Wednesday, September 18, 2013

579 ~ Rezeki bila ke pasar...


Dah jarang masak lauk begini. Selalunya masak satu hidangan sahaja. Contoh.. Jika masak kurma ayam.. Setakat itu jer.
Masak taucu ikan... Sekadar itu jer. Tiada lauk sampingan.

Semalam cuti dialysis akak ke pasar selepas menghantar qeeb.

Banyak idea timbul bila dah di pasar.
Ada kepala ikan tenggiri..
Sayur taugeh ipoh
Petai...

Jadinya akak terus teringin nak masak kari kepala ikan tenggiri.. Goreng taugeh dgn udang dan tauhu dan........ Center of attraction petai buat sambal kering dgn ikan bilis....

Alhamdulillah..
Nikmat selera yg ALLAH kurniakan buat akak terasa sangat bersyukur dgn keenakan kombinasi lauk2 begini..

Nak jemput makan tak boleh..
Maaf ya...
Dah habis...

16 comments:

  1. Balik kampung minggu lepas Aina terkilan gulai kepala ikan seludu... Sedapnya tu kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aina..
      1st time dengar nama ikan seludu..
      Nanti share gambar ikan tu ya..
      Kot2 laa kat tempat lain panggil nama lain...

      Delete
  2. Makchaq pun selalunya sama macam Rahmah, masa semata je.. kalau kari campur kacang bendi kira dah bersayuq la, budak2 pun dah besa lagu tu, kalau banyak jenis tak reti nak makan.., tapi tengok lauk Rahma ni memang mengancam.. semua favourite makchaq esp petai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq..
      Jika vitamin R datang.. Sanggup masak macam2..
      Tapiii... Jikalah vitamin M yang datang melanda.. Hmmm samaada beli kedai atau goreng telur kicap jer...

      Delete
  3. Sampet ngan togeh tu dah cukup mengancam tekak.. :) tp sy tak pernah masak kari kepala ikan...takuit nak beri anak2 makan..nanti pelupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahaha
      Puas baca apalah Sampet tu
      Walhal akak yg pernah guna shortform Samsot...
      18x baca baru paham... Ekekekekek
      Akak mmg pelupa sbb suka makan kepala ikan.. Budak2 akak tak bg makan sebab masih belajar....

      Delete
  4. Replies
    1. Kak nani..
      Sangatlah terbaek.
      Tekak kita org melayu....

      Delete
  5. togeh ipoh...??kenapa dipanggil mcm tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamsiah..
      Akak pun tak tahu kenapa panggil togeh ipoh tapi sejak kecik akak dah kenal namanya togeh ipoh dari penjual di pasar Chow Kit...
      Arwah mak pun panggil serupa...

      Delete
    2. taugeh di buat di buntong ipoh. guna air telaga.

      Delete
  6. pergh. pergh.

    mana dapat lauk cemni kat kedai! hehehe~

    ReplyDelete
  7. Kalau sambal petai ikan bilis tak perlu lauk lain. Gaul n gaul dgn nasi hmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh kak hajah nora
      Gaul dengan nasi panas2 pun sangatlah menyelerakan....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata