Tuesday, July 31, 2012

396 ~ Kisah di Opis....



Sekarang ni kat opis dah banyak yang berubah...

Ramai yang akak kenal dah tak ada...
Inna Lillah Hi Wainna Ilai Hi Ro Jiun...

dan petugas yang biasa samaada dah bertugas di hospital lain, dinaikkan pangkat, bertukar ke unit lain pun ada juga.... Rindu juga kat mereka ni.




Mamat Handsome kat sini iaitu Encik Muiz... bercuti selama sebulan puasa ni..
katanya dia selesa berkhidmat di surau berdekatan rumahnya waktu puasa begini..
Alhamdulillah..




Yang ini bukan kaki Muiz..
yang ini adalah Staff Nurse yang baru ditugaskan di sini..
baru tak baru... dekat setahun juga..
( Yang pasti, kasut tu memang kasut baru....)




Kenalkan..
SN Wan...
Alhamdulillah...
Rajin, Mesra dan Murah senyuman...
teliti dalam kerjanya...




Setiap selang sehari akak kena masuk ofis.. suasana yang ceria amat membantu.
Alhamdulillah.

### Dah tak boleh letak gambar makanan.. letak gambar orang, takpa kan.. tak makruh kan???

Monday, July 30, 2012

395 ~ Bila takboleh letak gambar.....


Akak buka fb pagi tadi ternampak kenyataan dari Ustaz Azhar Idrus:


" Makruh post gambar makanan di siang hari hingga meleleh air liur. Kena jaga kehormatan berpuasa, bergurau ada hadnya..."

Waktu kenkawan dan sahabat kita berpuasa... tak baik letak gambar makanan yang menyelerakan...
Niatnya bukan nak menkecurkan airliur kenkawan cumanya saja lah bagi idea nak masak apa petang ini...

Jadinya marilah kita berkongsi ilmu...

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda. " Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.."

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


3. Setiap hari Allah snw akan menghiaskan syurgaNya dan berkata " Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.


4. Akan dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.


5. Mereka akan diampunkan pada malam terkahir Ramadhan. Rasulullah s.a.w. ditanya. "Adakah ia LailatulQadar?" baginda menjawap, "Tidak, Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

Sunday, July 29, 2012

394 ~ Buah-buah orang...



Tiapkali bila akak berpeluang keluar negeri.. perkara utama yg akak berminat nak cari ialah buah-buahan tempatan yang terdapat di Pasaraya dan Pasar. Antara buah yang menjadi kegemaran ialah Cherries, Apple, Anggur, Pear, Strawberry dan sebagainya...

Jika tidak keluar negeri pun, ke Pasaraya kita pun akak akan tetap cari... Baru ni akak ke Tesco dapat berbagai-bagai buah dari luar negeri..


Anggur yang kecil2 tetapi sangat manis...





Nangka pun ada...
Memang sangat manis...




Cherries...
(separuh dah makan... baru amik gambar...)





Apricot..
" Sweetest Apricot in the World ".. Tak agak2 promote...
Manis jugak lah..




Yang ini dapat melalui kawan sekolah..
Beli sekotak 9 kilo tapi kongsi-kongsi dengan kawan...





Cherry yang dibawa masuk dari U.S. adalah termanis dan terbesar..
sebab akak pernah beli sewaktu luar musim cherry yang dari New Zealand..
Buahnya kecik sikit dan masam sikit TAPI mahal banyak...




Bahagian akak..
Memang sangat geram..
lepas dendam sebab masa kat Saigon dapat 1/2 kilo sahaja...





Daun cherry..
( Ada kesempatan teringin nak tengok pokoknya dengan mata kepala sendiri...)





Dan yang ini adalah pokok mangga di ladang belakang umah akak..
Sedang berbuah dan bakal masak tak lama saja lagi...
Mangga Chukanan.... 
tapi kelihatannya kali ini buahnya tidak sebanyak buah yang pertama dahulu...
Tak apa... semuanya rezeki dari ALLAH jua..




Saturday, July 28, 2012

393 ~ MasterChef atau Chopped......


Petang semalam, tahap penat dan kemalasan memang sangat tinggi. Sehinggakan terasa dah nak call suami, minta dia singgah jer kat mana-mana beli juadah berbuka... tapi.. memikirkan selalu beli memang tak kena dengan selera.... tak jadi...

Turun ke dapur.. lambakkan semua yang ada di atas meja... tgk dan pikir apa campur apa yang boleh dijadikan lauk berbuka... kesian berapa mulut yang perlu berbuka nanti...








