Wednesday, July 18, 2012

385 ~ Hubungan zaman kini......



Daripada 4 beradik perempuan, kami sekarang tinggal bertiga. Sepatutnya dalam usia merangkak senja..       ( susah nak mengaku tua...) hubungan kami patutnya semakin rapat lebih rapat dari dahulu...




3 beradik



Akak tiba-tiba ternampak gambar BIL dalam fb. Gambar yang menggambarkan beliau baru sahaja menjalani pembedahan di pangkal leher. Terus akak menalipon adik akak bertanyakan hal tersebut. Rupanya sabtu lepas, BIL akak telah selamat menjalani pembedahan. Nak marah pun ada pada adik yang tidak memberitahu hal tersebut. Jika tidak kerana keluar di fb, memang sampai hari ini tak akan akak tahu.

Adik : I pun selalu buka fb lihat apa yang you buat... walaupun i tak selalu menalipon bertanyakan kabar, tetapi bila-bila i  teringat kat u, i bukalah fb u.. setiap hari ada saja yang u lakukan... i takdalah komen apa-apa.... I tengok status... baru sejam berlalu.. kiranya u OKlah.... tapi kalau dah 3 hari u diam jer.... i akan talipon jugak tanya u apa kabar....


Kakak : Oiittt....!!! Jika u tunggu sampai tiga hari... i dah selamat kapan dan dikebumikan tau...

Begitulah waktu zaman IT ni... semuanya kabar yang dahulunya secara manual dah ada dihujung jari sahaja..
Teringat akak waktu akak kecik2 dahulu mengikut arwah mak naik bas turun bas semata-mata hendak bertemu dengan saudaramara mak yang berada di Kajang, Nilai, Sungai Pencala, Taman Ibu Kota, Sentul, Selayang Baru, Puchong, Petaling Jaya, Gombak, Setapak, Kg Kerinchi, Pantai Baru, Kg Serting Ulu, Kuala Pilah, Segambut... ( Tiapkali teringat... tambah nama di sini.. Itu yag bertambah-tambah... saja nak mengingat selagi daya mengingat...) Bila dah berjumpa sukusakat mak tu.. memang sangat mesra sangat... Mereka terharu kita sanggup datang bertandang dari jauh... Siap tidur semalam dua lagi...

Sekarang sudah zaman senang... semua orang dah punya kereta... tapi kunjung mengunjung sudah pun kurang.. hanya pada hari raya sahaja... itupun tunggu di jemput... tak dijemput... tak datang....
Jumpa seperti dahulu sudah berkurangan.
Harapkan kabar dari fb sahaja..

Tapi...

Untung jugak ada fb... jika tidak lansung tak tahu apa berlaku ' posted a second ago'.... jadinya kita tahu si polan masih bernafas a second ago...

#### Peringatan untuk diri sendiri...
Kena selalu bertanya kabar pada adik beradik selepas ini melalui talipon ataupun datang ziarah sendiri.....


16 comments:

  1. Replies
    1. doktor..
      walau takder fb... tapi u ada blog...
      ok gak... :0

      Delete
  2. sangat setuju dgn post ini.fb fb juga tapi melawat dgn talipn tak sama....kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu...
      azam bulan ramadhan..
      kena perbaharui hubungan adik beradik dan sedara mara...

      Delete
  3. Hajah,
    Setuju hajah. Zaman tekno ini dunia bertambah kecil, jumpa face-to-face pun susah. Jumpa pun kalau ada kenduri kahwin atau kematian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hjh Nora..
      waktu kenduri kawin jumpa, ok gak..
      waktu kematian jumpa... sedih... sebab yang meninggal tu yg kita tak jumpa2 lagi...
      kena ubah.. memang kena ubah saya ni...

      Delete
  4. sya dah dkt 2 bulan x jumpa adik bungsu,jumpa di fb tegur sapa di fb hrmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya..
      samalah dengan akak..
      kena ubah ni...

      Delete
  5. Nak tambah lg,jam 10 td ayah telefon tanya kenapa sya x maklum kemalangan kecik yg jd tu hrmmm itu pun ayah tahu dari fb

    ReplyDelete
  6. Akak,
    Sekarang kalu tanya orang akan cakap semua dihujung jari tapi sebenarnya ianya menjarakkan hubungan kekeluargaan tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju...
      yes juju...
      makin jarak hubungan kita ni.. even dengan anak2 yang serumah... sebab masing2 ada gadjet masing2...

      Delete
  7. sekarang ni saya berfesbuk utk lihat update kawan2 je. update diri sendiri di blog sudah...hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB...
      tgk dia posted 'a minute ago'..
      lega sbbb dia masih hidup...

      Delete
  8. saya takde fb takde blog. sibuk aje baca blog orang :)

    my family hari tu pun ketinggalan info tentang nephew masuk hospital. rupanya members yang lain semua dapat tau dari fb. kami je yang tak tertarik nak join, old fesyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. madora...
      kdg mmg perlu fb...
      kdg rasa tak perlu..
      as long as i ada no hp u... hahahaha...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata