Sejarah mengaji akak bermula dengan arwah emak... Arwah emak berusaha ingin anaknya yang seorang ini Khatam Al Quran. Diambilnya seorang dua anak jiran untuk menjadi 'saing' akak untuk berminat mengaji. Ada semangat berlumba-lumba kata orang tu.... Tapi... anak nya lah pula jadi lagilah malas bila melihat anak jiran-jiran tersebut menjadi semakin pandai dan Khatam dengan kadar Xpress. Masing-masing berlumba-lumba mengaji dan dalam masa yang singkat mereka pun Khatam. Masuk pula anak-anak teman arwah mak yang lain... Mereka juga khatam dengan arwah mak.
Kisahnya anak guru mengaji tersebut telah mendapat satu akal. Juz 14 surah Al Hijr ayat pertama sehingga ayat 15 menjadi hafalannya. Setiapkali mengaji bersama-sama teman 'sepengajian' surah itu diulangbaca. Itu adalah helah anak guru mengaji tersebut menunjuk-nunjuk kepada teman-teman bahawa dia sudah baca Juz 14 dan sudah mahir mengaji. Tapi hakikatnya anak guru mengaji tersebut hanya menghafal ayat tersebut tanpa mengetahui bacaan dan makhraj yang betul. Begitulah selama bertahun-tahun Surah Al Hijr ayat pertama hingga 15 menjadi hafalan.... Hinggalah sehingga arwah mak meninggal dunia.
Usaha yang kedua untuk belajar mengaji ialah dengan pergi kerumah guru mengaji. Anak murid Mumy yang ramai membuatkan masa menunggu waktu nak mengaji menjadi waktu bersembang dan melencong ketempat lain. Akhirnya tak habis mengaji dengan Mumy.
Guru mengaji ketiga pula ialah guru mengaji kepada anak saudara akak. Beliau dikenali sebagai Mak Engku. Orangnya lembut dan tinggal sendirian. Mengambil upah mengajar mengaji dari rumah kerumah. Selalunya bila Mak Engku tiba dirumah, beliau sering kena menunggu anak murid yang degil ini bangun..mandi dan bersiap... masa banyak terbuang... Akhirnya tak selesai jugak mengaji dengan Mak Engku.
Sewaktu tinggal bersama keluarga angkat pula, kami mengaji dengan seorang Ustaz yang datang kerumah. Dengan beliau juga tak habis belajar. Kemudian dengan pembantu rumah orang Indonesia yang bekerja dirumah keluarga angkat... pun tak habis juga...
Dalam pada itu akak sudah mengenal huruf lalu akak pun mengaji sendirian. Sewaktu ingin menunaikan ibadah haji dalam tahun 1992, sempat juga akak membuat majlis Khatam Quran sempena kenduri doa selamat. Lebih kurang sahaja bacaaannya.
Sewaktu akak tinggal di Pulau Pinang, akak dapat belajar mengaji dengan Mak Tok iaitu Pn Hajjah Jamaliah. Beliau membuka kelas mengaji di Surau Bukit Dambar. Tapi akak sering mengelat dari pergi mengaji. Patutnya jangkamasa yang diambil dah mencukupi untuk Khatam bersanad dengan Mak tok tapi banyak godaan lain yang membuatkan akak walau dah sampai depan surau nak mengaji tetapi bila dah singgah warung nasi lemak Ani dan bertemu dengan kenkawan.... habis rancangan nak mengaji. Dah duduk2 dengan sarapannya... lansung perut dah kenyang dan malas nak mengaji...
Pernah juga Khatam sendirian tanpa bersanad... Sanad ertinya membaca dengan berguru yang bersanad dengan Imam-imam yang dikenali.
Akhirnya dengan dorongan seorang kawan baik, akak dapat belajar mengaji dengan kumpulan yang sama-sama berlumba-lumba hendak Khatam. Dengan sikap Istiqamah, Sabar dan Ikhlas yang Ustazah Ina berikan... Insya'Allah... akan berjaya juga rasanya akak Khatam bersanad akhirnya....
Ustazah Ina sudah memberikan satu tarikh untuk Majlis Katam Al Quran akak iaitu 24hb Mei 2012.. Sekarang akak sudah juz 15.. lagi 15 juzuk nak khatam...
Kena pulun habis2an ni....
Persoalannya... bolehker????
Katakan BOLEH
1st time berazam setelah sekian lama tak menggunakan perkataan AZAM...
akak, sangat ada tokoh seorang guru!
ReplyDeleteu can do it! lepas ni boleh ajar i pulak.
24Mei, macam nak datang la majlis akak tapi dekat sangat la, i join dari jauh aje la :)
Madora...
Deleteakak cakap terang2lah..
akak mmg bukan penyabar nak jadi cikgu..
tak pernah mimpi nak jadi cikgu sebab mmg takder sifat lembut dan sabar...
Aduhai... jika sekiranya u dekat, mmg akak paksa u datang 24hb Mei... heh heh heh...
Terima kaseh beri semangat...
semoga makcik berjaya mencapai azam..Insya Allah...go go makcik..u can do it....(gaya makcik macam guru besar..hehehe.....)
ReplyDeleteDil..
Deleteterima kaseh beri semangat...
gaya macam gurubesar yg tidak mengajar..
jika mengajar harus kena dera murid2...
Salam Kak. Banyak sebenarnya cerita2 pasal mengaji yang patut ditulis lagi kak...kebanyakkannya menggelikan hati! Saya pun ada menulis dulu tapi dah lupa entry yang mana satu!
ReplyDeleteSalam Uncle..
Deletemmg tiap2 seorang dari kita mempunyai 1001 cerita waktu kecik2 mengaji... akak pun nak mengingat satu persatu semula...