Jika beberapa bulan lepas memang tak mungkin akak akan dapat mencapai dry weight. Selalu datang dialysis dengan berat sehingga 69kg dan BP jadi 180/110 dan bila nak tarik hanyalah mampu sehingga 3.8kg. Bila dah tarik begitu banyak, terasa sangat penat yang tak terkata. Selesai dialysis memang terasa sangat penat dan kepala terasa sangat berat. Kaki akan terasa kejang hingga ke perut.
Selepas beberapa bulan akak datang dengan berat yang berlebihan dengan air.. dan tarik air pun sangat banyak dari yang sepatutnya... Alhamdulillah... 2 minggu kebelakangan ini dah adalah sikit....disiplin diri. Datang pun dalam 66-67kg... tarik setakat 3.2kg... kemudian dah turun tarik 2.8kg...
Mungkin ramai yg tak faham proses pengiraan air.
Mari akak terangkan.
Doktor membenarkan had berat badan akak adalah 63kg.
Bila dapat 63kg.. B/P akak menjadi cantik tidak berlebihan.
selalunya jika berat datang hanya 66kg..
akak cuma perlu tarik air sebanyak 2.8kg
Had yg dibenarkan untuk berat badan 63kg adalah tarik hanya sebanyak 2.5kg
Jika ditarik lebih, jantung bekerja dengan lebih kencang dan akan membengkak jika terlalu banyak air.
Setelah mendapat berat badan ideal 63kg BP pun 114/78
Memang sesuatu yang baik dan perlu dikekalkan.
Amalan berpuasa pada hari tidak dialysis memang sangat membantu.
### Lebih pada catatan dan peringatan buat diri sendiri
like..harap dapat kekal begitu ya sayang..
ReplyDelete-sara-
thank you my dear...
Deletesatu peringatan utk saya juga .. skrg nih keputusan darah semuanya "border line" ...
ReplyDeletejaga kesihatan sebelum terlepas border line ya...
Deletesebab once dah terlepas border line susah nak kawal lagi...
chaiyok makcik~~sila konsisten tahu!he~~
ReplyDeleteInsya'Allah Bujal...
Deleteterima kaseh... ^_^
Akak,
ReplyDeleteSemoga usaha akak kekal demi menjaga kesihatan
Juju...
DeleteTenkiu ^_^
insya'Allah....
u can do it akak! u have ur family's support and we also support u, puasa okay :)
ReplyDeleteMadora...
DeleteTenkiu.. Tenkiu
Insya'Allah......
alhamdulillah....smoga makcik terus sht dan stabil...:-)
ReplyDeleteDill..
DeleteSyukran...jazakallah...
teruskan usaha utk kekalkan pada tahap terbaik ye kak!
ReplyDeletegB...
Deleteminggu ni agak kureng semangat...
mood kadang2 naik.. kadang2 turun...
mood macam air dan BP gak eh..
ReplyDeleteada taim naik..
ada taim turun..
:)
Betul tu Doktor...
Deletebila taim naik... hepi..
bila tain turun... moody...