Akhirnya...
lihat ada banyak sangat carrot...
terus blend jadikan air...





Ayam akak dah buat masak ros atas permintaan Qeeb yang amat suka lauk ini...
akak pernah masukkan resepi ini di blog akak...
akak dapat dari kak Wan sewaktu akak tinggal di Penang...





Nak makan Ayam Masak Ros mestilah kena dengan Nasi Minyak atau Nasi tomato..
tengok tomato puri tak ada..
sos tomato pun tinggal seciput jer...
akak guna air karot...
jadilah Nasi carot...




Cantik kuning/oren nasinya...
sukatan airnya pun sempurna...
Alhamdulillah...






Bila di senduk dalam mangkuk memang cantik
berasnya masih panjang-panjang sebab akak gunakan beras Basmathi...




Untuk hilangkan muak nasi.. akak buat acar tomato...
Aisyah yang makan nasi carrot... sangat memuji...
Siap mintak tambah nasi...
Rasa berbaloi sungguh, masak dalam keadaan macam nak demam... Aisyah appreciate...





### Selesai makan semua.. katanya memang sedappp..
Chef rasa nak nyanyi... I feels Good......
terasa macam chef tersohor yang diberi bahan dan sendiri kena tentukan nak masak apa...
Heh Heh Heh....

Thursday, July 26, 2012

392 ~ 4 lagi pompuan???????





Bawak anak-anak pergi berbuka puasa di luar memang renyah. Kena pulak anaknya kecik-kecik halus lagi...

Bila saat menanti nak makan, masing-masing berlari-larian sana sini...

Masa itulah nak main kejar-kejar.. nak main nyuruk-nyuruk...
Bila saat nak makan, kena bawak masuk bilik air nak basuh tangannya yang dah kotor..
Tapi bila nak dukung, rasa macam tak larat sangat....
nampak badan kecik sangat je... tapi akak memang tak larat nak dukung.. jadinya akak heret jer ler...

Lepas tu yang besar sikit tu dah lari-lari sampai langgar bekas boss akak masa kerja di RJ Reynolds dahulu.. Tuan Haji Ahmad Basir Ibrahim... Wajahnya masih sama seperti 25 tahun dahulu. Tak banyak berubah... Habis Tuan Haji tersenyum-senyum melihat telatah anak dara kecik tu....

Dalam hati ibu dia.. : Eeeeeee... anak aku yang empat dulu baik je.. tak lincah macam ni... Macammana yang ini jadi lincah sangat ni????

Lepas tu kakak-kakak depa yang 4 orang tu mana? Lansung tak menolong???????

Tiba-tiba dengar sayup2 bunyi hp berbunyi... akak cuba jawap, tak dapat... Hp dah pecah.. macam2 skru keluar...  Phone keep on ringing...

Aiyooo!!! Macammana ni????

Stress betul...

Akhirnya baru tersedar...

Akibat tidur lepas sahur.... Haaaa!!!! Macam-macam mimpi dapat...

Tapi memang tak sanggup dapat anak lagi 4 pompuan???
Kecik2 lagi pulak tu...
Nakal pulak tu...
No.......!!!!!!!

Wednesday, July 25, 2012

391 ~ Hari Pertama Malam Ramadhan....


Jika semua orang dok citer masuk hari ke 5 Ramadhan... maka biarlah akak dengan sukacitanya bercerita mengenai malam pertama Ramadhan.. iaitu malam Sabtu ( Akak sebenarnya paling suka malam Sabtu...malam Ahad.. malam Isnin - suka sikit... )


Sewaktu hampir memasuki perkarangan Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi... di PutraJaya... kelihatannya banyak kenderaan  yang bersama-sama masuk ke perkarangan Masjid.. Semangat betul melihatkan warga PutraJaya yang meramaikan dan meraikan Solat Terawih di Masjid tersebut... Rasa seronok.. macam nak menyambut raya..




Alhamdulillah...
Budak telekung Unggu ni amat baik tingkahnya..
tidaklah menjerit-jerit dan berlari-lari kemana-mana..
waktu solat turut solat dan bila dah tak larat dia duduk diam sahaja...




Bila minta posing... memang dah ready dengan senyum..




Dah lama teringin nak ambil gambar Aisyah bertelekung, tapi selalu lupa...
kebetulan malam ini pulak akak rajin pulak ambil2 gambar walaupun hanya gunakan kamera hp.




Akak memang sangat2 mengkagumi or mengagumi...(yang mana satu????) Masjid Sultan Mizan ini..
Cantik buatannya..





Jemaah memenuhi ruang solat di tingkat bawah.






Waktu selesai solat Terawih, kami duduk-duduk di bahagian penyediaan Moreh..
Tumpang minum dan makan bubur nasi...
Rupanya sedaplah makan ramai-ramai... duduk berselerak cenggitu..
Terasa ada satu feeling...
Toleh belakang dan kiri kanan kelihatan ramai keluarga duduk-duduk  berkumpul anak beranak menikmati juadah Moreh.




Budak Telekung Unggu ni pun menumpang kemeriahan sama..
Tertib sekali...
( Ada sesiapa teringin nak buat menantu????)




Hek Eleh!!! Tak mo kalah...










Kelihatan Jambatan yang dihiasi lampu dapat dilihat dengan jelas dari perkarangan ruang Moreh...
Cantik...



Tuesday, July 24, 2012

390 ~ Aisyah pun ada Iphone.. Tak main-main...


Balik sekolah semalam, dengan megahnya Aisyah menunjukkan Iphone yang baru dibelinya...

Kagum dan ngeri...

Kagum dia boleh buat serupa..
Ngeri sebab yang inilah yang orang Cina dok bakar untuk anggota keluarga mereka yang dah mati ....





Ada kamewa lagik...




Ukuran sama dengan iphone Qeeb...
Jika Qeeb beli dalam 2ribu... rege Aisyah punya dalam 2 ringgit...






Boleh tulis2 lagi ...



Monday, July 23, 2012

389 ~ Ekekekeke... silap rupanya...


Semalam beli manggis dua kilo...

Waktu makan, ingatkan nak tunjuk pada anak-anak mengenai manggis...

Cikgu ketam ni sudah beritahu anaknya bahawa jika nampak tampuk manggis ni ada 4 kelopak.. maknanya dalamnya ada 4 ulas isi...





Cikgu Ketam pun kopeklah manggis tersebut...
E'eh... jerit cikgu ketam...
kenapa dalamnya ada banyak????? Kenapa tak hanya 4 ulas SAHAJA????
Lama cikgu tu termenung...
salah seorang muridnya yang agak cerdik berkata..
Mungkin kita cuma selamat jika makan 4 ulas sahaja....
jangan makan lebih...

Cikgu Ketam pun kata...
Maybe cikgu kena tipu masa kecik2 dulu.... (jawapan paling selamat nak menyembunyikan kelemahan cikgunya...)




Cikgu Ketam pun pergi solat... sebaik habis solat, cikgu ketam terpikir... 
Hek eleh... bukan tengok kat situ... kena tengok kat bahagian bawah buahlah...
Berderai-derai airmata cikgu Ketam ketawa...
Dah Tua... dah Luper...
Nak buek cam mana???



388 ~ Bigines......








Hari Pertama Puasa....

Tiba-tiba terdengar sayup dari bawah...

Aisyah : Ibu... saya makan boleh???

Ibu : Aisyah... sabarlah dulu... nak dekat buka dah... ( Jam dah pukul 1.30tengahari )

Aisyah : Bibik ni... dia cakap... Aisyah tak makan? makanlah.. makanlah...

Ibu : Sabar ya... sikit lagi nak buka dah...


Hari Kedua Puasa..


Aisyah : Pukul berapa boleh makan? Boleh saya makan sekarang? ( Jam sudah pukul 4.00 petang)

Ibu : Sabar ya... sikit jer lagi...

Aisyah : Semalam ibu cakap sabar jugak... tapi lama sangat saya tunggu...

Ibu : Aisyah kalau sabar, Aisyah dapat macam-macam.. Ibu beli apa yang Aisyah nak...

Persetujuan dicapai... Belikan rambutan sebab tiba-tiba dia suka makan rambutan sewaktu dirumah atoknya.

Aisyah : Boleh saya makan rambutan Satu Bijik sahaja????

Ibu : Satu bijik pun tak boleh... kena puasa...

Akhirnya dapat sampai Maghrib puasanya...


Bila berbuka... tak menang tangan nak minum..

( Beginners.... )

Kita ni dah Veteran... chewah...


Sunday, July 22, 2012

387 ~ PARAM Telok Emas, Melaka......


Petang semalam kami membeli juadah berbuka di Param Telok Emas, Melaka... Memang sejak dari dahulu lagi sekiranya akak berpeluang berpuasa di kampong, Param ini menjadi pilihan akak... Ada sesuatu yang istimewa di situ...

Awalnya akak berjalan hingga kehujung gerai, tak nampak pun kelibat dan wajah yang dicari... tidak berputus asa.... akak mencuba sekali lagi mencari pelan-pelan... satu2 wajah peniaga akak renungkan.. Dengan orang yang ramai dan bersesak... bukan satu kerja mudah... Tapi, Hendak Seribu Daya....

Tiba-tiba di gerai yang biasa... terpandang wajah yang sangat familiar.. Akak terkejut menyergahnya.. dan dia pun terkejut tersengih... Bila mata dah bertentangan mata... Lidah tak pulak kelu nak order... Minta Mee Goreng RM10 dan sotong 10 cucuk....




Hanya gerai kak Faridah sahaja yang ada sambal sotong yang sangat sedappp..
Kak Faridah sahaja yang menjual sambal sotong..
Tengkiu kak Faridah...





Waktu berbuka..
dah tak pandang mana-mana dah..
memang saat yang ditunggu-tunggu oleh RTK..

Mee Goreng dan Sambal Sotong..
TerBaek...
Sambal kena lebeh-lebeh.....




Antara juadah dan air yang gerenti sedappp di Param Telok Emas...

1. Tahu Bakar
2. Ayam Golek Panggang..
3. Air Kathira
4. Air Tebu

Thursday, July 19, 2012

386 ~ Bila dah Teringin.....




Sesekali kurasa TERINGIN
menikmati nasimu BERINGIN .....

Kerana puasa dah semakin hampir... Tahu sangatlah sebab bila puasa nanti dah tak dapat nak  pekena Nasi Beringin... Maka... Sejak subuh sepi'ee.... akak berjaga hingga matahari terbit... fajar dah menyinsing... sehinggalah hujan pun turun dengan manjanya.... Akak tetapkan nekad untuk pekena buat kali terakhir bulan Syaaban tahun ini.... Nasi Beringin...


Berdua dengan Ustazah Aslina... kami menuju ke tol Sg Besi... terkejut akak sebab jalan punyalah sesak... tapi dok sibuk memintas sana sini cari ruang nak bergerak... tak teringat nak ambil gambar... menyusup sana-sini.. akhirnya akak pun lepas dari sesak itu setelah akak ikut Sign board ke Bangsar melalui NPE...

Jalannya memang lancar sehingga depan Angkasapuri... Jumpa tol Pantai Dalam... then nampak Angkasapuri sebelah kiri... bila dah nampak bangunan Tenaga Nasional Jalan Pantai... memang dah lega sebab semuanya dah biasa....
( Rupanya lainkali jika akak hendak ke Bangsar... ambil NPE lagi mudah... sangat mudah....)

Ambil PiC (Partners in Crime) yang bertugas di Bangsar... ajak makan sekali seperti biasa....

Parking di tingkat 6, rupa-rupanya boleh ambil lift terus ketingkat 2, cuma kena tunggu agak lama sedikit.. tapi mudah lagi sebab tak payah turun lift dan ambil tangga pulak....






Oleh sebab selama sebulan akak tak akan dapat bertemu dengan Nasi Beringin yang akak sangat teringin.... makanya portion nasi hari ini memang sengaja dilebihkan...
Nasi kadar 2 senduk... ( biasanya 1 senduk untuk orang biasa...)
kuah dan sambal sotong pun kena lebih2...
Makan macam nak pecah perut...
Jika tidak tu, selalunya ikut portion biasa... terkulat2 jadinya..





Balik dari makan ikut jalan dalam. Terkejut semuanya bila sekali imbas baca..
Jalan Iblis..
- baca sekali pandang dan sekali imbas, OK....





Singgah di rumah seseorang...
nampak ada pokok rendang ni berbuah kecil2 dan lebat begini..
bila di picit buahnya, 'lengket' kata bibik itu..
kata pemandu tu dahulu ada pekerja yang baiki jalan mengambil dan merasa buah tersebut tapi lepas tu dah tak nampak2 lagi pekerja tersebut..
Indication??????


Gambar pangkal pokok..




Gambar keseluruhan pokok..
memang cantik dan tak pernah nampak pokok yg tinggi dan besar rendang berbuah kecik2 begitu...
## gB u tahu tak apa namanya????