Sejak kami berjinak-jinak membela haiwan peliharaan.. memelihara kucing sering membawa kami ke klinik haiwan. Macam-macam jenis klinik haiwan yg dah kami gunakan perkhidmatan mereka.
Teringat akak waktu 1st time bawa kucing demam ke klinik haiwan. Waktu itu akak belum ada lesen memandu dan masih sekolah. Olehkerana kasihsayang pada kucing.. Akak memberanikan diri membawa anak kucing kami ke klinik haiwan yg terletak di Jalan Pekeliling/Jalan Ipoh. Itulah pertama kali akak membawa kucing kesayangan kerana kucing tu demam dan tak lalu makan.
Arwah mak bermurahhati menampung kos rawatan anak kucing tu. Walau agak terkejut dgn kos rawatan tapi demi kasih sayang.. Relakan saja..
Kali kedua akak membawa ibu kucing yang kena infection pada rahim. Waktu ini akak dah berkahwin dan tinggal di Melaka. Akak cari di yellow pages, dapat vet di Bukit Baru.
Kali ketiga waktu akak tinggal di KL. Kebetulan adik ipar seorang doktor haiwan.. Beliau menyarankan akak menghantar kucing kami ke Klinik Veterinar UPM. Dahulu klinik ini terletak jauh di dalam kampus UPM berdekatan dgn Mardi.
Kali keempat waktu kami tinggal di Penang. Anak kucing kami pertama kali bunting tidak pandai melahirkan lalu kematian anak dalam perut. Akak menghantar ke klinik vet di Jalan Batu Lancang. Tapi kaali ini anak kucing itu mati sebab jangkitan kuman dari kandungan yg mati dan kuman dah masuk dalam darah. Walau cuba diselamatkan melalui operasi tetapi malangnya ibu kucing itu tidak panjang umurnya.
Proses menghantar utk dapatkan Vaccin dan rawatan biasa selalunya akak buat di klinik haiwan biasa saja.
Tapi kali ini sakit yg dideritai oleh Panda bukan sakit biasa.. Diagnos oleh doktor.. Rectumnya terkeluar akibat dari Cerey berry... Perlu di bius dan di bersihkan rectum tersebut sebelum di masukkan semula...
Hmmmmmmmmm
Pengalaman bela hamster, terrapin, arnab dan ikan tak pernah dibawa ke klinik haiwan. Depa mati terus tanpa kita kesan sakitnya.
Mulai saat ini akak akan menghantar kucing di sini kerana hospital ini taraf professional kerana mempunyai kepakaran dan peralatan yg canggih.
Keadaan dan kemudahan yg disediakan sangat efisien berbanding klinik haiwan yg terdapat di lot kedai dekat taman perumahan rumah kita.
Owhhh baru tau kat sini pun boleh bawak haiwan peliharaan. nanti nak bagitau dekat seorang peminat tegar kucing ni. Info yang bagus ni kak Rahmah.
ReplyDeleteAina..
DeleteAkak pun baru tau...
Kekadang IM terfikir... rupanya ada banyak masa dan wang untuk mereka memelihara binatang?
ReplyDeleteIM
DeleteOrang yg tidak mempunyai anak sangat gemar memelihara kucing dan kasih sayangnya sama bagai anak sendiri. Maksudnya kucing dpt mengisi kekosongan org yg tiada beranak.
besar pahala menjaga kebajikan haiwan..
ReplyDeleteAnon..
DeleteBenar sekali
Setuju..
buasir lah eh kak..?
ReplyDeleteAkak pun rasa begitu
ReplyDeletePenyakit kucing ni sama macam manusia - menurut adik akak yg vet tu...