Sunday, July 29, 2012

394 ~ Buah-buah orang...



Tiapkali bila akak berpeluang keluar negeri.. perkara utama yg akak berminat nak cari ialah buah-buahan tempatan yang terdapat di Pasaraya dan Pasar. Antara buah yang menjadi kegemaran ialah Cherries, Apple, Anggur, Pear, Strawberry dan sebagainya...

Jika tidak keluar negeri pun, ke Pasaraya kita pun akak akan tetap cari... Baru ni akak ke Tesco dapat berbagai-bagai buah dari luar negeri..


Anggur yang kecil2 tetapi sangat manis...





Nangka pun ada...
Memang sangat manis...




Cherries...
(separuh dah makan... baru amik gambar...)





Apricot..
" Sweetest Apricot in the World ".. Tak agak2 promote...
Manis jugak lah..




Yang ini dapat melalui kawan sekolah..
Beli sekotak 9 kilo tapi kongsi-kongsi dengan kawan...





Cherry yang dibawa masuk dari U.S. adalah termanis dan terbesar..
sebab akak pernah beli sewaktu luar musim cherry yang dari New Zealand..
Buahnya kecik sikit dan masam sikit TAPI mahal banyak...




Bahagian akak..
Memang sangat geram..
lepas dendam sebab masa kat Saigon dapat 1/2 kilo sahaja...





Daun cherry..
( Ada kesempatan teringin nak tengok pokoknya dengan mata kepala sendiri...)





Dan yang ini adalah pokok mangga di ladang belakang umah akak..
Sedang berbuah dan bakal masak tak lama saja lagi...
Mangga Chukanan.... 
tapi kelihatannya kali ini buahnya tidak sebanyak buah yang pertama dahulu...
Tak apa... semuanya rezeki dari ALLAH jua..




14 comments:

  1. Salam Rahmah,

    Strawberries dari negeri maner yang paling manis? cuh teka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak nanie..
      Saya mmg tak pandai nak teka sbb selalu beli dpt yg masam...
      Dari Kuwait?

      Delete
  2. Bagus makan buah-buahan banyak ni. Serat tinggi. Saya masih ingat kisah tentang Mangga Chukanan tu. Sekejap buah banyak, sekejap mcm majuk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie..
      Gituler buah yg ditanam tanpa khidmat nasihat Mardi...
      Ekekeke lagak mcm ladang berekar2... Hehrhe...

      Delete
  3. assalam makcik...sebelum tu mari give me five dulu...hehehe..kita satu kapal..dil suka makan buah-buahan...dan sangat bersyukur..bila dok mesir,syurga buah-buahan dengan harga yang sangat berpatutan..percaya atau x,cherries tu kat sini hanya rm8 sekilo..besar2 dan sangat manis...dan buah strawberry pula rm5 sekilo..anggur hitam tanpa biji rm9 sekilo,anggur kecik2 rm4-6 sekilo..sampai x larat nak makan...kat mesir...rugi kalau x makan buah..so makcik..mailah mesir....hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dill...
      Sihat? Baby sihat?
      Mcm sekarang jugak makcik nak terbang ke mesir...

      Delete
    2. baby sht..cuma ade demam kuning,dktr bru trace..ade petua x?mai makcik terbang2..dil tunggu kat padang..hihihi

      Delete
    3. jika baby demam kuning, kena jemurlah dengan matahari pagi...
      makcik tak pernah mengalami baby kuning... tak pandai nak bgtau petua...
      Makcik sedang merangka hendak ke Marrakesh, Morrocco sebabnya makanan depa memang menyelerakan dan makcik nak beli Tajin...(periuk masak tradisi morrocco..)

      Delete
  4. sikit hari buah anggur termasuk dalam kategori buah buah tempatan sebab dah ada di tanam di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM...
      IbsyaAllah....
      Bila pengeluarannya meningkat nanti hingga cukup nak ekspot...

      Delete
  5. Replies
    1. Doc...
      Yessss mmg sedapppp..
      Opppssss pose!

      Delete
  6. adoikhhh!!
    lapor tgk gmbr buah ceri tuh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynnn...
      Ustaz Azhar kata makruh letak gambar makanan...
      sorry dear...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata