Wednesday, July 25, 2012

391 ~ Hari Pertama Malam Ramadhan....


Jika semua orang dok citer masuk hari ke 5 Ramadhan... maka biarlah akak dengan sukacitanya bercerita mengenai malam pertama Ramadhan.. iaitu malam Sabtu ( Akak sebenarnya paling suka malam Sabtu...malam Ahad.. malam Isnin - suka sikit... )


Sewaktu hampir memasuki perkarangan Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi... di PutraJaya... kelihatannya banyak kenderaan  yang bersama-sama masuk ke perkarangan Masjid.. Semangat betul melihatkan warga PutraJaya yang meramaikan dan meraikan Solat Terawih di Masjid tersebut... Rasa seronok.. macam nak menyambut raya..




Alhamdulillah...
Budak telekung Unggu ni amat baik tingkahnya..
tidaklah menjerit-jerit dan berlari-lari kemana-mana..
waktu solat turut solat dan bila dah tak larat dia duduk diam sahaja...




Bila minta posing... memang dah ready dengan senyum..




Dah lama teringin nak ambil gambar Aisyah bertelekung, tapi selalu lupa...
kebetulan malam ini pulak akak rajin pulak ambil2 gambar walaupun hanya gunakan kamera hp.




Akak memang sangat2 mengkagumi or mengagumi...(yang mana satu????) Masjid Sultan Mizan ini..
Cantik buatannya..





Jemaah memenuhi ruang solat di tingkat bawah.






Waktu selesai solat Terawih, kami duduk-duduk di bahagian penyediaan Moreh..
Tumpang minum dan makan bubur nasi...
Rupanya sedaplah makan ramai-ramai... duduk berselerak cenggitu..
Terasa ada satu feeling...
Toleh belakang dan kiri kanan kelihatan ramai keluarga duduk-duduk  berkumpul anak beranak menikmati juadah Moreh.




Budak Telekung Unggu ni pun menumpang kemeriahan sama..
Tertib sekali...
( Ada sesiapa teringin nak buat menantu????)




Hek Eleh!!! Tak mo kalah...










Kelihatan Jambatan yang dihiasi lampu dapat dilihat dengan jelas dari perkarangan ruang Moreh...
Cantik...



10 comments:

  1. perancangan sya dan enpakwe sabtu ni kami nak ke masjid
    gayanya sy nak cadangkan masjid besi ni lah, kita jumpa di sana ye ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      Sabtu ni memang akak tak dapat nak kesana...
      dah ABC...
      takpa... minggu depan kot...

      Delete
  2. Rezki orang di Putra Jaya dan kawasan berhampiran, dapat masjid cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Masjid di PutraJaya ni memang cantik2...
      satu lagi masjid Pink.. tapi parkingnya susah sikit... itu yg lebih kerap ke masjid besi...

      Delete
  3. Alolooo...cantek manes Aisyah bertelekung :) bahagianya family akak. bestttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai...
      Alhamdulillah...
      semuga bahagia hingga ke hujung nyawa...
      Amin.. Ya Rabbal Alamin...

      Delete
  4. cantiknya masjid. cantik aisyah bertelekung. beli di mana telekung tu?
    best tengok famili meramaikan masjid berterawih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. madora...
      Masjid besi ni memang cantik buatannya...
      telekung tu beli dengan kawan...
      memang seronok tengok ramai-ramai sekeluarga berterawih...

      Delete
  5. akak,

    kami ingat nk pg sini jgk.x jauh dah dr rumah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynnn....
      Jika ada rezeki, memang best ke sini..
      Lapang... Selesa..

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata