lain tak dpt turut sama kerana seorang dah meninggal, seorang bertugas di Jeddah, seorang bertugas di luar daerah dan seorang lagi uzur. Makanya hari itu hanya kak ani yg turut serta.

Rasa seronok dpt jumpa ustaz semula setelah lebih 30tahun tak bertemu.
Ustaz masih kenal anak murid yg ini dan akak rasa sgt bersyukur kerana masih di panjangkan umur utk bertemu ustaz.

ALHAMDULILLAH.



7 comments:

  1. Masa jumpa tu..pak ostad tu tak joling kuku ahkak ke? Ngee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ostad tahu bukan kuku jari akak yg panjang..
      Akak pun rimas walau panjang sikit jer dari biasa..

      Delete
  2. Besar jasanya pada generasi-generasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Pahala guru Quran berterusan...

      Delete
  3. nampak sihat lagi ostad tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Masih sihat dan masih mengajar...

      Delete
  4. Okay Rose..
    Akak akan buat link ke blog rose
    Salam kenal...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata