Tuesday, April 24, 2012

331 ~ 5 dah lepas... tinggal 2 saja lagi...


Sepanjang 2 bulan ini... kami menyambut majlis Khatam Al Quran Bersanad seorang demi seorang. Kumpulan mengaji kami yang terdiri dari 7 orang... yang sudah Khatamnya 5 orang dan masih berbaki 2 orang. Insya'Allah... pada bulan hadapan... seorang lagi teman akak akan menamatkan pengajian Al Qurannya dengan bersanad.

Ini adalah teman-teman sepengajian...




Dimulai dengan Majlis Khatam Al Quran Kak Long iaitu Kak As..




Diikuti dengan Kak Ngah iaitu Liza..




Kak Teh @ Ina...




Kak Yong kami iaitu Kak Ani menyusul..




Adik Bongsu kami Noly




Majlis yang berikutnya adalah saudara kembar akak iaitu Kak Der Bib... dah akhir sekali... ehem-ehem...
tak lain dah tak bukan.... RTK....@ Kak Lang...

Alhamdulillah...
Berkat ketekunan dan Istiqamah Ustazah kami Ustazah Aslina.. kami dapat menghabiskan Khatam Al Quran bersanad kurang dari setahun.

Selepas ini kami akan meneruskan pengajian dengan membaca Al Quran Wakaf yang lain pula.
Insya'Allah.

6 comments:

  1. alhamdulillahhh..


    ( saya.. erk!! bilaaalah lagi..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor...
      Alon-alon...
      - pelan-pelan kata orang jawa...

      Delete
  2. tahniah! cantik majlis.
    ye lah saya pun bilalah lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      bila akak sekarang ni kena pulun bagai nak rak menghabiskan bacaan.. memang terasa bila khatam nanti memang nak buat besar2an...
      nak pasang khemah..
      nak panggil satu kampong..
      nak berarak..
      nak itu..
      nak ini..
      tapi.....
      malu lah pulak :)

      Delete
  3. alhamdulillah..aktiviti yg sangat menarik, bila lah sya pulak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      kayuh pelan-pelan...
      lama-lama sampai juga...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata