Hari Selasa...
Hari selasa adalah hari cuti dialysis. Mengemas serba sedikit makanya malaslah nak memasak.
Pergi kedai Mak Siti belakang kedai Amir dah jadi tempat akak mencari lauk tengahari.
Pilihan lauk memang banyak.
Kerap akak mengambil kari daging, sambal belacan dan ikan keli sambal.
Tapi rasanya hari ni nak tukar menulaa..
ambil sesuatu yang akak jarang masak dan teringin nak makan.
Nampak ada gulai daging tetel dengan nangka masak lemak...
Then ada kangkong goreng belacan...
then ambil ikan keli bercili juga...
Untuk minum tengahari akak order Teh Ais...
( teringat masa zaman sekolah sering minum teh ais..)
Nak menyampaikan petang, perut akak dah agak sebu.
Menyangkakan mungkin sebab banyak sangat minum air perut dah naik kembung, akak okaylah jugak.
Bila malam sedang tidur, terjaga setiap jam..
bermula pukul 12 tengahmalam hinggalah ke 5pagi..
akak rasa perut berangin/sebu/mual/ tapi cuba muntah tak keluar makanan hanya air masam..
Bangun pagi dah terasa tersangat penat dan tak larat macam nak demam...
Suami pelawa nak hantar akak dan balik dihantar pulang. Memang akak dah rasa tak larat sangat.
Tiba di unit dialysis kehairanan lah geng akak. Selalu masuk ofis, akak paling riuh bergurau dengan Shamsiah dan Puan Chan.. tetiba pagi tu akak ditemani suami dan diam sahaja.
Waktu dialysis beberapa kali rasa nak pitam kerana tak lalu nak makan apa semasa sarapan.. hanya roti gardenia 2 buku sahaja dengan air kopi. Diet hospital pun makan sedikit sahaja. Jika tidak selalunya memang sarapan akak agak 'heavy' dan sejam sebelum waktu dialysis habis akak dah sediakan roti gardenia 2 buku.
BP drop hingga 89/65.. memang terasa pening sekali.
Selepas suami mengesyorkan akak menghabiskan setin air manis teh bunga... baru naik sikit BP.
Balik memang dalam keadaan badan yang sakit2 dan demam.. Siap menggigil sebelum dapat dilegakan dengan dua biji panadol.
Teringat semula apa yang akak makan hari Selasa tersebut.... memang serik...
Tak akan buat lagi...
Dah lama tak menembak dengan DSLR..